Tuesday, March 26, 2013

Bye Bye Si Putih....

Semalam, Si Putih Myvi (QAL1151) saya dah dijual... (^_^) Sedih ke??? Tak pun... Hihi~~~ Kalau ada yang terserempak No.Plat tu kat luar nanti, tu dah bukan kereta saya OK... (^_^)

Saja nak jual sebab takde rasa keperluan untuk saya dan En.Suami simpan 2 biji kereta... Lagipun kami pergi kerja bersama, sejak dah kahwin ni saya dah malas nak memandu... Rasanya dah berbulan saya tak memandu kot di sebabkan malas dan ada En.Suami yang rajin bawa saya ke sana sini... Myvi saya pun kadang-kadang berminggu berperap di rumah dan enjin akan rosak kalau lama sangat tak dihidupkan...

Kalau ada 2 biji kereta jadi membazir duit. Sebab pakai cuma sebuah, tapi bila nak servis nanti kena servis 2 buah (ada org lain pinjam Myvi tu), roadtax pun kena renew untuk 2 buah... Takde faedah pun rasanya dan membazir sangat-sangat... Cukuplah kereta En.Suami sorang...

Ada jugak orang kata untuk jangka masa panjang dan beranak pinak nanti perlukan 2 buah kereta sebab kena ulang alik ambil anak dan perkara kecemasan lain... Tapi tak perlu kot...sebab orang lain dapat je hidup bertahun-tahun dan beranak pinak dengan sebuah kereta... KALAUlah satu hari nanti betul-betul perlukan 2 buah, barulah beli lagi sebuah... Buat masa sekarang memang rasa tak perlu dan membazir...

Dengan gembiranya saya lepaskan Myvi saya semalam, rasa lengang je depan rumah sebab dah takde yang menyemak parking tak bergerak depan tu... heheheh~~~ (^_^)

Tinggal kenangan Si Putih yang pernah parking dan bawa saya ke tempat kerja... (^_^)


Wednesday, March 13, 2013

Alhamdulillah...Sihat...

Assalamualaikum... Ni sambungan dari Entry >>>Bunting Pelanduk<<< pagi tadi... Saya baru je balik dari Klinik dan buat scanning... Alhamdulillah sebab dah nampak dan ada degupan jantung selepas berusia 8 minggu... Siapa yang ada baca Entry saya tentang >>>Kantung Kosong<<< memang tahu kenapa saya berasa sedikit lega sekarang...

Tentang bleeding tu, doktor kata sekarang ni dalam proses penempelan. Jadi agak normal kalau ada keluar sedikit darah. Tapi kalau banyak, barulah tak normal... Alhamdulillah... Kandungan sihat dan En.Suami tersenyum bila mendengar bunyi degupan jantung si kecik dari Ultrasound... (^_^)

1.66cm, 8minggu (2bulan)
Sekarang ni baru trimester pertama (1-12minggu)...tak boleh terlalu gembira sebab keadaan masih tak stabil dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku... Kalau dah masuk trimester ke-2 (13-27minggu) barulah stabil sikit dan menarik nafas lega... Walau apa pun... Doakan kesihatan Si Kecik dan saya yerr... Semoga semuanya dipermudahkan... Amin...

Take Care People...

Pelanduk Bunting...Bunting Pelanduk

Assalamualaikum... Seperti biasa... Pagi-pagi perut akan lapar dan mencari makanan, tapi terlalu awal nak ke kantin sebab takut pulak makanan belum disediakan lagi... Lapar hari ni membuak-buak sebab bercampur baur dengan kerisauan... Jadi carilah kakak ipar saya yang dah ada 3 anak iaitu anak saudara saya dan dia beranak pun agak rapat... kira pengalaman dia lebih sikit kot... Hehehhehe~~~

Actually, masalah saya ni merisaukan saya dan En.Suami sebab pagi tadi masa nak mandi pagi ternampak 3 ke 4 tompok darah cair keluar... Saya mengandung dah 2 bulan, tapi kenapa ada darah??? Period ke??? Huukkk~~~ Sedih melanda di awal pagi sebab ni dah kali kedua terjadi. Kali pertama tu pada 2 hari lepas, waktu pagi jugak....

TAK CEK DI KLINIK???? 

Sewaktu pertama kali bleeding tu, En.Suami dah temankan saya pergi ke Klinik Ibu dan Anak tempat saya mendaftar, tapi masa nak bagi kad di kaunter tu jururawat tanya apa masalah sebab temujanji seterusnya lambat lagi, 21 Mac 2013 nanti. Saya ceritalah apa masalah, DAN jururawat tu bagitau tu perkara biasa. Kalau darah banyak baru datang balik... MACAM TU JE??? Tak sempat jumpa doktor dan tak cek pun. Tak tau ke si Ibu ni risau??? Takpe la, dengan rasa hampa dan blurr, saya dan En.Suami pun balik ke tempat kerja...

HARI NI???

Terjadi lagi perkara yang sama kat saya, dan En.Suami sendiri yang nampak darah tu dan membuatkan dia berdouble-double risau sampai nak pakai baju kerja pun dah tak tau... Hari ni rasanya nak pergi terus ke Klinik swasta tempat saya mengesahkan kehamilan dulu. Nak pergi ke Klinik kerajaan takde hasil sebab diorang tak akan periksa pun... Huuu~~~~

TAPI...Sebelum tu, saya tanya dulu pendapat kakak ipar saya yang dikira banyak pengalaman mengandung ni... Dia tanya itu ini begitu begini... Ada sakit perut??? Darah banyak tak??? Bla bla bla... Pastu dia kata tu BUNTING PELANDUK kot... Hehehhe~~~ Saya yang blurr pun cari dalam google apa benda alah Bunting Pelanduk ni sebab tak nak banyak tanyak dalam mesej... (^_^) Saya tak jumpa maksud specific, tapi banyak yang huraikan Bunting Pelanduk ni jenis bunting yang keluar period sikit-sikit.... Betul ke???

Takpe lah, untuk puaskan hati, kena jugak lah pergi ke klinik kejab lagi... Tuan empunya badan kena pastikan betul-betul dan tak boleh lah nak main teka-teki je...yang kita bawa tu nyawa, nyawa tak boleh main teka-teki...

So, lepas ni En.Suami datang dan bawa saya ke Klinik dan kami mengharapkan jawapan yang baik-baik je dari doktor... Risau sangat-sangat.... Huhuhu~~~

Take Care People...

Thursday, March 7, 2013

Lesen Memandu OKU... FINAL

Assalamualaikum.... AKHIRnyaaaa.... Berakhir jugak azab nak ambil Lesen Memandu OKU untuk abang En.Suami... Hampir 3 bulan jugak masa diambil untuk selesaikan semua sebab banyak skip kelas memandu... Skip???  Bila dah jauh sangat tu, kadang-kadang letih jugak rasanya nak ulang alik Kuching-Sematan/Sematan Kuching... Ditambah lagi dengan keadaan perut saya sekarang, jadi tak sabar En.Suami nak selesaikan cepat sebab dia dah tak boleh nak bawa saya ulang alik lagi. Nak ulang alik dia sorang memang dia dah tak berani lagi sejak terbiasa bertemankan saya di sebelah... Sampai dia boleh imagine ada hantu tumpang kat belakang kalau dia memandu balik ke Sematan sorang-sorang... Huhuhu~~~

Cikgu yang ajar abang EN.Suami memandu dah booking ujian Memandu JPJ pada pagi ni (07/03/2013) selepas selesai semua kelas memandu kereta dan motosikal minggu lepas. Saya tak pulak ikut sebab hari ni saya kerja...

PERINGATAN : Sewaktu Ujian Memandu JPJ, bawa sekali surat KEBENARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU. Macam mana nak dapatkan surat tu??? Baca balik yang entry yang saya tulis di >>> Lesen Memandu OKU... Part 2 <<<



Hari ni, En.Suami lupa nak bawa surat kebenaran tu, jadi hampir-hampir Ujian Memandu JPJ nak dibatalkan. Tapi syukur Allah memudahkan semuanya, En.Suami terangkan dan bincang baik-baik dengan pegawai JPJ dan Alhamdulillah dia benarkan jugak sebab surat tu memang ada, cuma lupa nak bawa.

Keputusannya??? Litar Motosikal LULUS, On The Road LULUS, Bukit LULUS, Parking LULUS, 3 Point Turning LULUS.... (^_^)

Kalau nak tau macam mana nak ambil Lesen Memandu OKU dari awal proses, Klik kat link di bawah ni...


Take Care People... =)

Wednesday, March 6, 2013

Kantung Kosong???

Assalamualaikum... Selasa lepas saya daftarkan kandungan kat Klinik Ibu dan Anak kat Zon kediaman saya. Mula-mula ingatkan boleh daftar kat mana-mana je, tapi rupa-rupanya kena ikut zon alamat kediaman... So, daftar je lah dan prosedurnya tersangatlah panjang... Hampir 3 jam untuk daftar dan cek je kot... Takpe, pengalaman.... =)

Masa mendaftar ni, usia kandungan saya dah mencecah 6 minggu 4 hari... Kira sebulan lebih laaa... Sepatutnya, usia kandungan 6 minggu dan boleh nampak jantung benda hidup kat dalam rahim. Tapi masa scan semalam, diorang kata kantung saya masih kosong... Huuuu~~~ Seram dan menjadi agak risau... Kandungan saya hilang ke??? Mati ke??? Gugur sebab kerja berat pindah rumah yang saya buat masa tak tahu saya mengandung hari tu ke??? Macam-macam yang bermain dalam fikiran... Kantung ada, tapi isi atau degupan jantung tu takde... Kenapa???


Di sebabkan risau, saya buat kajian sendiri dan cari maklumat dari internet tentang "Kantung Kosong" ketika usia kandungan 6 minggu dan keatas... Apa yang saya dapat??? Yup...perkara tu memang akan terjadi dan dikenali sebagai "Blighted Ovum", yang bermaksud persenyawaan telah berjaya tetapi Embrio gagal berkembang atau mati yang menyebabkan rahim menjadi kosong. Kalau betul perkara ni terjadi kat saya, maka kehamilan saya akan berakhir dengan keguguran... Tapi...kadang-kala kandungan yang masih muda pun gagal dikesan oleh ultrasound, jadi kena tunggu lama sikit baru boleh kesan...

Kalau betul perkara ni yang terjadi kat saya, kami akur dan bersyukur je lah... Mungkin ada sesuatu yang tak baik kalau kandungan tu menjadi, jadi Allah tarik awal-awal daripada kami... Semua yang berlaku ada hikmahnya kan???

Tapi...21 Mac 2013 nanti ada satu lagi temu janji dengan doktor untuk pastikan keadaan isi di dalam rahim saya... kiran-kira 3 minggu dari hari ini... Kalau dalam tempoh 3 minggu nanti masih jugak kosong, memang saya kena buang dan makan ubat untuk turunkan darah... Harap-harap keputusan 3 minggu akan datang lebih baik dan menyenangkan hati saya dan En.Suami... Tak boleh bayangkan reaksi sedih En.Suami nanti dan saya pun tak nak tengok wajah dia sedih... Semuanya kuasa Allah....

Take Care People... =)

UPDATE 13 Mac 2013 : Dah nampak janin dan degupan jantung ketika usia 8 minggu... (^_^)
KLIK >>> Alhamdulillah...Sihat... <<<


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~