Friday, April 26, 2013

Perbezaannya....

Luahan hati En.Suami... Tak semua kita dapat merasa apa yang mereka rasa... Hanya segelintir dan yang melaluinya akan mengerti....

Monolog : 

Mengerti sangat jauh perbezaannya...yang boleh dan tidak boleh...yang halal dan yang haram...yang dunia dan yang akhirat...yang najis dan bukan najis...yang kafir dan bukan kafir... Dan... Pelbagai.... 
Seperti terbuka semuanya...sangat indah bagi yang mengerti akan hal ini...cuma belum ada tempat nak diluahkan keajaiban ini... 
Hidayahku....


Thursday, April 25, 2013

En.Suami Buat Gwiyomi???

Assalamualaikum... (^_^) Pagi ni rasa lucu sikit bila tengok balik gambar-gambar En.Suami malam tadi... Semalam, tengah duduk lepak tunggu nak maghrib, saya tanya kat En.Suami dah tengok tak Gwiyomi??? Dia tanya balik macam mana Gwiyomi tu?? Pernah dengar tapi tak tengok lagi sebab line slow nak bukak youtube...

Then saya bagitau la, saya akan tunjuk step-step Gwiyomi dan nanti dia ikut. Pastu saya ambik gambar dan susun ikut step yang dia buat, itu lah Gwiyomi.... (^_^) Hehehhe~~~ Dia pun dok buat muka kiut macam yang saya suruh dan saya ambik gambar... hehehhe~~~ Lucu pulak bila tengok balik gambar ikut urutan 1 sampai 6.... En.Suami macam budak-budak dengan rambut tak terurus dan baju jubah solatnya.... Ngeeeee~~~~ (^_^)

Gwiyomi gwiyomi version En.Suami.... =P

Aksi Comel En.Suami... (^_^)

Wednesday, April 24, 2013

Dah Lama Tak Balik Kampung

Assalamualaikum... Minggu lepas saya dan En.Suami menghabiskan hujung minggu di kampung... Dari petang Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan pagi Selasa gerak ke tempat kerja jam 5pagi... Hhehehe~~~ Lama tuuu... Saya dan En.Suami ambik cuti sebab dah lama tak balik dan nak lepak lama sikit di kampung dan mencari ketenangan.... (^_^)

En.Suami seronok melayan anjing-anjingnya... =)) **tapi tak sentuh tak, main dari jauh je... (^_^)
Lama ke tak balik?? Lama la sangat...Setiap bulan pun kami akan balik, 2 minggu sekali... Hehhehe~~~ Cuma yang lepas sampai 3 minggu tak balik sebab abang saya dari Semenanjung datang bercuti ke Sarawak dengan kawannya.

Kalau orang bandar yang memang asli membesar dan tak pernah masuk kampung, memang tak akan selesa dan tak suka dok kampung. Sebab takde hiburan macam di bandar, yang ada pun cuma hutan dan pantai...tu pun kalau perkampungan di pantai... (^_^) TAPI....Kalau yang mak bapak memang asal kampung dan pernah dok kampung, tapi bila dah besar tetiba kata geli dan tak boleh duduk kampung, MEMANG JENIS MANUSIA LUPA ASAL USUL LA TU... hehehe~~~ Memang saya menyindir, sebab ada jenis orang lupa diri macam tu bila dah merasa senang SIKIT... Huhuhu~~~

Dah banyak kampung yang saya masuk, sampai yang takde bekalan elektrik dan air pun pernah... Minum air hujan dan tak merasa kipas dan TV... Tapi tetap seronok sebab ada aktiviti tersendiri yang tak dibuat dibandar... =)

TAPI... Kampung En.Suami ni best sikit, sebab dia duduk kawasan pantai dan banyak kebun kat dalam hutan... Walaupun saya budak bandar dan tak merasa kampung sangat dari kecik, tapi saya lebih sukakan kehidupan kampung yang tenang daripada bandar... Ada je aktiviti yang saya buat kat dalam hutan... TAPI sekarang ni agak tersekat sikit sejak membawa zuriat di dalam rahim ni... Alhamdulillah... =)

Petang-petang, bila matahari dah mula tenggelan di sebalik bukit, saya dan En.Suami akan ke pantai naik motosikal... Lepak-lepak dan berehat sebab saya memang suka dengan pantai... Fikiran jadi ringan je bila melayan angin pantai yang bertiup... (^_^)

Santai petang-petang di pantai... (^_^)
Nak tau apa aktiviti yang saya suka buat kalau di kampung, semuanya saya dah pernah dalam ENTRY yang lepas-lepas... Kalau sudi, review la balik... (^_^)




Kalau anak-anak saya dah besar nanti, memang saya akan ajar diorang kehidupan di kampung dan tak nak mereka jadi lupa diri macam sesetangah orang bandar.... (^_^)

**Satu lagi yang best, sejak mengandung ni, saya dah tak pernah masuk dapur lagi. Semuanya mak mertua yang tolong masakkan dan buat, dia cuma nak saya berehat je... hehehhe~~~ Layanan special tau...Syukur sebab saya ada mak mertua yang baik macam mak kandung... Tak semua orang dapat jumpa mertua yang baik, sebab saya selalu jumpa orang mengadu dapat mertua jahat dan pilih kasih... Alhamdulillah.... Jangan jeles... (^_^)

Thursday, April 11, 2013

Halal Lebih Indah...

Menjiwang dipetang hari selepas mendengar ceramah "Pengurusan Stress" oleh En.Bos tadi... (^_^) 

Alangkah bahagia rasa di hatiku...
Walaupun kau tahu diriku tidak sempurna
namun kau terima aku seadanya...
Kau sayangkan aku sepenuh nyawamu...
Kau mencintaiku seteguh hatimu...

Dengarkanlah suara cinta dari hatiku...
Aku bersyukur dengan keikhlasan cintamu...
Kau serahkan cintamu hanya untukku...
Akan aku hadirkan namamu dalam doaku
kerana aku mencintaimu sepenuh jiwaku...

Suamiku...
Terima kasih atas satu cinta ini...
Akan kusimpulkan dengan kasih dan sayang
berjanji dengan kesetiaan dan kejujuran...
Namun perjalanan cinta ini ada dugaannya...
Moga mendapat keredhaan dan rahmat dariNya....

Amin...


 

Dah lama senyap... Surprise...

Assalamualaikum... Hari ni usia perut dah 3 bulan... Doakan semuanya baik-baik dan sihat je ok... (^_^) Dah lama menyepi sebab takde cerita yang nak di kongsi dan tak ada aktiviti sejak kebelakangan ni... En.Suami kata itu tak boleh ini tak boleh...alamatnya??? Sepi sikit la aktiviti... heheheh~~~

Walaubagaimanapun, kadang-kadang curi keluar dan memandu jugak diwaktu pejabat. Itu pun kalau En.Suami tinggalkan kereta untuk saya, sebab sekarang ni saya dah tak dibenarkan memandu lagi... Jarang dia nak tinggalkan kereta melainkan saya ada urusan sendiri dan dia betul-betul tak boleh nak hantar... Kalau tak??? Huhuhu~~~

Kalau nak diikutkan hati, memang nak berjalan je selalu, tengok wayang ke, window shopping ke, lepak-lepak ke... Tapi tak boleh, sebab sekarang cepat sangat letih dan sakit kaki... Kejab-kejab berjalan dah nak duduk dan rehat... Tak syok bila jalan-jalan asyik ada pit-stop je... (^_^) Tak pe, sabar... Nanti dah back to normal tak akan nampak muka saya dok rumah... =P

Kadang-kadang nak keluar sorang-sorang ada jugak tujuan... Nak carikan sesuatu untuk buat surprise Birthday dia, Wedding Anniversary dan Frienship Anniversary yang dah tak lama lagi... Tapi kalau dah bekepit je memanjang, macam mana nak cari benda yang dia tak nampak??? For sure la kantoi... Takpe, sebab saya ni bijak sikit... Sebab pernah buat surprise walaupun dia ada bersama dan menjadi kaw-kaw... heheheh~~~ Apa yang saya buat???

Sebelum surprise tu dibuat, pernah sekali masa jalan-jalan kat The Spring dia ternampak seluar jeans yang memang dia gila-gila berkenan. Tapi tak boleh nak beli dulu sebab keesokan harinya baru gaji keluar... Jadi terpaksalah ditunda keesokan hari... Esoknya, kami pergi lagi...tapi sebelum nak jenguk jeans tu, singgah makan dulu dan saya bagitau nak ke toilet... Masa nak ke toilet itu lah saya berlari sepantasnya untuk pergi beli terus jeans dan sorok dalam handbag... Nasib la handbag muat...hehhehe~~~ Lepas beli, buat bodoh dan datang balik kat En.Suami untuk makan... Lepas makan barulah kami nak pergi beli jeans yang dia nakkan sangat, tapi hampa sebab takde... (T_T)

Sepanjang hari dia sedih dan takde mood masa jalan-jalan... Kesian memanglah kesian, tapi dalam hati ni tergelak sebab benda tu ada dalam beg saya... Malam baru kami balik dan En.Suami terus solat, masa dia solat barulah saya keluarkan Jeans dan letak hias baik-baik atas katil... Lepas tu??? agak-agaklah sendiri... Berair mata jugak En.Suami sebab terkejut dan happy dapat seluar yang dia nak... (^_^)

Lepas ni nak fikir lagi, apa yang nak buat dibuat untuk Birthday dan Anniversary nanti. Nak buat sekali gus je sebab kebetulan tarikh tak jauh beza... (^_^) En.Suami dah beberapa kali nak buat surprise, tapi tak pernah nak menjadi sebab saya cepat baca fikiran dia... Hehehe~~~

Cuma sekali je yang menjadi pada 2 minggu lepas. Saya terkejut, gembira dan terharu bila En.Suami berikan set rantai emas untuk saya... Sebelum ni saya pernah terbaca "note" dalam phone En.Suami tulis "rantai emas untuk isteri"...tapi tak tau la bila baru nak dapat... Rupa-rupanya dah dapat pun... (^_^) Terima kasih sayang...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~