Thursday, February 28, 2013

Merasa Simtom Mengandung...

Assalammualaikum... Ni sambungan dari Entry pertama.. Bila saya dah tau saya mengandung, saya pun sibuk pergi Online untuk cek apa simtom-simtom dan penyakit-penyakit sewaktu awal kandungan ni... sebab kadang-kadang tak selesa jugak dengan perubahan sekarang.


Ni yang saya jumpa dalam Internet...Tapi tak semuanya saya ada... cuma 7 daripada 12 je... Hehehhe~~~ Kalau saya tanda TAK ADA tu maksudnya saya tak alami benda tu... Alhamdulillah tak banyak kerenah... =)

1. Perubahan ketara pada mood (TAK ADA)
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara (*********) 
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidak seimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.
3. Sembelit (TAK ADA)
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.
4. Pendarahan dan senak pada ari-ari (TAK ADA)
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.
5. Sakit kepala (ADA)
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.
6. Kerap membuang air kecil (TAK ADA)
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.
7. Rasa loya dan muntah (TAK ADA)
Morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.
8. Rasa lapar yang berpanjangan (ADA)
Kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.
9. Merasa tidak bermaya (ADA)
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.
10. Sakit dan tegang pada payudara (ADA)
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.
11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu (TAK ADA)
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.
12. Suhu asas badan yang meningkat (ADA)
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.

Rasanya...ni adalah tanda-tanda normal kot... Benda yang paling buruk saya alami adalah SIMTOM NO.8... mengantuk yang berpanjangan... Siang malam saya rasa nak tidur je... Malam pukul 8 selepas isyak saya dah tidur... Pagi tu pulak masa kerja memang mengantuk dan selalu menguap... Keletihan sentiasa dan seharian berasa lesu... Kesian En.Suami, sebab terpaksa seterika baju kerja sendiri akibat saya yang selalu mengantuk dan tak larat nak seterika baju... (-_-) Maafkan saya yerr...

Lagi satu yang ketara sangat-sangat sepanjang awal kehamilan ni adalah SIMTOM NO.12... Asalkan malam hari je suhu badan saya naik... En.Suami kata badan saya panas macam nak demam... Setiap malam macam tu, sampai dia tidur kat sebelah pun boleh rasa bahang dari tubuh saya...

Harap-harap benda ni tak berpanjangan...dan doakan bayi dalam kandungan saya ni sihat walafiat.... Amin...

Wednesday, February 27, 2013

Sah Mengandung???

Assalamualaikum... Ni adalah entry saya yang pertama tentang mengandung... Entry ni sebenarnya dah lama saya tulis, dalam 2 minggu lepas. Tapi saya takut nak post walaupun hati  ni rasa nak share semua kegembiraan hati yang ditunggu sejak hampir 8 bulan yang lalu...

KENAPA saya takut nak share??? Sebab, orang disekeliling saya semuanya bagi respon negatif bila tau saya mengandung... Kebanyakkan bagitau jangan la sibuk nak hebohkan sebab masih awal lagi, dan ni pertama kali saya mengandung dan kandungan tu belum tentu lagi menjadi... Jadi, diorang sarankan lebih baik diamkan dulu sampai la 3-4 bulan barulah kandungan tu stabil dan heboh kat orang... 

Ada jugak rasa tak puas hati sebenarnya, yela...saya yang mengandung, bukan diorang... Sekurang-kurangnya bagi la nasihat positif sikit, jangan lah nak downkan perasaan orang yang baru je nak happy ni... Tapi tak pe lah...hak diorang nak cakap-cakap....

JADI?? Saya ikutkan je la... saya tulis post ni, tapi saya tak publish kan terus, nak bagi otak ni berfikir secara rasional dulu... Kononnya lahhhh~~~ Biarlah saya masukkan dalam draft je sampailah saya rasa kandungan ni stabil...

TAPI...Hari ni...hati ni kata nak publishkan je... Kalau Allah dah tentukan rezeki tu ada untuk kita, tetap akan ada... Tapi kalau tak, takde lah kan??? Kita usaha dan tawakal je, yang lain semua Allah yang tentukan... InsyaAllah... =)

PANDANGAN saya... Kalau orang mengandung, janganlah bagi respon negatif yang boleh mematahkan semangat. Boleh tegur, tapi biarlah dengan cara yang positif supaya mental Si Ibu tak risau dan stress... Serius dari lubuk hati....saya menjadi stress bila dapat respon macam ni... Sepatutnya orang mengandung tak boleh stress...kan?? kan?? kan??? Hurmmm~~~ Tapi takpe, TERIMA KASIH buat kawan-kawan yang bagi saya respon positif dan meyakinkan saya...

26.02.2013
Jadi...Sebagai penulisan pertama tentang mengandung tentu nak tahu macam mana saya tau yang saya mengandung??? Semuanya adalah berdasarkan NALURI....

NALURI?? Ye... Saya tak kira dan tak tau sangat bila tarikh haid saya. Sebab, sejak dah berkahwin, hormon tubuh dan berubah. Haid yang tetap pun menjadi tak tetap... Semuanya jadi berbeza... Tapi, walaupun berbeza, kita tetap dapat rasa perubahan diri untuk tau yang kita mengandung ke tak...

Sebelum saya disahkan mengandung, dalam 2 ke 3 bulan jugak saya asyik muntah-muntah setiap kali hujung bulan... Macam tanda orang mengandung jugak kan??? Tapi...masalahnya, saya muntah-muntah sewaktu baru lepas 1-2 minggu datang bulan... Jadi memang sah lah bukan muntah disebabkan mengandung, walaupun di hujung bulan....

Petang 24.02.2013...saya dan En.Suami siap angkat katil dan almari baju untuk pindah balik ke rumah mak... Almari baju dan katil bukan ringan yee... Tersangatlah berat sampai beberapa kali tangan saya terlepas dan terhempas barang yang saya bawa ke lantai. Nak pindahkan masuk kedalam Dmax satu hal, nak bawa naik ke bilik kami di rumah mak kat tingkat 2 lagi satu hal... Bahaya kan??? Tapi, kalau kami tak angkat, siapa lagi??? Rumah mak mana ada lelaki... Abang-abang semua tinggal kat luar... Huhuhu~~~ Kami berdua angkat la sikit-sikit dan ada beberapa lagi yang masih tinggal untuk di bawa ke rumah mak. Dalam plan, esok je lah sambung angkat sebab dah tak larat...

Malam sewaktu berehat tengok TV, saya bagitau dengan En.Suami, esok saya tak nak angkat almari baju yang satu lagi sebab saya mengandung... Spontan je saya sebut macam sebab saya rasa yang saya mengandung... Masa tu cuma main sebut je sebab dah dapat rasa yang saya tetiba lembik semacam... Sebab selalunya, kalau bab angkat-angkat perabot ni kira kacang je saya buat... Hehhehe~~~ Dah biasa di latih buat keja berat, macam tu la jadinya... (^_^) Tapi petang tu tak, tangan saya asyik terlepas dan jatuhkan almari ke lantai...

Petang 25.02.2013....Saya dan En.Suami beli pregnancy test dari farmasi masa balik dari kerja... Tapi tak buat test terus sebab HCG tinggi sewaktu bagun pagi... Jadi kena tunggu keesokkan pagi barulah buat... Pagi 26.02.2013, saya bangun awal dan buat ujian sorang-sorang sebab tak nak En.Suami sibuk tengok... Hheheheh~~~... Betul!!!!... Saya mengandung... Saya masuk bilik kejutkan En.Suami dan bagitau "Kan betul saya kata saya mengandung??" Hehheheh~~~ Kuat betul naluri ni kan??? (^_^)

Tak puas hati cek dirumah, pagi tu terus pergi ke Klinik untuk sahkan lagi... Betul, doktor bagitau pregnant masih baru lagi, dalam 3-4 minggu... Alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang kat kami dan tak terjadi apa-apa sewaktu kerja berat nak pindah rumah...

Apa yang saya alami sewaktu awal kehamilan??? Dalam Entry seterusnya... =)

Thursday, February 21, 2013

Al-Fatihah

...Assalamualaikum... Dah lama rasanya tak update blog, gara-gara masa penuh sangat-sangat sampai takde ruang masa untuk online... Masa penuh??? Yup... Sebab sekarang ada buat kerja part time... (^_^)

Utusan Sarawak

Semalam... 18 Februari 2013... Bangun pagi-pagi dah dikejutkan dengan satu SMS dari sepupu saya bahawa Mak Cik saya, iaitu kakak sulung kepada Bapak saya telah pun meninggal dunia. Arwah mak cik meninggal disebabkan Kanser Otak. Rasanya ni macam penyakit keturunan keluarga sebelah bapak, sebab arwah Pak Cik dulu pun meninggal sebab Kanser Otak jugak.

Arwah mak cik meninggal dunia lebih kurang jam 1 pagi semalam dan dikebumikan pada waktu tengah hari tu jugak. Semoga Arwah Aminah Fatimah Binti Junaidi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

Thursday, February 7, 2013

Mana Perginya Masa???

Assalamualaikum.... =)

Petang ni terasa penat sangat sebab dah 3 hari tak cukup tido gara-gara ada 3 perkara yang kena disiapkan dalam masa singkat... Dah lama tak merasa sibuk macam ni... Selalunya banyak sangat masa sampaikan kebosanan dirumah dan asyik jalan-jalan pusing bandar je dengan En.Suami...

Tapi....Bila masa dah pack macam ni?? Suami pun dah tak terlayan dan tidur sampai pukul 2-3 pagi... Kesian En.Suami... Apa yang saya sibukkan tu????

Haaahhhh~~~ Nak tau??? 

PERTAMA... Selama ni saya tak pernah ambik tempahan untuk biskut-biskut perayaan, sampai buat untuk diri sendiri pun fikir dulu rajin ke tak.... Tapi, tak tahu lah apa mimpi sekarang sampai saya rajin sangat nak ambil order biskut untuk Tahun Baru Cina... DATE LINE?? MINGGU NI... (^_^)


KEDUA... Selama ni tak pernah nak buat kerja sampingan. Cukuplah dengan kerja tetap saya sekarang ni... Tapi tak tau kenapa gatal sangat nak buat kerja part time gara-gara nak isi masa lapang yang terluang sangat-sangat tu. Sekarang ni saya menjahit manik untuk sebuah kedai tudung pengantin... Hehheheh~~~ DATE LINE?? MINGGU NI... (^_^)
Antara yang dah saya buat... =)
KETIGA...Ni memang kerja biasa...upah untuk menaip bahan ceramah seorang penceramah yang saya tak perlulah nak bagi tahu siapakah penceramah itu... Tapi tu memang kerja tetap la jugak kalau ada ceramah yang dia nak buat... DATE LINE??? MINGGU NI... (^_^)


DISEBABKAN saya dah biasa dengan masa lapang... Jadi saya dah tak tau macam mana nak mengurus masa untuk buat kerja itu dan kerja ini...

PADAHNYA... Masa saya jadi tunggang langgang, rumah tak terkemas, makanan tak termasak, tidur pun dah tak tentu masa... DAN... Nasib baik ada suami yang memahami sebab dapat tolong saya masak makanan untuk kami makan... Alhamdulillah... (^_^)

Alhamdulillah jugak.... Disebabkan keserabutan masa saya dan tak tahu mengatur masa, semua kerja saya siap awal... Semalam, dah hantarkan tempahan biskut Tahun Baru Cina. Malam tadi pukul 2 pagi saya dah sipkan jahitan manik (siap terawal 3 hari) dan Hari ni pulak dah hantarkan bahan ceramah yang saya taipkan dari pagi tadi.... Hehheheh~~~ Nasib baik....

Pengajarannya... Kalau dah tahu banyak benda nak buat, aturkan masa tu betul-betul... Jangan buat kerja last minit sedangkan dah diberikan awal-awal lagi... Belajar untuk disiplinkan diri kalau buat kerja jangan leka tengok MOVIE...mana satu nak kerja?? Mata ke tangan?? (^_^) Heheheh~~~ Renung-renungkan.... =)

Take Care people.... =)

Monday, February 4, 2013

Ujian...

Assalamualaikum...



Sekarang ni saya berada kat luar pintu bilik bedah Klinik Pakar, Hospital Umum Sarawak. Sementara menunggu En.Suami yang berada kat dalam, saya subscribe Digi Internet supaya tak risau sangat menunggu.

Hampir 2 jam berlalu, tapi masih tak selesai jugak. Bila dah kebas rasa punggung ni duduk, jenguk lh kat cermin di pintu dan nampak bertimbun kapas berdarah ditepi katil En.Suami. Boleh nampak tubuh dia je baring, muka dihalang oleh doktor yang banyak dikeliling... Risau... :-(

Walaupun cuma pembedahan untuk buang gigi geraham bongsu je, rasa risau tu tetap ada. Gigi tu dah bertahun tumbuh, tapi baru sekarang En.Suami nk cabut. Akar dan saraf dah banyak, dan doktor kata akan ada masalah lain kalau gigi tu di cabut. huhu...

Tapi, Memandangkan gigi tu amat mengganggu, terpaksa jugak la beranikan diri untuk buat pembedahan buang gigi tu... Harap-harap, masalah yang doktor bagi tau tu takde dan segalanya selesai dengan mudah. Doa je lah banyak-banyak... InsyaAllah dipermudahkan semuanya. Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, February 1, 2013

1st Time...Tahun Baru Cina...

Assalamualaikum.... (^_^)

Hidup bercampur dalam pelbagai budaya, bangsa dan agama memang seronok dan lain dari yang lain... Perkara yang tak semua orang akan merasa dan saya rasa itulah keistimewaan bagi saya...

Kalau sebelum ni banyak bangsa lain yang kata Melayu ni sombong, penggeli dan pelbagai, mungkin lepas ni tak lagi kot... Sebab saya sedaya upaya nak tunjukkan pada mereka yang bangsa Melayu ni bagus dan bukan seburuk yang mereka jangkakan...


Kenapa ada persepsi begitu??? Secara rambang, kita atau saya sendiri boleh lihat kalau di suatu tempat, kampung dan kawasan... cuba lihat golongan Pencuri, Peragut atau Samseng... Jika ada yang ditangkap oleh Polis, boleh dikatakan terdiri dari bangsa Melayu... Bukan nak burukkan bangsa sendiri, tapi ini  adalah apa yang saya sendiri nampak, telah berlaku disekeliling saya dan berlaku juga di tempat lain melalui apa yang diceritakan... Mungkin di tempat kamu, lain pulak ceritanya dan tak sama....

Selain tu, kalau yang heboh pasal pegi clubbing dan lain-lain, bangsa melayu jugak yang suka nak expose... Jarang saya tengok bangsa Cina ke, Iban ke atau apa-apa bangsa bukan Islam nak update benda-benda macam ni... Diorang akan senyap dan layan sendiri je...kalau ada pun yang expose tu jarang nak nampak...

JADI... Sebab itu lah bangsa Melayu dan Islam di anggap tak senonoh dimata mereka... Tapi pandangan tu akan serta merta berubah bila salah seorang dari ahli keluarga mereka memeluk agama Islam dan mempraktikkan keindahan adab hidup Islam dalam kehidupan seharian... Alhamdulillah...

Sepanjang En.Suami memeluk Islam, perkara tu dah banyak mengubah pandangan orang kampung dia tentang Islam dan bangsa Melayu... Kadang-kala, saya memasak didapur pun diorang sibuk perhatikan sebab diorang ingat perempuan melayu ni sombong dan cerewet... Masa jumpa di hari perayaan, ada jugak jiran tetangga yang bertanya...

  • Saya ni ok ke?? 
  • Tak geli ke duduk di kampung?? 
  • Boleh ke duduk di kampung yang dikelilingi hutan dan takde hiburan?? 
  • Boleh ke makan makanan kampung yang tak standard?? 
  • Selesa ke duduk rumah kampung yang banyak nyamuk??
  • Tak geli ke kongsi pinggan??
  • Boleh ke masuk kebun??

...Banyak lagi dan semua benda tu jadi persoalan sebab mereka ingatkan orang Melayu ni Sombong dan Penggeli... Saya layan je lah kerenah diorang ni, lagipun seronok jugak sebab tak pernah ada orang nak ambik tahu banyak sangat macam tu... (^_^)


10 Februari 2013 ni dah Tahun Baru Cina... Kalau Hari Raya, Gawai Dayak dan Krismas tu semua dah merasa, tapi Tahun Baru Cina (CNY) ni belum pernah lagi dan ni adalah pertama kali... Saya tak tau la macam mana diorang sambut CNY... Pernah tengok dari TV je... Mak mertua saya Cina dan bapak mertua saya Bidayuh... Jadi, semua perayaan la kami ada sekarang ni kecuali Deepavali...yang tu tunggu lah saya ada ipar atau besan berbangsa India... Hehhehe~~~

Tu je kot nak bising-bising di awal pagi... Take Care People... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~