Monday, July 29, 2013

Set ke 2 dah???

Assalamualaikum... Pagi tadi masa saya ke Klinik Ibu dan Anak, PAR kat pejabat call suruh ambik bungkusan yang sampai jumaat lepas... Saya tau dah tu bungkusan apa, kiriman shaklee yang saya tempah minggu lepas... Hihihi~~~ Kantoi menghilang tengah hari jumaat... =P

Klinik ibu dan Anak... =)
Alhamdulillah, sekarang kandungan dah 7 bulan dan si kecik sihat walafiat... suplement shaklee pun dah masuk set kedua sekarang ni... Alhamdulillah jugak sepanjang mengandung ni saya tak banyak sakit-sakit dan kerenah... Saya boleh berpuasa penuh dan cergas macam biasa...

Sepanjang kehamilan 9 bulan, rasanya cuma perlukan 2 set mengandung je dan ada lebih sikit untuk berpantang... Sewaktu mengandung, bukan kesihatan kita je yang kena jaga...tapi perkembangan si kecik pun kena jaga jugak... Walaupun Shaklee ni agak mahal, tapi demi si kecik, rasanya tak perlu nak berkira sangat... Kalau tak mampu, boleh beli sikit-sikit macam saya sebelum ni... (^_^) Saya bahagi-bahagi beli ikut kemampuan sampailah lengkap 1 set... Sekarang dah masuk set kedua... Syukur, sebab raya ni saya dan En.Suami ada bonus, jadi boleh beli lengkap 1 set terus...

Set Kedua dah... =)
Manfaat shaklee ni banyak, sebab saya boleh mengandung dengan selesa tanpa ada sebarang masalah... Doktor kata saya dan bayi sihat sempurna dan semuanya terkawal... Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan sehingga proses kelahiran nanti... Amin... =)

**Promote... Kalau nak beli boleh bagitau saya, nanti saya bagi harga special... Hihihi~~~ (^_^)

Take Care... =)

Anniversary... Hampa...

Assalamualaikum... Hari isnin jangan malas-malas yee... =) Saya baru je balik dari klinik dan Alhamdulillah Si Kecik sihat walafiat... (^_^)

Isteri mana yang tak hampa kalau hari penting dalam hidup dilupakan oleh orang tersayang... Kan?? Kan?? Kan?? Ulang tahun perkahwinan, tarikh kedua penting selepas hari lahir... 19 Julai 2013 dah lebih seminggu berlalu, tapi En.Suami macam buat bodoh dan takde buat apa pun untuk mengingati hari tu... Semalam, bangun je dari tidur saya dah rasa sebak dan kecik hati.. Ahad dah bertemu ahad... Takde apa-apa ke untuk saya??? Sedih nya... Menangis je pagi tu, tapi sembunyikan muka dalam selimut sebab tak nak En.Suami tengok... En.Suami ajak jalan pagi-pagi pun saya takde mood nak ikut... Selalunya hujung minggu, kalau takde buat apa dirumah, kami dah keluar jalan-jalan walaupun takde hala tuju dan jalan-jalan kosong je... Lebih-lebih lagi bulan puasa ni tak boleh nak duduk minum kedai kopi... huhuh~~~
En.suami tau saya takde mood, takpe lah... Dia keluar jugak sorang-sorang sebab nak lepaskan hajat yang dah diniatkan kat surau pejabat... Saya dok umah sorang-sorang tengok mak jahit baju... Sedihnya... Sayu rasa hati ni... (-_-) sob~~ sob~~

Sebenarnya...bukanlah sambutan ulang tahun yang diinginkan... Tapi, cuma nak tengok suami hargai kita je... Takde hadiah pun tak kisah...pegi makan KFC pun dah memadai untuk gembirakan hati isteri... Tapi...satu pun takde...

Sampai kat rumah tengah hari, En.Suami ajak berbuka kat KFC... (^_^) Barulah tersenyum dan seronok sikit... Ada lah jugak daripada takde langsung kan??? =) Sementara tunggu waktu berbuka, kami tengok wayang dulu kat GSC City One... Wolverine... Best sangat-sangat dan rugi siapa yang belum tonton lagi... (^_^) Iklan kejab... =P Tamat je cerita, bergegas ke KFC Sarawak Plaza sebab jam dah lewat dan En.Suami takut tempat duduk penuh... Ok lah!!!~~~ Dalam hati ni berleter, dah tau nak ajak berbuka di KFC, apasal tak booking awal??? Tak perlu lah nak kelam kabut macam ni... Dah lah perut saya ni berat dan berpuasa, nak diajak berlari lagi... Hampeh dan geram~~~ (-_-)
Sampai ke KFC, lagi sekali En.Suami buat bodoh... Berdiri je dan tak duduk padahal kerusi masih banyak kosong... Geramnyaaaa!!!~~~ Apasal nak tersengeh-sengeh lagi, perut saya dah mula sakit, kang kerusi penuh kan dah putih mata tak sempat berbuka... Ishhh~~~ Masa saya tengah panas tu, En.Suami tarik keluar dan berbaris depan kaunter Hartz Chicken Buffet... Owww~~~ Barulah faham, En.Suami nak buat surprise rupanya... Tersengih jadi kerang busuk kejab... Kurang dah pahala puasa... Hihihihi~~~ 

Hartz pun oklah walaupun tak berpeluang nak makan di hotel... =)
Ok laaa~~ Hartz pun ok lah walaupun tak dapat nak berbuka dihotel macam yang hati ni harapkan.... (^_^) Apalagi, saya tak duduk pun...tapi terus kecoh pergi ambik makanan dan susun penuh melonggok kat atas meja... Laparlah~~~ Malas dah nak sopan-sopan lagi... Janji makanan dah sedia, bila azan maghrib je saya nak terus makan... =P
Siap-siap makan saya pergi cuci tangan, dan....masa nak ambil tisu atas meja tu, blurr kejab... Hihihihi~~~ Apa tu????

Surprise ... (^_^) Senyummmmmm~~~~~ =P

Rasa happy sangat-sangat... Rupa-rupanya En.Suami nak buat surprise... Tapi surprise tu dah buat saya kecik hati sebab lama sangat tunggu.... =P Apapun terima kasih banyak-banyak... Walaupun tak dapat makan dihotel seperti yang diharapkan, tapi ni pun dah lebih dari cukup dan mengembirakan saya... En.Suami kata, ada 2 pilihan... Berbelanja ikut kemampuan... (^_^) Kalau nak makan dihotel boleh, tapi takkan dapat hadiah sebab makan dihotel mahal... Jadi, lebih baik makan tempat murah dan boleh bagi hadiah... Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dipandang hari-hari sempena ulang tahun pertama... Thank you so much sayang...  (^_^) 

Tak kira mahal atau murah, yang penting ingat dan hargai hari tu... Mungkin anting-anting tu tak mahal dan tak mewah, tapi penghargaan daripada suami lebih penting dari segala-galanya... Tak ada apa yang diharapkan oleh seorang isteri daripada suaminya selain dihargai dan disayangi... 

Sebelum ni saya guna anting-anting plastik yang ada mutiara kecik je... Sebab saya tak boleh nak pakai selain dari emas dan plastik... Sekarang dah boleh selamat jalan dengan anting-anting plastik tu... Tapi tetap tak buang dan akan disimpan sebagai kenangan, sebab mutiara tu En.Suami beli kat tepi jalan Waterfront dengan harga RM15 sewaktu zaman bercinta dulu... hihihihi~~~~

Boleh simpan dijadikan kenangan... =)

Hidup ni ada pasang surutnya... Apa yang saya harapkan... Walaupun akan surut, tapi hati tak berubah dan kebahagiaan kekal selamanya... Amin... 

Take Care people... 

Saturday, July 27, 2013

Budget dan Barang-barang New Born???

Assalamualaikum... Pagi semalam terbaca soalan kat FB tanya pasal brapa bajet untuk beli keperluan bayi baru lahir... Nak kata perlu bajet pun susah, sebab barang-barang keperluan semua mahal dan kena beli jugak walaupun sebenarnya macam tak perlu... Rahsia nak jimat??? Baca habis sampai bawah... Hihihi~~~ (^_^)

En.Suami sukakan kanak-kanak, jadi dia yang terlebih excited dari saya. Semangat mengemas... (^_^)

Hampir semua keperluan dah lengkap dibeli dan disediakan. Sebelum nak pergi beli, saya dah senaraikan dulu apa yang saya nak... Panjang berjela jugak lah senarainya... Ada beberapa barang yang kita kena beli lebih dari satu sebab perlu cuci dan tunggu kering. Contohnya baju, tuala, sapu tangan, sarung tangan, barut, lampin kain dan botol. Ni saya tolong jawabkan soalan... (^_^)

Barang-barang Bayi :
Bantal dan tilam kecil (Jimat sebab saya jahit sendiri)
Beg pakaian bayi (untuk yang selalu balik kampung macam saya)
Beg susuan
Baju baby
Sarung tangan dan kaki
Barut bayi
Topi
Selimut
Tuala
Sapu tangan
Alas lampin
Lampin kain
Lampin pakai buang
Barang mandian dan bedak
Minyak telon, kayu putih, yuyee, vicks, minyak gamat
Krim ruam (Saya pakai Drapolene sebab dah biasa dan berkesan)
Bakul minyak dan bedak
Baby wipes
Basin
Getah basin
Plastik lapik tilam lepas mandi
Botol susu dan puting
Alatan cuci botol
Rak botol (supaya botol selepas dicuci bersih dan tak tercemar)
Buaian
Barang-barang ibu :
Maternity pad
Breast pad
Breast feeding bra
Stokin panjang
Barut ibu
Rempah selepas bersalin
Bantal duduk (bantal bulat berlubang di tengah)
Breast pump
Barang-barang mahal dan boleh beli kemudian :
Almari berlaci plastik (sediakan tempat khas untuk baju dan barang-barang bayi lebih mudah)
Stroller
Kerusi bayi dalam kereta
Katil
Barang-barang ni kebanyakkan saya dah mula beli sejak kandungan saya 5 bulan lagi... Kami beli sikit-sikit setiap bulan... Kalau nak beli sekali gus memang botak kepala sebab barang-barang ada yang mahal dan ada jugak yang murah... Rasanya semua dah hampir lengkap dibeli dan takde apa lagi yang nak dicari. Sekarang ni kandungan dah 7 bulan, memang sengaja kami beli semuanya awal, sebab makin hari dah makin tak larat nak berjalan lama... Jadi bila semua dah lengkap, lega rasa hati... =)


Kat atas tu semua resit-resit pembelian keperluan yang saya simpan. Jumlah semuanya lebih kurang RM1200 lebih je... Belum lagi termasuk stroller, kerusi bayi dalam kereta dan katil... Itu mungkin bulan depan kot, sebab bulan ni nak belanja untuk raya dulu.... Hihihi~~~ Lagi pun beberapa item tu agak mahal, jadi tak boleh nak beli lagi... (^_^)

**RAHSIA NAK BERJIMAT... Korang agak-agak banyak tak kawan-kawan dan saudara mara yang akan datang bagi hadiah atau hamper kat baby korang nanti??? Kalau anak sulung biasanya ramai kan??? Kalau korang rasa banyak, benda-benda yang gerenti ada dalam hamper tu tak perlu lah korang beli. Contohnya barang-barang mandian, beli je yang starter pack kecik. Sebab nanti, barang dalam hamper korang takkan terabis nak pakai semua tu... Hihihihi~~~
Lagipun saya dan En.Suami ni kepala gila-gila sikit. Kami siap bagitau kat kawan rapat apa yang kami nak dia bawa bila anak kami dah lahir nanti... Heheheh~~~

Take Care people... =)

Wednesday, July 24, 2013

Jahit... Macam Mana Nak Buang Air???

Assalamualaikum... Ni adalah soalan majoriti yang orang selalu tanya bila dah mengandung termasuklah saya sendiri... Ngeri dan seram bila nak fikir... Bila dah asyik terfikir, apa lagi...buatlah soalan terbuka kat FB dan ni respon yang saya dapat... FB ni kalau digunakan ke jalan yang positif, banyak jugak faedahnya... Harap-harap boleh membantu la nanti... Huhuhu~~~

Jawapan yang diorang ni bagi logik jugak. Tapi...orang kata, kalau dah merasa nanti automatik akan tahu apa nak buat... Walaupun akan tahu jugak nanti, lebih baik sediakan mental sebelum kena kat diri... =P

Jom baca komen diorang... (^_^)















Take Care people... =)

Tuesday, July 23, 2013

Kenapa sakit sangat???

Assalamualaikum... Beberapa minggu ni rasa sakit kat bahagian punggung sebelah kanan semakin menjadi-jadi... Rasa macam urat kaki menegang, sampai nak jalan pun tak boleh dan sakit amat sangat...

Semalam, lepas balik dari kerja tetiba urat rasa macam tersimpul dan tak boleh nak gerakkan kaki kanan. Sampai menangis saya menahan sakit dan terpaksa En.Suami tolong papahkan dan baring... Semuanya jadi serba salah dan sakit...sebab kalau dah berdiri, tak boleh nak duduk...kalau dah duduk, tak boleh nak bangun...kalau dah berjalan tak boleh nak melangkah... Huhuhu~~~

Sekarang ni pun jalan macam orang tempang, sebab nak tahan sakit tu dan paksa diri bergerak. Yela, dah nama pun pergi kerja, takkan nak duduk je sampai 8 jam dengan alasan sakit punggung... (-_-) Saya tak tau apa punca sakit ni. Saya ada tanya kat mak, mak kata memang normal sebab kadang-kadang bila perut membesar, segala urat-urat kat dalam badan tertarik sekali... Yeke???

Malam tadi, sebelum tidur En.Suami tolong urutkan kaki sebelah kanan dengan minyak TYT. Dari betis sampai punggung kanan, Alhamdulillah bangun pagi dah tak sakit dan boleh berjalan macam orang normal... Tapi bila dah tengah hari, mula balik urat rasa tersimpul... Betul-betul sakit dan payah nak gerak... Perlu ke pergi berurut cara kampung??? Orang kata masa mengandung tak boleh nak urut-urut sangat... Ada dalam 2 bulan lebih je lagi... harap-harap dapat bertahan demi si kecik dalam perut ni...


Tadi... Bila dah cukup jam, saya naik ke pejabat untuk thumbprint. Walaupun tak boleh nak gerak, tapi usahakan jugak walaupun perlahan. Masa tengah berpaut di tepi tangga untuk bantu kaki naik tu, terserempak pulak dengan bos yang nak balik jugak. Dia pandang je saya bergerak dan tak tanya apa-apa langsung. Dalam hati ni harap Boa tanya.... "KENAPA???" Sebab saya nak jawab...
"Bos, boleh tak kalau saya tak thumbprint masuk dan balik kerja?? Sebab saya tak larat nak naik tangga.." 
Tapi dia tak tanya apa-apa la pulak... Hihihi~~~ Niat tu tak betul, sebab tu tak menjadi... =P

Take Care people... 

Friday, July 19, 2013

19 Julai... Allah Telah Atur Segalanya...

Hari ini.... 19 Julai 2013 adalah hari bersejarah pertama dalam hidup saya... Genap sudah 2 tahun kami berkawan dan setahun hidup sebagai suami isteri... 19 Julai 2011 kami dipertemukan, 19 Julai 2012 kami disatukan, dan hari ini 19 Julai 2013... Alhamdulillah...

Sejarah pertemuan yang tak pernah dirancang dan tak pernah disangka... Perjalanan hidup ini sangat indah di atur oleh Allah yang Maha Mengetahui segalanya... Pahit dan manis kehidupan kita telah disusun dengan sebaik-baiknya oleh Allah... Pemulaan yang pahit, akan di akhiri dengan kemanisan... InsyaAllah...

Saya dah mula menulis blog ni sejak sebelum mengenali En.Suami lagi... Dimana kami kenal, dimana kami jumpa, dimana kami berputik, dimana  pahit, dimana manis, dimana sakit, dimana indah... Segalanya tertulis disini sebagai kenangan kami sampai bila-bila... Tak semua keindahan yang kita kecapi bermula dengan kemanisan... Kepahitan permulaanlah mengajar kita untuk menghargai kemanisan yang terasa dihujungnya...

Honeymoon Kali ke-2... 1st Anniversary... =)

"Kisah kami tak seindah kisah Romeo dan juliet... tak seindah lakaran pelangi di waktu senja... Tapi ia lahir dari 2 hati berlandaskan keikhlasan pada yang Maha Agung... Allah telah mengatur segalanya......"

Allah telah mengatur perjalanan hidup saya untuk bertemu dengan En.Suami bermula di sini... KLIK link dibawah...
>>>Putusnya pertunangan<<<
Tamatnya cerita lama... KLIK link dibawah..
>>>Berhenti Kerja<<<
Bermulanya perjalanan baru, saya tertarik pada Dia... KLIK link dibawah...
>>>Disini takdir kami bertemu<<<
Pertemuan pertama... KLIK link dibawah...
>>>19 Julai 2011<<<
Kami berkawan...menilai...suka... KLIK link dibawah...
>>>Hadirnya dia di saat terluka<<<
>>>Mula minat dengan apa yang dia minat<<<
>>>Hari penting dalam hidupnya<<<
>>>Soalan pertama dia tentang Islam<<<
>>>Berhenti kerja lagi, berpisah tempat kerja<<<
Terhimpit antara Kawan atau Kekasih... Berlainan agama jadi penghalang.... KLIK link dibawah...
>>>Semakin erat<<<
>>>Cuba mendekatkan dia pada Islam<<<
Suka dan duka bermula... KLIK link dibawah...
>>>Suka Part 1<<<
>>>Duka part 1... Komitmen dengan pasangan bukan Islam<<<
>>>Mungkin menerima islam<<<
>>>Suka part 2...1st birthday bersama dia<<<
>>>Duka part 2... Masalah Islam<<<
>>>Suka part 3... Dia pun berhenti kerja<<<
>>>Suka part 4...Bertemu keluarga<<<
>>>Suka part 5... Bersama<<<
>>>Suka part 6...Habiskan masa bersama<<<
Saya mula mencari arah tuju bila islam sukar diterima... KLIK link dibawah...
>>>Saya mencari panduan<<<
>>>Islam mula menguji kami<<<
>>>Kami berpisah untuk berfikir<<<
>>>Bersama semula seperti biasa<<<
>>>Bergawai dikampung, berkongsi adat<<<
BILA ALLAH MENDUGA KITA... Sesuatu telah berlaku...Allah tak nak saya mengalah untuk membuka mata dan hati dia kepada Islam... Hidayah telah datang padanya dengan keperitan... KLIK link dibawah...
>>>Allah buka mata saya<<<
>>>Saya diduga luar tahap kemampuan<<<
>>>Dugaan Allah...Terima kasih yang Ke-3<<<
>>>Disebalik ujian, ada terselit kebahagiaan Hakiki<<<
>>>Merungkai mengapa masih bersama walaupun sakit<<<
Akhirnya.... Islam agama baru kepada Eldrine Addin Bin Ajus... Terima Kasih ya Allah kerana segala keperitan yang engkau berikan akhirnya memberikan keindahan yang tidak ternilai... Alhamdulillah... KLIK link dibawah...
>>>Akhirnya islam diterima<<<
>>>Bercinta cara islam lebih indah<<<
>>>Bermulanya penghijrahan saya, bertudung untuk menjadi contoh yang baik bagi dia<<<
>>>Bersama-sama mendalami islam<<<
>>>Imej baru setelah islam<<<
Akhirnya... Setelah genap setahun perkenalan kami, Allah satukan kami menjadi pasangan halal pada tarikh yang sama kami mula berkenalan.... 19 Julai... KLIK link dibawah...
>>>19 Julai 2012...Aku terima nikahnya<<<
>>>Bulan madu pertama<<<
>>>Bersanding selepas 3 bulan akad nikah<<<
>>>Gambar persandingan<<<
>>>Lagu khas untuk saya dihari persandingan<<<
Mengharung cabaran 365 hari bergelar isteri... Sedikit sebanyak perkongsian... (^_^) KLIK link dibawah...
>>>Berhari raya sebagai isteri<<<
>>>En.Suami menjadi imam buat pertama kalinya<<<
>>>Hari lahir terindah bergelar isteri<<<
>>>Didapur bersama suami<<<
>>>Surprise dijadikan hobi<<< 
Setelah hampir 7 bulan mendirikan rumah tangga... Akhirnya Allah kurniakan kami rezeki... Alhamdulillah... KLIK link dibawah...
>>>Saya disahkan mengandung<<<
>>>Denyutan jantung pertama si kecil<<<
>>>Susah payah suami bila isteri mengidam<<<
>>>Sepakan pertama si kecil untuk kami<<<
>>>Sambutan ramadhan dikala mengandung 6 bulan<<<
>>>KEJUTAN ISTIMEWA BUAT SUAMI TERSAYANG SEBAGAI MENGHARGAI KEHADIRANNYA SEBAGAI SEORANG SUAMI, KEKASIH DAN SAHABAT<<<

**PERKONGSIAN ------ Peluang kedua mampu mengubah sesuatu, walaupun ia satu cabaran yang tak semua berani menanggung risikonya... Ia dapat membuka ruang hati dan akal untuk berfikir serta menilai perubahan yang harus dilakukan dalam memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan... Dalam cabaran itu, terselit 1000 keindahan yang tak semua antara kita boleh merasainya...

Semoga kebahagiaan yang telah Allah SWT kurniakan ini kekal hingga ke hujung nyawa... Amin... 

Wednesday, July 17, 2013

365 Hari Sebagai Isteri... =)

Assalamualaikum... Pagi ni perut lapar, sebab sahur susu dan roti je pagi tadi... Harap-harap si kecik dalam perut ni kuat dan dapat bertahan. Amin... (^_^)

Semalam adalah hari yang gembira sangat-sangat, sebab dapat buat Surprise 1st Wedding Anniversary Dinner/Berbuka puasa untuk En.Suami... =) Surprise saya selalu menjadi kan?? Ni la yang syok... Hehhehe~~~ Actually, anniversary kami hari jumaat ni, 19 Julai 2013. Tapi saya buat awal sebab nak surprise dan tak nak bercanggah dengan plan En.Suami... Manalah tau En.Suami pun ada plan dia sendiri, jadi baik saya ambil jalan selamat dan buat awal... (^_^) TAPI...Rasanya En.Suami lagi awal buat kejutan... Sebab sewaktu kami honeymoon hari tu, En.Suami buat kejutan dalam tandas hotel... =) En.Suami sembunyikan hadiah Anniversary kat atas tandas... Terima Kasih sayang... (^_^) I Love it So Much... 
Bawah ni gambar Honeymoon hari tu... Tak banyak gambar, sebab selalu je lupa nak cas bateri phone, padahnya...tak dapat nak bergambar... =)


Bulan madu ke-2... (^_^)
Nak baca cerita ke tak??? Kalau tak nak, tak payah baca kat bawah ni, OK... =)
Semalam... En.Suami langsung tak tahu dengan apa yang saya buat. Selalunya kami balik kerja bersama dan saya akan tunggu En.Suami jemput dari pejabat. Tapi, semalam saya bagitahu yang saya tak sihat dan nak bawa kereta balik tengah hari berehat kat rumah. Padahal, saya tak balik pun dan terus ke tempat yang nak dituju sebab nak buat last minit booking untuk Ramadhan Buffet di Four Point Hotel dan beli last minit present untuk En.Suami sekali... Hehhehe~~~ Bulan puasa ni berbohong, dosa tak?? Bohong sunat sebab nak gembirakan hati orang, takpe kot... (^_^)
Tepat jam 5 petang, saya datang jemput En.Suami dari tempat kerja... Awal-awal lagi saya dah kata yang hari ni tak masak sebab penat ulang alik dan nak terus berbuka kat luar je. Jadi, jalan-jalan lah kat shopping kompleks sementara nak tunggu waktu berbuka. Jam dah tunjuk pukul 6 petang, perut En.Suami dah lapar dan nak pergi ke KFC tingkat bawah untuk booking tempat duduk sebelum semua meja penuh dengan orang berbuka puasa. TAPI, masa tu jugak saya kata si kecik dalam perut tak nak makan KFC dan nak keluar dari situ pergi ke tempat lain...
Nak atau tak, En.Suami terpaksa akur dan redah je jalan yang jem dengan kenderaan balik dari kerja dan perjalanan entah kemana... Last-last, barulah saya suruh En.Suami belok ke hotel... Macam biasa la muka yang blurr dan mungkin dah agak kerja bodoh yang saya selalu buat... Sebab kami memang selalu buat kejutan... Heheheh~~~ Masa tu barulah saya bagitau yang saya dah buat reservation untuk Anniversary Dinner kat Eatery Four Point, Senyum memanjang je En.Suami dan terus salin pakaian dalam kereta sebab saya dah bekalkan pakaian untuk bersalin... (^_^)
Cerita Tamat... (^_^) 
Happy bila kita dapat buat orang tersayang gembira... Saya nak En.Suami enjoy dan makan sepuas-puasnya Kambing Golek sebab En.Suami memang pencinta kambing... (^_^) Tapi, dah bergolek-golek kambing kat atas meja, tak banyak pun yang mampu dimakan... Heheheh~~~ Alhamdulillah...

Kalau ada sesiapa nak berbuka puasa kat sini, ni lah antara menu yang ada. Saya taklah sempat nak ambil semua gambar. Malu bila orang pandang-pandang... (^_^) TAPI MEMANG SEDAP DAN BERBALOI.... 


Ni menu yang kami suka... (^_^)
Set Bakso , Menu kampung, ulam-ulaman, umai... =)
Pencuci mulut dan sushi... =)
Feveret ni... =) Cakessssssss~~~~~ Yummy.....
Panjang je muncung En.Suami menikmati makanan... (^_^)
SAMBUNG lagi cerita... 
Masa tengah makan-makan, ada satu lagi surprise yang saya buat... En.Suami ingat kitorang cuma datang makan-makan je dan lepas tu balik.. Tapi ada lagi... Saya bagi signal kat waiter untuk hantar kek ke meja... En.Suami pun dah tak terkata dan terkejut... Alhamdulillah dia happy walaupun apa yang saya buat tak seberapa... Saya tahu En.Suami gembira sebab saya terbaca post ni kat FB... =)
Siap ada hadiah lagi tau... Comel pulak tu... Hadiah last minit sebab baru beli petang tadi dan tak tau nak bagi apa... Actually, hadiah sebenar saya dah bagi awal, sebab terkantoi dan En.Suami dah nampak... Apa hadiah tu??? Ada kat tangan En.Suami yang tengah makan... (^_^) Hadiah comel ni sekadar untuk memeriahkan suasana makan malam je... =)
356 hari saya menjadi isteri... (^_^)
Inilah Anniversary pertama kami dan saya cuba sebaik-baiknya untuk gembirakan hati orang tersayang.... WALAUPUN perkara macam ni sepatutnya SUAMI yang buat untuk ISTERI, tapi kita sebagai isteri tak salah buat sesuatu yang lain untuk memeriahkan rumah tangga kan??? InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat.... Amin.... 

Lagi pun, sambutan ni awal 3 hari dari tarikh yang sepatutnya, sebab saya tak nak kacau actual date dan tak nak kacau plan En.Suami... Sekarang ni, kami masih berdua dan rezeki masih ada lebih. Jadi, bolehlah nak buat grand macam sekarang... Nanti, bila anak kami dah keluar, kewangan dah lain dan tak mampu dah nak buat macam ni lagi kot... Jadi, mungkin....sekali seumur hidup dapat jugak merasa Anniversary Dinner yang menarik... Tapi...jangan lupa, anak adalah pembawa rezeki... Jangan fikir bila ada anak, rezeki dan kewangan jadi berkurang... Allah dah atur segala-galanya untuk kita dan kita patut bersyukur... Apa-apapun...19 Julai 2013 nanti genablah 365 hari saya bergelar isteri dan doakan rumah tangga kami aman dan bahagia sampai bila-bila.... AMin.... =)


Cara nak buat hadiah simple tapi comel dan bermakna di hati... =)
Coklat Toblerone ni baru beli petang tadi... Saya pack, gam, lekat dan ikat cantik-cantik dengan riben... Lepas tu, jadi la hadiah yang comel... Kena kreatif jugak bila dah nak buat perkara last minit dan mencukupkan kewangan... hihihih~~~


Take Care People... (^_^)

Tuesday, July 16, 2013

Jangan Sebut Kalau Tak Tau Fakta

Assalamualaikum... Pagi ni nak share sikit benda yang jadi dalam 3 minggu lepas... Baru hari ni ingat bila dapat berita gembira yang kawan saya dah selamat melahirkan bayi seberat 2.63kg, 7 Ramadhan, Jam 4.24pagi tadi... Syukur Alhamdulillah... (^_^)

Nak dijadikan cerita... 3 minggu lepas, saya jalan-jalan dengan En.Suami cari jubah lycra. Jalan punya jalan, akhirnya kami jumpa jugak satu butik yang menjual semua jenis pakaian lycra termasuklah jubah, skirt, peplum, dress dan baju monyet (Coverall)... Lepas pilih-pilih dan tengok-tengok, last sekali saya tersangkut dengan satu je jubah warna mustard... 

Actually nak pilih lagi pakaian lain, TAPI...hati ni dah SAKIT dan RISAU bila pondan pemilik kedai tu kata orang mengandung tak baik pakai baju monyet lycra jenis seluar. SEBAB, BOLEH MENYEBABKAN BAYI DALAM PERUT LEMAS DAN SESAK NAFAS... Huhuhu~~~ Berderau darah saya dibuatnya dan air muka saya terus berubah... Memandangkan tak nak tunjuk muka marah depan orang, saya bayar jubah tu dan terus blah... CEHHHH~~~ dah marah, tapi beli jugak kan??? Hehhehe~~~ Rugi pulak kalau tak ambik, mana lagi nak jumpa kalau tak beli kat situ... (^_^)

Memang sepanjang jalan hati saya jadi tak keruan dan terfikir-fikir... Bayi lemas sebab pakai baju getah??? HABIS TU YANG SAYA PERGI BERENANG PAGI TADI DAN HARI-HARI SEBELUMNYA???? Lagi lah teruk... Perut terus masuk ke dalam air... (T_T) Memamg jahat lah mulut budak tu, lain kali kalau nak cakap, berlapik la sikit mulut... Otak ibu mengandung ni sensitif bila orang bagi tau benda yang ada kaitan dengan kandungan.... Tapi Alhamdulillah otak saya masih waras dan cepat-cepat online cari fakta yang betul... Huhuhu~~



Jadi, kat sini saya nak kongsi fakta yang betul kat ibu-ibu mengandung supaya tak jadi bodoh macam saya dan risau tak tentu pasal... (^_^)

MITOS : 
1. Pakaian Getah dan Ketat Menyebabkan Bayi Lemas
2. Berenang Menyebabkan Bayi Lemas dan Jangkitan Vagina

FAKTA :
1. Pakaian getah dan ketat TIDAK MENYEBABKAN LEMAS
  • Pakaian getah membuatkan ibu berpeluh dan tidak selesa. Adalah digalakan memakai pakaian kain lembut atau kapas bagi memudahkan penyerapan peluh
  • Pakaian ketat (Jeans, pakaian dalam) menyebabkan gangguan aliran darah tanpa mengira jantina dan usia, akan tetapi menjadi lebih teruk ketika hamil. Pada awal kehamilan, saluran darah wanita berkembang sebagai persediaan peningkatan isi padu darah bagi plasenta dan bayi. Jadi ini akan menyebabkan ibu merasa kebas dan mengalami simptom aliran darah rendah.
2. Mandi berendam BOLEH MENENANGKAN ibu hamil.
  • Walaubagaimanapun, suhu air tidak lebih dari 38 Degree Celsius, kerana suhu yang terlalu tinggi akan memberi kesan kepada janin terutamanya di awal kehamilan.
INFO LAIN TENTANG MANFAAT BERENANG BAGI IBU HAMIL :

Berenang akan membaiki kitaran darah, menguatkan otot dan membina ketahanan diri. Berenang akan membuatkan kita berasa hampir tidak mempunyai berat dan mustahil untuk mencederakan diri jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain.
Jika mengandung dalam keadaan cergas dan bertenaga, berenanglah sekurang-kurangnya 20 minit sekiranya kelapangan. Berenang pada waktu pagi boleh menghilangkan 'morning sickness' dan memberi tenaga sepanjang hari. Air akan menyokong sendi dan ligamen semasa bersenam bagi mengelakkan kecederaan serta melindungi diri dan tubuh daripada kepanasan yang terlampau. Pada trimester ketiga, mungkin kita boleh menambah senaman-senaman lain yang dikendalikan oleh pengajar-pengajar bertauliah. Lakukan senaman-senaman lembut dan perlahan bagi melatih otot dan memudahkan proses bersalin. (^_^)

SUMBER : Baby Center, etc.


Monday, July 15, 2013

Branxton Hick, Pengecutan Rahim, Ketegangan Perut

Assalamualaikum... Akhir-akhir ni perut selalu cramp dan mengeras... Lebih-lebih lagi masa berpuasa sekarang. Jadi, saya search google nak tau apa yang menyebabkan kekejangan ni dan adakah kekejangan ni bahaya atau tidak?? Ni jawapan yang saya dapat dan nak share dengan kawan-kawan lain yang sedang mengandung... =)

Branxton Hicks, BH (Pengecutan Rahim) - Merupakan ketegangan diperut yang selalu terjadi 2 hingga 3 kali dalam sejam dan lebih kerap berlaku bila jangka masa bersalin semakin hampir. Tetapi ada jugak contraction awal berlaku seawal 5 bulan akan menyebabkan kelahiran Pra-Matang.


Sebab-sebab HB ketika mengandung : 
  • Bayi bergerak aktif
  • Ibu terlalu aktif
  • Melakukan senaman atau membawa benda berat
  • Perut penuh
  • Mengurut perut
  • Semasa atau selepas hubungan seks
  • Dehidrasi atau kekurangan air
Cara menangani HB ketika mengandung :
  • Tukar aktiviti atau posisi tubuh 
  • Berehat lebih lama
  • Minum air secukupnya dan baring pada sebelah kiri badan. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan HB
  • Buang air kecil jika perlu. Pundi kencing yang penuh akan menyebabkan HB
  • Amalkan teknik pernafasan yang betul. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidak selesaan

ADAKAH HB (KEKEJANGAN PERUT) BERBAHAYA KEPADA WANITA MENGANDUNG???


Bilakah HB menjadi bahaya dalam trimester pertama?

Biasanya tidak perlu dibimbangkan ketika awal kehamilan. Tatapi jika ia datang berserta simptom-simptom lain, anda mungkin perlu berjumpa doktor.

Keguguran awal
Malangnya keguguran awal biasa berlaku. Ia berlaku kerana bayi tidak berkembang dengan baik dan tanda-tanda keguguran awal adalah :

  1. Apakah yang dirasai? Kekejangan berserta pendarahan dan kesakitan di tengah-tengah bahagian bawah perut.
  2. Bila? Bila-bila masa sehingga minggu ke-12 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Baring atau duduk dengan kaki ditinggikan dan rehat sebaik mungkin. Jika berlaku pendarahan yang banyak, terus pergi ke hospital brdekatan.
Kehamilan luar rahim

Merupakan kehamilan yang berkembang di luar uterus (rahim). Kehamilan seperti ini tidak dapaty diselamatkan dan merupakan masalah yang serius. Tetapi hanya 1/100 berlaku kehamilan luar rahim dan tanda-tandanya adalah :
  1. Apakah yang dirasai? Kekejangan disertai dengan kesakitan yang biasanya bermula dari satu bahagian perut dan menular kabahagian satu lagi. Disertai juga dengan pendarahan berwarna gelab yang agak cair.
  2. Bila? Biasanya antara minggu ke-4 hingga ke-10 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Hubungi doktor serta merta. kehamilan luar rahim memerlukan rawatan segera.

Bilakah HB menjadi bahaya dalam trimester kedua?

Kejang perut yang tidak disertai simptom-simptom lain dalam trimester kedua tidak perlu dibimbangkan. Tetapi jika disertai pendarahan, ada kemungkinan kecil ia merupakan tanda keguguran lewat.
Keguguran lewat jarang berlaku dan lebih kurang 1/100 keguguran berlaku pada tahap ini, tanda-tandanya adalah :

  1. Apakah yang dirasai? Kekejangan disertai dengan pendarahan banyak
  2. Bila? Biasanya antara minggu ke-12 hingga ke-23 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Jika mengalami sedikit pendarahan atau rembesan, hubungi doktor untuk mendapatkan nasihat. Jika pendarahan teruk, pergi terus ke hospital berdekatan.

Bilakah HB menjadi bahaya dalam trimester ketiga?

Sampai ke trimester ketiga bermaksud hampir tiba ke punghujung kehamilan. Kejang perut bermakna tubuh telah bersedia untuk proses kelahiran. Perkara utama yang dibimbangkan adalah kelahiran bayi pra matang.
Jika merasakan sakit bersalin terlalu awal, ini tidak semestinya anda akan bersalin ketika itu. Kadang-kala, selagi air ketuban belum pecah, ia hanyalah sakit biasa dan tanda-tanda kelahiran bayi pramatang adalah :
  1. Apakah yang dirasai? Rasa sakit dibahagian pelvis atau bawah perut, sakit belakang, kejang perut, cirit-birit. Mungkin juga merasakan air ketuban mula pecah serta kontraksi yang sekata atau uterus menegang, tetapi biasanya tidak nenyakitkan.
  2. Bila? Biasanya antara minggu ke-23 hingga ke-37 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Hubungi doktor serta merta. Jika air ketubah telah pecah, terus pergi ke hospital.


JIKA kekejangan berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran dan bukan lagi satu kebimbangan. Ini adalah salah satu cara tubuh bersedia untuk melahirkan. jika dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan sekarnag, ia akan membantu kita pada peringkat kehamilan nanti.

Sumber : Alam Hamil dan Blog

Take Care People... =)

Friday, July 12, 2013

Meja a.k.a Tong Sampah

Assalamualaikum... Budak sekolah zaman sekarang memang menggugat keimanan guru kan??? Kalau yang baik tu, betul-betul baik. Tapi kalau dah nakal, memang betul-betul nakal dan tak nak belajar... Huhuhu~~~

Hidung ni dah gatal gara-gara nak bersihkan kerja yang diorang buat.. Rasa macam kerja tukang cuci pun ada jugak... Kalau tahu siapa punya kerja, memang saya nak suruh budak tu makan je semua sampah yang dia buat... Takde tanggungjawab langsung... Sabar je lah... Bulan puasa, tak baik nak cakap macam-macam... Huhuhu~~~

Nak tengok hasil kreativiti budak-budak ni??? Rasanya tak sampai setahun lagi meja dibaiki dan sebelum ni kosong je dalam tu. Tapi hari ni, bila tukang paip datang nak baiki kerosakan paip bawah meja, terkejut kami tengok benda yang diorang buat... Huhuhu~~~


Cukup sebuah meja untuk hasilkan 4 beg sampah... Huhuhu~~~ Belum lagi meja-meja lain... Hampehhh~~~ (-_-)


Sabarrrr je lah... Aduiyaaa~~~ (-_-)

Thursday, July 11, 2013

Alhamdulillah Mampu... (^_^)

Assalamualaikum... Hari ni dah hari ke-2 puasa... Alhamdulillah semalam kami BERDUA mampu tamatkan puasa... Syukur sangat-sangat sebab si kecik kat dalam ni bagi kerjasama dan faham yang ibu dia nak cuba berpuasa... Pagi tu, En.Suami tak bagi saya berpuasa. Dia kesiankan si kecik kelaparan nanti... Saya kata cuba dulu, sebab saya tau amalan ibu mengandung dapat pahala berganda. Siapa yang tak nak pahala??? Semua orang berebut-rebut untuk dapatkan, betul tak?? (^_^) Apa rasanya bila puasa berdua macam ni???

Sahur, Jam 4 pagi
Saya makan lebih banyak dari biasa. Kalau biasa saya makan sepinggan, tapi sahur ni saya makan 2 pinggan untuk bekalan si kecik kat dalam perut. Selain tu, minum susu segelas, air masak segelas, kurma dan vitamin... Lepas sahur, tidurlah balik sebab jam masih awal lagi. Subuh nanti baru bangun dan gerak pergi kerja... (^_^)
Masuk kerja, Jam 7 hingga 11 pagi
Mantain kenyang... (^_^) Masih tak rasa apa-apa pun sebab dah makan cukup-cukup untuk bekalan si kecik. Cuma terasa tekak ni dah kering dan haus je. Mungkin sebab kerja dalam aircond buatkan tekak ni cepat terasa kering... Lebih kuat dugaan bila kawan-kawan yang di dalam pejabat ni seronok je makan dan saya cuma ambik bau je... Hehehe~~~ Dugaan... Besar pahala kalau bersabar tau... =)

**Perlu diperiksa, si kecik bergerak tak dalam perut... Kalau bergerak maksudnya normal. Tapi kalau tak, sebaik-baiknya perlu berbuka sebab si kecik lemah dan kekurangan nutrisi. Tapi, InsyaAllah kalau nak teruskan puasa, si kecik akan gerak balik selepas berbuka Maghrib nanti.
Tengah hari, Jam 12 hingga 2 petang
Badan masih terasa cergas dan saya keluar jalan-jalan dengan En.Suami pergi ke Shopping Mall baru di Kota Samarahan, 'The Summer'... (^_^) Lain sikit rasanya bila saya aktif dengan perut kosong. Saya tak boleh nak gerak laju dan perut terasa senak... Jadi, terpaksalah jalan perlahan-lahan dan terus balik bila dah puas tengok-tengok dalam mall..
Petang, Jam 2 hingga 5 petang
Barulah perut ni terasa lapar. Risau jugak jadinya... Nak berbuka ke tak??? Si kecik dah lapar ke sekarang??? Fikir-fikir dulu dan terus periksa pergerakan si kecik dalam perut... Alhamdulillah dia masih ada gerak sikit-sikit, maksudnya si kecik sihat lagi. Saya tak risau lagi dah sebab kerja tak berat dan banyak duduk je... Alhamdulillah, saya boleh teruskan puasa sampei ke maghrib.
Balik kerja, 5 hingga 6.50 petang
Dah petang rupanya... Yippi~~~~ (^_^) Tapi lapar dah hilang bila fikirkan kejab lagi nak berbuka... Apa lagi?? Singgah la jalan-jalan kat Bazaar Ramadhan tengok apa nak di beli... Wah!!!!~~~~ Nafsu hari pertama, macam-macam yang En.Suami nak beli dan saya percaya semua tu tak akan habis... Tengok je lah nanti... TAPI...saya biarkan je, bagi En.Suami tengok sendiri masa berbuka nanti dan jadikan pengajaran supaya kalau nak beli lagi kemudian En.Suami akan berfikir sikit... (^_^)
Nak larang pun tak sampai hati jugak. Kesian En.Suami dah bersusah payah puasa hari ni... lagi pun tahun ni baru tahun ke dua dia berpuasa... Jadi, bagi je lah peluang sikit... Heheheh~~~

Dong~~Dong~~Dong~~~ Azan pun berbunyi... 6.53 petang... Masuknya waktu maghrib bagi Negeri Sarawak, Zon 8, kawasan Kuching, bau, Lundu dan Sematan... Bila ada si kecik kat dalam, saya berbuka TAK macam biasa. Kalau ni tubuh saya sorang je, memang saya lantak terus minum air sejuk dan ABC biar hilang haus kat tekak ni.. Tapi, sekarang ni ada si kecik, saya tak nak bagi dia terkejut dengan makanan dan benda sejuk. Jadi, saya minum air suam segelas dengan 3 biji kurma... Biar turun dulu air dengan kurma tu dan saya duduk-duduk tengok En.Suami makan... Bila dah stabil rasa perut dan terasa si kecik gerak-gerak, barulah saya mula makan nasi...

BANYAKNYA saya makannnn~~~ lapar kottttt~~~~ Hahahhaha~~~ Eksyen je tadi sopan makan kurma dengan air suam... TAPI...lepas tu melantak macam apa ntah... Kihkihkih~~~~ Puas hati... (^_^) Alhamdulillah saya berjaya puasa... Mula-mula, ingatkan saya tak mampu sebab berkongsi tubuh. Tapi Allah tu Maha memahami kalau kita ikhlas nak buat... Syukur sangat-sangat... Kalau berterusan macam ni, InsyaAllah saya akan tamat sebulan... InsyaAllah... Amin~~~~ (^_^) Doakan kami yer... =)


Take Care & Salam Ramadhan People... =)

Monday, July 8, 2013

Fesyen Mengandung...Ramadhan 2013/1434H

Assalamualaikum... (^_^) Tak sabar rasanya nak tunggu malam.. Nak tengok pengunguman puasa sama ada esok atau lusa... Excited... Tapi pak cik yang selalu duduk kat kerusi besar tu dah takde... Dari kecik dah nampak Allahyarham Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bagi tau bila raya dan puasa... Sekarang ni dah digantikan dengan orang baru...

Seronoknya nak puasa... Padahal tak tau lagi dapat puasa ke tak??? Tapi, hari ni dah buat eksperimen, minum susu je pagi tadi dan tak breakfast... Alhamdulillah dapat tahan dan tak lapar pun... InsyaAllah boleh berpuasa nanti kot, asalkan makan dan minum cukup-cukup masa sahur supaya insan kat dalam perut ni tak lapar... InsyaAllah....

En.Suami?? Mestilah dapat...mustahil tak... ni dah tahun kedua berpuasa... Tahun lepas pun kira tamat la jugak, kecuali sekali je terminum sebab betul-betul lupa... Kawan-kawan ajak lepak tengah hari, En.Suami pun ikut je lah sebab kawan-kawan lupa yang En.Suami dah Islam masa tu... Bila tengok member minum, En.Suami pun minum jugak.. Pastu... En.Suami jujur bagitau kat saya yang dia terlupa bulan puasa...
Tapi, walaupun tahun lepas pertama kali dalam hidup En.Suami berpuasa, En.Suami tak lembik dan tak mengeluh... Alhamdulillah...sebab dapat bertahan walaupun tak pernah buat... Mungkin sebab jantina jugak kot... Orang laki ni stamina lebih sikit, tak macam perempuan...dah biasa puasa pun lembik jugak... =P

Puasa dah mariiii~~~~ Raya pun akan mari~~~ (^_^) Baju raya??? Huuuu~~~ Sedehnya saya takde baju raya tahun ni... En.Suami dah ada 2 pasang... Peach dan Grey... Saya??? Kena beli jubah siap-siap sebab tak boleh nak buat baju dengan perut seksi macam ni.... Tapi...sapa kata perempuan mengandung tak dapat melaram??? Jubah moden dan berfesyen banyak ok!!! Kalau tak pun, beli je kain cantik-cantik 4 meter kat kedai, bungkus macam buat sari... DAHHH~~~ siap... =P


Nak raya macam ni pun OK... Perut yang besar tu boleh keluarkan sikit bagi berangin.... hehehheh~~~ =P


Take Care People... =D

Tuesday, July 2, 2013

Suntikan ATT...

Assalamualaikum... Hari ni takde mood sebab tangan masih sakit dan lenguh lagi lepas kena cucuk semalam... Semalam dapat suntikan dos pertama ATT (Anti Tetanus Toxoid). Kalau tak silap, suntikan ni akan diberikan bila usia kandungan dah 5 bulan dan keatas dan dibuat 2 kali. Lepas bulan ni, bulan depan akan kena lagi sekali... 

Huhhh~~~ Stress bila fikir ada satu lagi suntikan bulan depan... Sakit semalam pun masih terasa lagi sampai lenguh seluruh tangan kiri ni.. Nak pegang benda pun susah. Nasib baiklah saya tak memandu. Kalau memandu, rasanya tangan ni tak larat dah sebab lenguh dan sengal-sengal... TAPI...berita baiknya, saya tak demam... =)

Actually, saya memang tak suka jarum...dari kecik lagi... Minggu lepas cucuk hujung jari cek darah pun saya dah menangis... (-_-) Hampehhhh~~~




PERLUKAH SUNTIKAN ATT (Anti Tetanus Toxoid) a.k.a SUNTIKAN KANCING GIGI????
- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut. 
- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).
- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.
- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.
- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.
- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.
- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya untuk mengurangkan risiko, jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.


Pendapat Dr Zubaidi pulak :
Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko. Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.


Jadi...Sebaik-baiknya... Ambil je lah suntikan tu sebelum apa-apa jadi kemudian hari... Lebih baik mencegah daripada mengubati... Kan?? Kan?? Kan??? (^_^)


Take Care... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~