Wednesday, May 22, 2013

Kecik... Tak Besar...

Assalamualaikum... Dah lama tak update blog, takde masa dan sibuk memanjang... Sepanjang tak update ni banyak perkara jadi... Positiv dan negativ...

Apa yang positifnya ialah En.Suami pergi travelling selama seminggu ke semenanjung... Huhuhu~~~ Positif??? Macam seronok je bunyi... Seronok apa nya... Seminggu jugak la saya menangis malam-malam sebab tercari-cari... Huhuhu~~~ Tak pernah berjauhan, sekali jauh rasa macam tak boleh hidup... Mungkin itulah rindu kot... Alhamdulillah...

Sekarang ni, kandungan saya dah nak masuk 5 bulan... Alhamdulillah setakat ni sihat je dan takde apa masalah... Cuma... Apasal perut saya yang nak 5 bulan ni kecik??? Selalunya saya tengok kawan-kawan besar jeeee.... Hurmmmm... Orang cakap, kalau perut kecik tu bayi lelaki... Betul ke??? Saya harap perempuan... Tapi walau apa pun yang Allah bagi nanti, itulah rezeki untuk kami... Syukur...

Ni gambar update perut saya sekarang... (^_^) Kecik kan? kan? kan??? Tak berapa nak buncit dan saya pun tak berapa gemuk... Mantain je slim, cuma perut naik sikit... (^_^)

Jalan-jalan bersama adik untuk pujuk hati sewaktu En.Suami tiada... =)

Gaun Biru ni baju mengandung pertama saya... En.Suami belikan sewaktu dia travelling, pandaikan dia pilih??? (^_^) En.Suami baru je balik, esoknya terus ajak jalan-jalan sebab rinduuu... Hehheheh~~~  Alhamdulillah.... (^_^)


Misai tu dah suruh potong, tapi En.Suami tak nak... Dia kata biar perempuan tak pandang... Hhahahahha~~~ Perasan je lebih... =P
Actually En.Suami nak tengok, misai sejemput tu boleh panjang sampai mana, dah lama dia simpan, tapi tak jugak lebat-lebat... Ada petua ke nak lebatkan misai???? (^_^) Boleh tolong share??? =D

Take Care People... =)

Wednesday, May 8, 2013

Buat Telur Penyu Masin

Assalamualaikum.... Suka makan telur penyu masin ke tak??? Ada yang tak suka sebab rasa tak sesuai... Tapi, kalau saya, ok je... Tak tolak... Hehehhe~~~ Dah 2 cara yang saya cuba untuk buat telur penyu masin...

Cara pertama, rendam telur penyu tu kat dalam air garam pekat semalaman macam dalam gambar kat bawah... Gambar ni saya dapatkan dari internet, sebab masa saya buat hari tu lupa nak ambik gambar... Tapi cara memang sama... =)


Cara kedua, tabur garam kat atas telur macam kat bawah ni...

1. Cuci telur sampai bersih dan kering, susun dalam bekas plastik yang boleh tutup
2. Cekungkan kat bahagian tengah telur, dan tabur garam kat bahagian cekung tersebut
3. Biarkan semalaman, keesokan harinya semua garam tu akan cair dan telur akan menjadi lebih kecut.
**Kalau tengok kat dasar bekas akan ada air yang berlebihan sebab air dalam telur telah dikeluarkan oleh garam tadi.
4. Selepas semalaman, telur dan boleh direbus untuk di makan...

**Kalau cara orang tua lama dulu, cucuk satu lubang saiz jarum kat tempat tabur garam. Tapi kalau difikirkan logik, nanti air garam masuk dalam telur dan rasanya terlebih masin dan tak sedap...


Jadi, kasimpulan nya... Cara mana yang lebih sedap??? Saya lebih suka cara tabur garam sebab telur rasa lebih lemak dan kurang masin...
Kalau rendam seperti cara pertama, kena ingat yang kulit telur penyu nipis je dan senang nak serap apa-apa dari luar. Jadi bila direndam terus nanti rasa telur bertukar menjadi rasa garam sebab masin yang tak terkawal jika direndam seluruhnya...  Dah tu, kenalah buat kerja 2 kali dan rendam balik telur tu kat dalam air kosong semalaman untuk kurangkan masin..
Dah tau macam mana???? Try lah buat.... Sooooo.... Sedapppppp~~~~ (^_^) Seronok makan waktu-waktu mengidam macam ni... =)

Tuesday, May 7, 2013

Sekali dapat... Berbiji-biji Delima.... =)

Assalamualaikum... Baru je semalam saya dapat buah delima... Hari ni dapat lagi 2 biji... Heheheh~~~ En.Suami nak saya makan puas-puas sebab tak nak saya tercari-cari lagi... (^_^)


En.Suami bawa saya pergi ke rumah Mak Cina yang berdekatan tempat kerja saya, bukan rumah yang kami pergi semalam... Ni rumah lain dan pokok dia lebih besar... Yippiii~~~~ (^_^) En.Suami bagitau kat Mak Cik Cina tu dengan ayat dan cara yang sama macam yang dia gunakan semalam... Dan syukur sangat-sangat dan murah rezeki kami sebab dia kata ambik je berapa banyak, tak payah bayar... Siap kata kalau isteri nak lagi boleh datang lagi ambik... Heheheheh~~~ Mak Cik tu tak tau ke saya ni kerja kat area rumah dia??? Nanti kalau hari-hari saya datang mintak tak terlayan pulak dia... (^_^)

Pak Cik Tukang kebun tolong panjat pokok delima
Hari ni, En.Suami tak perlu susah payah panjat untuk ambilkan. Sebab Mak Cik Cina tu suruh tukang kebun dia yang tolong panjatkan dan ambil untuk kami... Terima Kasih Pak Cik... (^_^)

Selonot owwww... =)
Apapun syukur sebab kami jumpa tuan rumah yang baik hati... Nak tau kenapa??? Sebab Kak Norlia yang sama pejabat dengan saya pernah cerita masa dia mengandung dulu, ingin nak makan Delima jugak... Bila susah sangat nak dapat, dia buat macam saya jugak. Cuba beli dari rumah yang ada tanam... Tapi sedeh sebab tuan rumah tu kedekut dan tak nak jual sebiji pun... Nasib baiklah saya jumpa orang yang baik hati dan sudi bagi... Syukur... Mudah-mudahan murah rezeki anak saya nanti... AMin.... (^_^)

Titut Nak Buah Delima

Assalamualaikum... Kalau mengandung, tentu dah biasa nak mintak itu nak mintak ini...yang kesiannya nanti kalau benda tu payah sangat nak jumpa... Sebaik-baiknya kalau dah tahu payah nak jumpa, si bakal ibu jangan lah tersebut-sebut supaya tak kempunan jadinya... Kenapa tetiba nak makan sesuatu yang jarang??? Saya pun tak pasti, mungkin disebabkan hormon yang buatkan tubuh jadi tak stabil dan menyebabkan lidah rasa nak itu nak ini... Mungkin lah...

Saya pulak??? Nasib baik apa yang saya nak tu senang nak dapatkan, jadi tak risau la nak sebut kat En.Suami sebab dia senang nak cari... (^_^) Senang tu agak senanglah, tapi 2 bulan jugak jenuh menunggu nak dapat... Heheheh~~~

Dah lama saya nak makan buah delima dan buah gajus... Sampaikan bulan lepas En.Suami belikan saya Pokok Delima Bonsai yang memang dah berbuah, cuma nak tunggu buah masak je... Tapi tunggu punya tunggu, tak jugak masak-masak... Asyik bunga je tumbuh baru...


Lama sangat nak tunggu buah tu masak, dah tak boleh nak tunggu lagi. Jadi, En.Suami dapatkan buah tu semalam masa balik dari kerja... Sebenarnya, hari-hari kami lalu dan nampak pokok delima tanam kat depan rumah seorang Mak Cik Cina. Dari buah tu kecik dan mentah, sampai la buah tu masak kami perhatikan... Sehingga lah semalam, saya tengok buah tu dah berwarna separuh merah dan separuh kuning, jadi saya tanya la kat En.Suami, "Dah boleh makan ke kalau warna macam tu?"... Hehhhehe~~~ Pantun la tu nak mintak ambilkan...


Macam melambai-lambai je buah tu panggil kita kan??? Jadi En.Suami pun patah balik dan cuba ketuk rumah mana tau tuan rumah nak jualkan sebijik... (^_^) Kalau tak cuba, tak tahu... Kalau itu rezeki kita, dapatlah sebijik... =) Tapi, Alhamdulillah.... Baik hati betul Mak Cik Cina tu... Bila En.Suami bagitau yang saya mengandung ingin nak makan buah Delima, Mak Cik Cina tu terus suruh ambik dan tak payah nak bayar-bayar... Syukur... (^_^)

Gelagat mintak buah.... =)
Nasib baik pokok tu renek dan senang nak capai... Geli hati, seronok dan terharu bila En.Suami dapatkan buah ni untuk saya... Balik rumah malam tu terus makan sambil tengok TV... Masammmmm, sebab belum masak sangat... Hehheheh~~~~ =P

Buah Delima muda... =)

Friday, May 3, 2013

Aura PRU13...

PRU13... Dah terasa sibuknya sebab buat pertama kalinya saya sukarela nak jadi Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) P.195, Ahad ni 5 Mei 2013... (^_^)

Suasana PRU di Sarawak tak sehebat kat Semenanjung... Kat sarawak ni cool je, takde gaduh-gaduh dan hal sana-sini... Cuma saya dah 2 kali ternampak pihak polis turunkan poster besar Parti yang dipasang kat tepi jalan... Tak tau la pulak kenapa, tak sempat nak tanya sebab polis tengah sibuk buat kerja... Hehehhe~~~

Tadaaaa~~~~

Sibuk je nak show off baju, topi dan pass yang baru je dapat untuk bertugas pada Ahad ni.... hehhehehe~~~ Jangan jeles tau... Jom kita ramai-ramai pergi mengundi, tunaikan kewajipan kita pada negara... Chewahhhh~~~~ (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~