Monday, June 24, 2013

Sepakan Dan Pukulan

Assalamualaikum... (^_^) Senyum dulu sebelum nak mulakan entry... Masa ni boleh senyum lagi sebab jerebu kat Sarawak masih dalam keadaan terkawal... IPU setakat ni masih <100 dan kami baru je dilanda hujan... Alhamdulillah... Harap-haraplah IPU tak akan naik dan keadaan kembali baik macam biasa... InsyaAllah...

Kena sepak dan kena pukul... Happy nya... Senyum sorang-sorang je... Kena hempuk pun happy jugak??? Memang dah tak betul... Ngeee~~~

Memanglah happy kalau yang buat tu adalah baby kat dalam perut... (^_^) Dia nak bagitau kat kita pasal kewujudan dia kat dalam... Kalau dia tak bagi signal camtu, dia takut kita lupa kat dia pulak... Alahai~~~ Macam mana boleh lupa kalau dah tak sabar-sabar nak tengok dalam 3 bulan je lagi... =) InsyaAllah... kalau takde apa-apa halangan...

Semalam...Nak dijadikan cerita... Saya dan En.Suami kemas-kemas bilik tidur dan tukar keadaan posisi bilik... Kenapa nak tukar??? Sebab posisi yang kami susun sebelum ni buatkan keadaan bilik jadi sempit dan payah nak mengemas... Jadi, lepas solat asar semalam, saya bagi tau nak pusingkan katil dan susun kat sudut lain??? Sebab punggung asyik sangkut je kat hujung katil masa solat... Semakin besar badan ni, makin sempit pulak rasa bilik...
**Sebenarnya bapak saya dah buatkan bilik besar untuk kami, tapi kami tak pandai nak susun perabot, sebab tu jadi sempit... Heheheh~~~

Actually, dari awal masa pindah kat bilik tu lagi saya nak buat susunan yang saya nakkan sekarang. Tapi masa tu ingat tak nak tidur kaki menghadap ke kiblat. TAPI...sebenarnya takde pun kena arah kiblat... Arah kiblat mehala lebih ke kanan dari arah kaki kami tidur... Jadi, takde lah rasa tidur macam mayat, kaki letak kat kiblat...

Jadi, bila part nak angkat katil bagi pusing ke arah lain, saya kesian pulak kat En.Suami. Macam nak patah je pinggang dia angkat dan sorong katil sorang-sorang. Saya bila dah kesian, saya tolonglah angkat sekali. Dengan perut macam ni sibuk jugak nak tolong angkat katil. En.Suami payah nak larang sebab saya ni degil... Huhuhu~~~ Bila dah lepas angkat tu, ok je..tak rasa apa pun... Jadi, tolong lah lagi susun itu susun ini... Tup-tup perut tiba-tiba rasa sakit dan senak-senak... Jeng-jeng-jeng... Dah takut dah...padan muka sebab degil jugak nak buat kerja sampai penat... Jadi, saya terus stop dan baring je... Kesian tengok En.Suami tengah kemas bilik sorang-sorang...sapu lantai, lap debu kat perabot dan mop lantai sampai la bilik betul-betul nampak bersih dan luas sangat-sangat dengan susunan baru... Saya pulak?? Cuma baring je tengok, dah tak boleh nak tolong sebab perut rasa semacam dah...


MASA baring-baring layan sakit, saya pegang-pegang dan usap-usap perut bagi hilangkan sakit... TERKEJUTNYA saya bila rasa tapak tangan saya macam kena tepuk dari dalam... Betul ke ni??? Letak lagi dan kali ni tangan saya tak bergerak sebab saya nak rasa betul-betul... TUP!! kena tepuk lagi... Sah!!! Memang sah baby yang kat dalam ni respon dan gerak-gerak... Mungkin sebab dia penat jugak kot... (^_^) Saya terus panggil En.Suami nak suruh rasa jugak... Memang betul, En.Suami pun rasa kena tepuk 2 kali... Itulah KALI PERTAMA saya dapat rasakan gerakan dia dari luar selepas 22 minggu 3 hari usia dia... Alhamdulillah....

Sebelum ni memang dah ada gerak-gerak, tapi tak boleh nak rasa dari luar. Gerakan pertama saya rasakan pada 8 Mei 2013 lepas, sewaktu usia dia 15 minggu 4 hari... Tapi masa tu belum kerap dan saya cuma dapat rasa seminggu sekali je... Makin lama makin kerap dan sekarang saya dah boleh rasa dengan sentuhan kat perut... Gembiranya rasa... Semoga dia sihat membesar kat dalam dan Allah memudahkan segala urusan kami kemudian hari... AMin.... (^_^)


Saturday, June 22, 2013

Boleh Berpuasa Kalau Mengandung???

Assalamualaikum... Ramadhan hampir tiba tak lama lagi, lebih kurang dalam 2 minggu je... Mesti rasa bersemangat bila fikirkan Hari Raya Aidilfitri pun hampir jugak tiba kan??? Ehem3~~~ Puasa belum lagi mula, tak payahlah nak fikir Hari Raya dulu... =P 

Puasa dah ganti ke??? Perempuan of course la tak pernah nak cukup, tapi lelaki?? Tak mungkin tak cukup jugak kot... Tahun ni jugaklah kali kedua En.Suami melakukan ibadah puasa... InsyaAllah tahun ni pun En.Suami boleh tamat kot... Amin... Doakan je lah dan bagi semangat kat dia walaupun kadang-kadang tu jadi lembik sebab susah nak tahan bila malas nak bangun sahur... Hehehhe~~~ 

Saya pulak apa cerita??? Dapat tak saya berpuasa tahun ni??? Kalau dah masuk bulan Ramadhan, usia kandungan saya dah 6 bulan lebih... Mampu ke tahan??? Kalau saya sendiri mungkin mampu. Tapi nyawa lain yang kat dalam ni perlukan makanankan?? 

Kalau nak tahu bagaimana, tanyalah kepada orang yang betul-betul tahu tentang ni... Macam mana nak puasa ketika mengandung??? Macam mana nak ganti kalau tak boleh puasa?? Macam mana itu dan ini~~~~ Saya buka artikel yang ditulis Oleh Dr.Zubaidah dan saya nak share apa yang saya dapat... 


TANDA-TANDA DAN CIRI-CIRI WANITA YANG TIDAK DIGALAKKKAN UNTUK BERPUASA : 
1. Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30-1jam. 
2. Rasa loya atau muntah sehingga terpaksa makan ubat. 
3. Rasa terlalu haus, warna air kencing berubah keruh dan baunya sangat hancing yang menandakan wanita itu dehidrasi. 
4. Jika umur kandungan 20minggu, bilangan pergerakan bayi kurang dari 10 pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana bayi sedang menerima nutrisi yang dibekalkan. kekurangan pergerakan menunjukkan bayi itu kekurangan nutrisi dan dalam keadaan bahaya. Tapi, adakalanya, pergerakan akan dirasa semula selepas berbuka puasa. 
5. Rasa sakit memulas seperti hendak melahirkan anak. Ini menunjukkan tanda kelahiran pra-matang dan dapat dielakkan jika nutrien yang cukup dibekalkan kepada bayi. 
6. Wanita tersebut kekurangan berat badan atau tidak bertambah berat badan. Menandakan tenaga dan nutrien yang disimpan tubuh semakin berkurangan. 
7. Mengalami sakit kepala atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan penyakit

TANDA-TANDA DAN CIRI-CIRI WANITA HAMIL YANG TIDAK BOLEH BERPUASA :
1.  Diabetis melitus
2. Penyakit buah piunggang
3. Penyakit hati yang tidak berfungsi
4. Astma yang kuat
5. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
6. Kehamilan kembar
7. Mempunyai risiko kelahiran Pra-matang
8. Masalah lain yang berkaitan kehamilan yang serius

Saya tak pasti lagi kalau saya berpuasa macam mana... Tapi sekarang pun dapat rasa kalau tengah hari En.Suami lambat ambik bawa makan, perut saya akan jadi sakit sangat-sangat dan mula mengeras sebab lapar... Tapi InsyaAllah bulan puasa nanti lain. Ramadhan bulan rahmat, benda yang kita tak boleh pada hari biasa akan jadi boleh bila di bulan Ramadhan... Percayalah... InsyaAllah, semoga dipermudahkan semuanya... Banyak lagi Tentang puasa bagi wanita mengandung... Nanti saya nak cari lagi untuk maklumat sendiri... InsyaAllah kalau ada masa... (^_^)

Take Care People... =) 

Monday, June 17, 2013

Rezeki Halal...Tak Payah Malu...

Assalamualaikum... Pagi ni ada semun sikit nak turun kerja dan bangun pagi sebab hujung minggu agak letih... Dah tau pregnant, sibuk jugak nak buat itu ini... Pastu cakap letih... (^_^) Apa boleh buat kalau dah tak dapat nak duduk diam... Tubuh sendiri, jadi kita sendiri la yang akan rasa takat mana tubuh kita larat, kalau dah tak dapat tu rehat je lah... =)

Tadaaa... Posing jab kat kawasan yang cantik ni... Nak tau kat mana??? Seluas-luas padang kat dalam gambar ni ada sebahagian dari ladang Tembikai dan Honeydew milik kakak kepada En.Suami... Bukan En.Suami yang punya yerr... Tumpang gambar jab... (^_^)


Nak tau rahsia ambik gambar cun macam ni??? ((mcm la cun sangat pun~~~)) Kena bagun jam 6.30pagi, pergi minum pagi kat pekan dan terus ke kebun dalam keadaan belum mandi pagi... =P Kalau sanggup, buatlah... (^_^)

Nampak semak samun jerr??? Mana buahnya??? Adaaaa... Menyorok kat dalam disebalik semak tu... nampak tak??? Dalam gambar kat bawah ni... Kalau tengok macam tu je memang tak nampak, kena selak daun-daun tu sikit baru nampak buah yang nyorok kat bawah... Comel nyaaaa~~~ (^_^)



Minggu ni kira buah tuaian terakhir dan tak berapa nak elok sangat dah isinya... Jadi, saya dan En.Suami pergi lah ke kebun untuk ambil dan bawa balik... Kalau tuaian yang awal-awal tu kami tak kacau, sebab tu untuk jualan dan eksport... Yang hujung-hujung macam ni boleh la nak kacau sikit-sikit untuk berseronok dan bermain dihujung minggu... Actually saya tak pernah tengok pokok tembikai dan honeydew...selalunya makan yang dah siap dipetik je... Comel je bila masih sangkut kan pokok... (^_^)



Kawasan ladang tembikai ni jenis tanah berpasir, sebab kampung En.Suami terletak di kawasan pantai... Jadi senang sikit nak ambik buah dan tak kotor... Seronok bila boleh petik sendiri macam ni... Saya nak petik, tapi tak boleh sebab perut ni dah membesar dan payah saya nak mencangkung untuk petik buah... Berdiri kat sisi ambil gambar pun jadilah... Hheheheh~~~~ (^_^)

Nak tau rahsia tak??? Petang tu, dalam perjalanan dari kampung En.Suami nak balik ke Kuching, saya dan En.suami singgah ke kawasan pasar (Taman Malihah, kuching) dan jual buah ni kat kawasan letak kereta... Seronok sangat-sangat... (^_^) Kalau orang lain, mungkin malu buat kerja macam ni kot... Tapi bagi saya, selagi rezeki yang kami dapat tu dengan cara yang halal, kami bangga. Kalau rezeki haram barulah perlu malu.... (^_^) .... Kereta yang mula-mula penuh dan sarat dengan buah tu akhirnya kosong dalam masa 2 jam dan adalah jugak rezeki dalam 3 angka... (^_^) ... tinggal  lebih kurang 4 biji je untuk di bawa balik ke rumah.... Kihkihkih~~~ Minggu depan ada lagi operasi macam ni kot selagi tuaian belum habis... Hehehe~~ Ok laaa... tu je cerita setakat ni... =)

Take Care People... =)

Wednesday, June 12, 2013

Dah Mula Shopping???

Assalamualaikum.... Hari ni free sikit sebab takde pembelajaran kat sekolah, cuma raptai kat padang untuk hari sukan pagi esok je... So, saya ada banyak masa terluang...

Online...online...online... Asyik tertengok barang-barang bayi je yang orang promote dan like kat FB... Mata yang tak nak sibuk pun jadi sibuk jugak nak belek-belek... Kalau nak difikirkan, masih awal sangat nak buat persediaan barang-barang... Masa masih panjang dan ada lebih kurang 3 bulan lebih lagi nak tunggu si kecik dalam perut saya ni keluar... InsyaAllah kalau takde yang menghalang...

Kenapa saya kata masih awal??? Sebab saya ni ikut teori orang yang cakap-cakap di sekeliling... Kalau nak sediakan dan beli barang bayi, kenalah tunggu kandungan dah berumur 7 ke 8 bulan. Sebab masa masih panjang dan kita tak tau apa akan jadi... Saya sekarang dah 5 bulan lebih...tak boleh ke nak sediakan awal??? Hurmmm~~~

Mula-mula fikir, tak nak la sediakan apa-apa, sebab betul jugak apa orang-orang ni cakap, masih AWAL.... Tapikan....tangan dan kaki ni dah tak boleh nak duduk diam bila asyik tengok macam-macam benda comel untuk bayi dah dijual....

SEDIA ke TAK?? SEDIA ke TAK??? 

OK~~~macam ni... Benda besar boleh sediakan awal...benda kecik kemudiankan... (^_^) Benda BESAR??? (^_^) Benda besar yang saya maksudkan adalah SET TILAM... Besar ke??? Kecik je la kalau dah badan baby... Ngeee~~

Saya kata nak sediakan tu maksudnya saya nak JAHIT sendiri... (^_^) Macam biasa la kan??? Kalau benda tu saya BOLEH jahit, memang saya TAK akan beli... Saya akan ungkit-ungkit sampai sakit hati kalau harga mahal tapi tak cantik... Lebih baik mahal kos dan buat sendiri cantik-cantik... (^_^)

Mahal??? Tak jugak kot... Ni je bahan-bahan yang saya dan En.Suami beli tadi untuk dijadikan 1 SET TILAM (2 bantal halfmoon, 2 bantal segiempat, 2 bantal bulat panjang, 1 tilam kecik) dan 2 SET SARUNG.

- 5 meter kain kapas kosong (untuk sarung mengisi kabu-kabu) RM3.80/meter
- 4 meter kain kapas bercorak (bukaan 90inci, untuk sarung tilam dan bantal) RM11.00/meter
- 8 meter renda besar (untuk renda 2 sarung tilam) RM1.70/meter
- 4 meter renda kecik (untuk renda sarung bantal) RM0.70/meter
- 1 kg kabu-kabu polyester, RM16.00/kg
**Biasanya kalau buat sendiri, orang lebih suka gunakan kabu-kabu kapas sebab rasa isi bantal lebih sejuk dan selesa.... 
TAPI... kabu-kabu kapas susah dicuci dan akan jadi berkepul kalau terkena air. Contohnya bantal busuk budak kecik yang diorang suka peluk dan cium walaupun dah hitam... Eeeee~~~~ 
JADI... Walaupun kabu-kabu polyester panas sedikit, tapi saya rasa lebih bersih sebab dapat dicuci kalau dah busuk dan tertumpah air atau susu...
Semuanya En.Suami yang pilih... =)
Barang-barang semuanya dah sedia... Sekarang saya nak start buat... Macam mana rupanya??? Nanti la kalau dah siap saya updatekan...OK... Kalau ada yang berkenan nak order blh jugak... Hhahahah~~~ =)

Take Care People... 

Monday, June 10, 2013

Pinggang Dan Tapak Kaki...

Assalamualaikum... (^_^) Entry ke dua untuk hari ni, sebab dah sangat-sangat free bila kerja yang sepatutnya nak dibuat terlupa dirumah.... Hehhehehe~~~

Sekarang ni usia perut dah 5 bulan lebih... Pejam celik pejam celik tak rasa dah 5 bulan berlalu dengan perut yang semakin membesar... Perubahan pun semakin terasa bila tubuh dah mula sakit-sakit dan rasa tak selesa...


Minggu lepas buat monthly cek kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Resultnya, saya kena marah doktor, sebab HB darah saya rendah sangat. Kalau tak silap hari tu HB 7 je kot... Sebelum ni HB 11-12... Huhuhu~~~ Kenapa jadi macam tu??? Saya sendiri pun tak tau, sebab dah cuba jaga diri ni baik-baik... Mungkin jugak disebabkan faktor makanan yang saya makan... Entah...

Selain tu, kaki saya cepat penat dan sakit-sakit... Baru je 5 bulan, tapi kaki dah rasa bengkak-bengkak dan kembang bila berjalan jauh... Nak kata kaki tak mampu support berat badan, tak mungkin... Berat saya sebelum mengandung dan sekarang cuma naik 5kg je... Boleh dikatakan berat normal bila saya menggemuk... Faktor lain??? Mungkin sebab selipar tak sesuai atau kekurangan kalsium dalam badan... Huhuhu~~~

Ni adalah pengalaman pertama, dan masih tak tau sangat macam mana nak jaga diri sewaktu mengandung... Ada jugak sesekali baca info yang ada kat internet, ikut jugak apa yang baik diikut tapi still macam ni jugak... Mungkin lain tubuh, lain ragamnya kot...

Supplement??? Yup... Sekarang ni makan supplement mengandung Shaklee... Tapi tak complete sebab  dalam 5 bulan ni saya cuma ambik B-Complex dan Vitalea je... Sepatutnya ada lagi...Ostemetrix, Omega dan ESP... Sebelum ni badan tak rasa apa pun, tapi bila dah rasa sakit-sakit macam ni barulah ingat nak tambah lagi 3 yang saya takde tu untuk stabilkan Kalsium dan kuantiti darah...

Walau apa pun... Sabar je... 9 bulan tu tak lama...tambah 2 bulan pantang... Kira-kira 11 bulan la... hehehehh~~~ Banyakkan sabar dan ibadah je masa-masa macam ni... (^_^) InsyaAllah dipermudahkan semuanya....

Take Care People... =)

Sakit-Sakit... =(

Assalamualaikum... Akhirnya... Hari ni ada jugak masa nak update entry walaupun tak berapa nak sihat...

Lepas cuti Gawai hari tu saya mula sakit-sakit... Perut dah jadi senak dan tegang sebab batuk dan bersin yang keterlaluan... Kalau nak difikirkan, kenapa boleh sakit?? Mungkin sebab overdose makan buah-buahan yang panas dan sejuk kot... Huhuhu~~~ Makan buah pun boleh sakit yeeee... (-_-)

Sakit sebab banyak makan buah??? Yupppp.... Jarang nak dengar sakit bila makan buah, sebab buah ni kaya dengan vitamin. Tapi kalau dah makan dengan berlebihan, apa-apa makanan pun boleh jadi racun... So, beringat-ingatlah sebelum terkena... =)

Sepanjang cuti 6 hari lepas saya melayan makan buah-buahan je. Buah Tembikai dan Honeydew... Sedap tau makan buah fresh dan ditanam sendiri...Saya belah jadi 2 dan makan pakai sudu duduk depan TV.... (^_^) ...Kat kampung boleh lah makan banyak-banyak macam tu sebab keluarga En.Suami ada kebun buah sendiri... Bila dah banyak buah, apa lagi??? Jom la duduk tepi jalan  jual buah, nak tolong mak mertua kononnya... Hehhehehe~~~ Lokasi , di Pekan Sematan... =)

Nak ajar yang kat dalam perut ni supaya jangan malu duduk tepi jalan cari rezeki... =)
Malu ke jadi penjaja buah??? Tak perlu nak malu kot...sebab yang penting rezeki tu halal.  En.Suami dan mak mertua saya pun ada sekali. Seronok tau bila tengok orang ramai datang beli. Lebih-lebih lagi bila diorang suruh pilih, saya senyum jadi kerang busuk je sebab tak tau macam mana nak pilih... Tau makan je... Kihkihkih~~~~

Hari ni dah seminggu lebih sakit... Alhamdulillah dah nak sembuh... Nak makan ubat tak boleh, sebab ada nyawa lain kat dalam perut ni, harapkan banyak minum air masak je untuk bagi sembuh sendiri... Apa-apa pun, inilah dugaan yang kena ditempuh masa-masa mengandung... Bersyukur jugak saya sakit macam ni je dan takde merasa simptom-simptom teruk macam orang lain.... (^_^)

Take Care People... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~