Wednesday, August 28, 2013

Lagi-lagi Nak Sediakan Barang

Assalamualaikum... Pagi ni online-online jenguk kat blog teman... Tetiba tengok pasal Breast Feeding (BF)... Rupanya BF ni ada banyak macam hal jugak yerr... Huhuhu~~~

Macam mana nak pump, nak simpan, tempat simpan, tempoh simpan, nak panas balik dan bla~~ bla~~ bla~~~ Ingatkan senang, tapi banyak cerita jugak rupanya benda alah ni... Kalau tengah pantang 3 bulan tu ok la kot... Berkepit je dengan anak sepanjang 3 bulan. Tapi kalau dah mula kerja?? Macam mana nak bagi BF?? Nak bekalkan BF lagi kat si kecik kalau hantar kat Nanny... Pastu bila nak pam?? bila nak simpan?? Macam-macam benda saya fikirkan sekarang... Yela...benda tu kita tak lalui lagi, jadi tak tau apa nak di buat... Kalau tak rancang sekarang, padahnya nanti kelam kabut nak cari itu nak cari ini... Huhuhu~~~

Kalau BF senang je rasanya kot, bagi je Si kecik direct BF... Tapi kalau hantar kat Nanny, nak kena pam dan buat bekalan secukupnya untuk simpan bagi kat Nanny... Kalau boleh memang nak fully BF dan nak elakkan susu formula... Itu pun kalau ada rezeki BF lama, kita tak tau cepat kering ke tak... Huhuhu~~~

Jadi, kalau dah plan nak hantar kat Nanny kemudian, jawabnya kena lah keluarkan belanja lagi... Nak beli breast pump dan extra botol untuk menyimpan... (-_-) Tak nak lah bila perlu baru kelam kabut nak cari... Berita baiknya saya jumpa jualan murah kat sini >>Breast Feeding Bottle<< dan kat sini >>Breast Pump<< hasil dari skodeng blog member lain... (^^,)

Set BF bottle
BF Pump

Tapi... macam mana saya nak explain kat En.Suami nak beli 2 benda ni??? Hari tu saya dah beli banyak botol. Tak la banyak, dekat nak 10 biji jugak, campur-campur saiz dari besar sampai kecil... Tu pun dia dah pot~pet~pot~pet... En.Suami kata 2 biji botol dah cukup rasanya.... Saya tak jawab, tapi pot~pet~pot~pet dalam hati je dan geleng kepala... 2 biji katanya???? Mungkin Suami ni ingat budak menyusu sekali pagi, sekali malam kot. Tu la pasal dia kata 2 biji dah cukup... Padahal budak kecik kadang-kadang selang 1 ke 2 jam dah mintak lagi... 
Kalaulah 2 biji tu Suami kata cukup, nanti bila kotor kita suruh je suami cuci... Kalau dia penat asyik nak cuci, nanti dia akan beli la lagi... Hihihihi~~~ 

Sekarang ni saya nak beli lagi untuk pump dan simpanan... Hurmmm~~ Nanti kena soal En.Suami, untuk apa??? Saya pun tak tau nak explain macam mana, sebab para suami ni biasalah...kurang arif dengan benda-benda macam ni... Huhuhu~~~
Bukanlah En.suami kedekut, sebab kadang-kadang dia yang lebih-lebih nak beli itu dan beli ini sampai baju untuk perayaan yang belum sampai pun dah ada... Silap-silap nanti, bila dah hari perayaan, baju tu tak muat dah... Hihihii~~~
En.Suami cuma tak nak saya beli itu beli ini, apa orang beli, saya nak beli... Tapi kali ni betul-betul perlu, nak cakap apa??? =P

Takpe~~ Takpe~~ Takpe~~ Sekarang ni saya baru 8 bulan... Ada sebulan lebih lagi nak sediakan barang... Nanti kita beli yerr... Hihihihi~~~ =P Setiap hari ada je yang terlintas dalam otak ni nak beli... kadang-kadang rasa tak perlu pun sibuk jugak nak beli...sebab bila difikirkan nanti akan perlu kot... Huhuhu~~~ =P

Kalau dah beli nanti, kenalah tahu macam mana dan kat mana nak simpan... Lepas beli barulah saya share OK... Kalau tak share-share lagi, maksudnya belumlah saya belikan... Hihihi~~~
Take Care people... =D

Wednesday, August 21, 2013

My Man's Birthday

Assalamualaikum....
Pagi ni Allah berikan sayap pada jari ini untuk terus menulis... Semalam, 20 Ogos 2013 saya meraikannya... Kerana hari itu adalah hari lahir buat Suami tersayang...dan Kami (Saya dan Si Kecil) meraikannya...

Kami meraikannya kerana keperibadiannya yang unik dan kebolehan luar biasanya sebagai seorang lelaki yang di anugerahkan Allah padanya...
Kami meraikannya sepertimana dia menyambut dan membelai si kecil di dalam setiap kali terluang...
Kami meraikan sebuah kehidupan dan nyawa yang telah dianugerahkan oleh Allah padanya... Tahun-tahun yang berlalu telah membentuk keperibadiannya untuk dihadiahkan kepada kami...untuk kami... Kerana fitrahnya sebagai penjaga dan pembimbing...
Kami meraikan cintanya untuk kami dan komitmen setianya untuk menjadi pemimpin sebuah kehidupan... Kewujudan kami dan siapa kami, adalah bergantung kepada panduan asasnya pada Allah...
Kami meraikan ciptaan Allah dan redha setiap perjalanan yang di tentukanNya untuk kami...


Untuk Kekasih Hati :

Allah telah aturkan segalanya... Kita tak mampu untuk jadikannya lebih indah dan lebih sempurna tanpa usaha... Seindah mana pun kata-kata, tak akan dapat merungkai apa yang tersirat dan tersurat...

Selamat Hari Lahir Sayang....


LOKASI : 
Sharing Planet Jalan Banhock

MENU : 
Soup - 
Cheesy Mushroom
Appetizer - 
Baked Cheesy Mussels (Ditukar kepada Cheesy Garlic Bread sebab alergik)
Main  Course - 
Lamb Shank & Ribeye Steak
Dessert - 
Chocolate Lava
Drink - 
Orrange & Carrot Juice

Terima kasih Kenneth (Owner) yang bagi kerjasama dan berikan layanan seperti raja untuk kami... =)


Tempat kami duduk??? Takde dalam gambar pun, sebab kami diberikan sebuah pondok kat dalam taman dan agak gelap, Kalau nak ambil gambar pun tak nampak apa dalam kamera... Hehehe~~~ 

Sharing is caring... (^^,)

Friday, August 16, 2013

MOGTT... Vein Kecik... (T_T)

Assalamualaikum... Semalam ada buat appointment MOGTT (Modified Oral Glucose Tolerance Test) yang kedua... Kalau tak silap ujian tu untuk mengesan GDM (Diabetes melitus) semasa hamil ataupun kencing manis yang boleh menyebabkan bayi besar dan bermasalah sewaktu dilahirkan. **Tak pasti**

Ni adalah perkara yang paling saya tak suka sebab saya memang takut dengan jarum suntikan..Tak payah tunggu kena dekat diri, temankan mak pergi klinik ambik darah pun dah buat saya terduduk kat depan pintu dan rasa nak pitam... Ni fobia darah ke fobia jarum??? Darah kot... Huhuhu~~~ Macam mana nak bersalin kalau takut darah?? Nanti lagi banyak depan mata, silap-silap boleh pengsan... (-_-) InsyaAllah tak... =P

Melalut kejab... Cakap pasal MGOTT semalam, memang menyeksakan untuk saya... Sampai 4 5 kali jarum keluar masuk sebab darah tak nak keluar... Nurse kata vein saya kecik dan urat saya tak nampak dari kulit... Payah diorang nak cari urat darah... Kalau diorang kata tak nampak, saya tengok nampak je hijau-hijau kat luar kulit ni... Nampak je urat... tapi kenapa diorang kata takde??? Huhuhu~~~ Entah, saya bukan doktor... =P Nurse agak-agak saya ni jarang buat kerja rumah, sebab tu urat saya halus-halus dan tak nampak... Yeke??? Agak laaa.... Hihihi~~~

Padahnya... tangan saya ni jadi eksperimen... Cuba cucuk lengan kiri, tak dapat...cuba masuk lengan kanan pulak, pun masih darah tak nak keluar... Pastu nurse tukar jarum...tadi pakai jarum hijau, ni tukar je jarum biru pulak.. Nurse kata jarum biru kecik sikit dan kali ni try kat tangan pulak sebab kat lengan tak boleh nak keluarkan darah... Mula-mula try kat tangan kanan, kuit-kuit pun masih tak nak keluarkan darah... Last peluang untuk cuba, tukar ke tangan kiri, kuit-kuit sikit akhirnya darah pun keluar... Tu pun perlahan dan saya dah menangis sebab tahan sakit dari tadi... Sedih nya... Huhuhu~~~ Saya memang dah agak benda ni akan jadi, sebab memang setiap kali saya nak ambik darah akan jadi hal macam ni... Sedih...nurse tu siap gelak lagi sebab tengok saya menangis dan basah dengan peluh gara-gara takut... nasib baik tak pengsan... (T_T)


Sampai biru dan lebam tangan saya lepas ambik darah SEBELUM minum air gula... Lepas ambil darah berpuasa pagi tu, diorang suruh minum air gula segelas... 2 jam SELEPAS air gula barulah ambil darah untuk kali yang kedua... Bila nak kenangkan ambil lagi sekali tu memang dah rasa tak sanggup... Tapi terselamat, sebab kali kedua nurse kata ambik je kat tempat yang sama sebab kat situ dah ada ruang darah. Kalau try kat tempat lain, belum tentu jumpa dan menyakitkan saya je nanti... Takpelah, bagi je lah tempat yang dah lebam tu untuk ambil lagi sekali... Demi si kecik dalam perut ni, apa salahnya berkorban sakit sedikit... nanti nak keluarkan dia lebih sakit dari ni... Huhuhu~~~

Bila dah selesai, doktor buat check-up kat baby dan scan keadaan dia... Alhamdulillah si kecik sihat... Sekarang umur dia dah 30 minggu, dan beratnya 1.539kg... Si kecik pun dah pusing kepala kat bawah dan kaki dia letak kat rusuk kanan... (^_^) Hilang sakit bila dengar keadaan dia sihat dan sempurna.. RESULT MGOTT??? Nurse kata, keputusan keluar waktu petang... Kalau diorang tak call, maksudnya saya sihat... Kalau diorang call, maksudnya ada sesuatu yang tak kena dengan saya... dan ALHAMDULILLAH saya tunggu sampai petang dan takde apa-apa panggilan dari Klinik... Syukur...saya dan si kecik sihat walafiat...

Semoga kami dipermudahkan sampai ke hujungnya... Amin....

take care people... =)

Wednesday, August 14, 2013

Semoga Allah Merahmati Kedua Orang Tua ku

Assalamualaikum... 
Selamat menyambut hari lahir ke-60 buat bonda dan ke-56 buat ayahanda tersayang.... (^_^)

Mak dan bapak tersayang... =D

Hari lahir mak jatuh pada 5 Syawal, kebetulan mak dan bapak lahir pada bulan yang sama, jadi kami sambut je sekali masa hari raya yang ke-5... Hari lahir bapak kami tak sempat nak raikan minggu lepas sebab jatuh pada bulan Ramadhan... Bapak lahir pada 1 Ogos dan mak 12 Ogos... Saya doakan semoga Allah panjangkan usia kedua orang tua saya dan melindungi kebahagiaan kami sekeluarga... Amin.... Kami raikan ala kadar dengan kek je sebab abang saya buat rumah terbuka, jadi tak payah sibuk nak masak-masak... Hihihi~~~ Best kan kalau birthday di hari raya, tak perlu nak masak-masak... =P

Mak 60 tahun... Bapak 56 tahun... =D
Lepas kecoh-kecoh tiup dan potong kek... Apa lagi... Bergambar dan makan la cepattt... Sedap tol kek Secret Recipe... Hihihihi~~~ =P


Hari ke-5, saya dah tak pakai baju raya... Sebab malas nak seterika baju... Hihihih~~~
Take Care People... =)

Suka Suki dihari Raya... (^_^)

Assalamualaikum... Rasa masih sempat lagi kalau saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam... 

Best tak raya ni??? Rasanya tahun ni macam kurang sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas... Tak tau kenapa, tapi memang terasa kekurangan... Kalau tahun-tahun lepas banyak saudara mara yang buat rumah terbuka dan berkumpul ramai-ramai. Tapi tahun ni macam tak banyak dan bila dah tak ada rumah terbuka, kuranglah berkumpul sesama saudara mara...

Lagi satu yang buatkan raya tahun ni sunyi, keluarga saya beraya berpecah-pecah tempat... Rumah ibu bapa saya tak berhari raya dan sunyi je, sebab abang suruh mak dan bapak gunakan rumah extra dia untuk berhari raya... Jadi rumah yang dikampung sunyi je, tinggallah saya, suami dan keluarga abang yang dari Miri je.. Bila dah tak berkumpul sekeluarga, memang terasa bosan dan hilang kemeriahannya... Huhuhu~~~

Tema kami sekeluarga tahun ni??? Oren... (^_^) Ingatkan oren tak banyak sama dengan orang lain... Tapi, bila bukak rancangan TV di hari raya, rupanya banyak pulak artis yang pakai oren tahun ni.... Hihihi~~~

Gambar bersama En.Suami wajib tuuu~~ =P
Saya, adik-adik dan En.Suami... =D
Perkara yang biasa berlaku...kalau kami adik beradik bergambar di pagi raya, mesti mak akan tercicir... Sebab mak yang paling lambat bersiap pasal nak kemaskan lauk-lauk dan sediakan hidangan pagi... Hihihih~~~ Makan di rumah ala kadar je... Pastu pergi ke rumah nenek dikampung untuk makan sedap-sedap dan bersalaman mohon maaf dihari raya... Perkara biasa dipagi raya... (^_^)

Big Family sebelah bapak... Separuh belum sampai lagi... =)
Salam-salam lepas makan... =)
Kalau kat dalam gambar beramai-ramai kat atas tu, warna keluarga kami lebih menyerlah kan??? Oren... Hihihi~~~ Syok sendiri bila tengok warna baju cantik raya ni... Actually saya takde baju baru tahun ni... Masa nak tempah baju di awal tahun, saya tak tau nak buat fesyen apa. Saya tak pasti perut ni besar mana bila hari raya... Jadi plan nak beli baju atau jubah siap je bila dah dekat nak raya... Tapi, padahnya...pakaian siap berwarna oren yang sesuai untuk saiz perut saya langsung tak jumpa... Akhirnya saya tak ada baju raya untuk hari pertama... Apa lagi??? Jadi kreatif la sikit... Saya beli kain oren dan modified baju kraftan putih saya tahun lepas dan bagi riben kat pinggang... Hihihihi~~~ Tak pe lahhh... Janji ada oren sikit pun dah ok... (^_^)

Hari kedua OK sikit... Sebab saya jumpa jubah Grey walaupun Greynya hanya seciput untuk samakan dengan warna baju En.Suami... Tu pun kami cari sampai malam raya baru jumpa... Actually jubah grey dan oren banyak di jual, tapi semuanya sangkut bila part nak masuk ke perut saya ni... Maklumlah mak boyot ni ramping sikit dari orang biasa sampai baju tak muat... Hihihihi~~~
Hari Kedua Bersama suami... Grey... =)
Ada sikit kelabu tu pun dah ok jugak kan??? Hihihih~~~ Macam biasa, kalau hari di Sarawak tak sah kalau takde kek lapis pelbagai rupa dan rasa dan sedapppp bila kek tu adalah kek Cheese... (^_^)


Gambar raya yang saya upload ni semua dari camera phone je... Yang dalam camera lambat lagilah nak mintak dengan adik-adik... Takpe, yang penting adalah jugak sedikit kenangan berhari raya bersama keluarga... (^_^)

InsyaAllah Hari Raya tahun depan lebih meriah untuk kami berdua sebab kami dah bertiga tahun depan... InsyaAllah.... =)

Take Care People... =)

Tuesday, August 6, 2013

Racistttt... Arghhhh!!!!

Assalamualaikum... Semakin nak hampir nak Syawal, semakin stress jiwa ni... Sapa tak stress??? Dah nak raya pun En.Suami pergi travelling jauh-jauh ke pedalaman... Boss dia ni bermasalah sikit dengan pekerja Islam dan bangsa yang tak sekutu dengan dia... Setiap kali perayaan Hari Raya, ada je masalah yang dia buat... Susah nak cuti lah, itu lah, ini lah...yang paling teruk, dia hantar perkerja yang nak sambut Hari Raya travelling ke pedalaman, GUNA KERETA SENDIRI, HOTEL BAYAR SENDIRI, MAKAN MINUM SENDIRI DAN SEMUANYA SENDIRI.... Boleh fikir tak??? Dah nak raya, dia sengaja buat hal seolah-olah kita ni tak perlu beli persiapan raya??? Dia ingat persiapan raya boleh beli dengan AIR LIUR dia ke????

300++km jauh dari rumah (Kuching-Saratok)... Kalau dengan kapal terbang tak kisah lah sangat... Tapi ni pakai darat, dah lah perjalanan jauh, guna kereta sendiri pulak tu, keadaan tayar pulak dah uzur dan tak boleh nak bawa laju... Bila dah tak boleh nak laju, lambat la nak sampai rumah... perjalanan dah dekat nak 7 ke 8 jam sebab En.Suami cuma berani bawa 70-80km/jam je... BILA BOSS SURUH PULANG???? Malam raya... MEMANG TAK BOLEH BLAHHHH dan saya rasa nak mengamuk dan lempang muka boss tu pakai KAKI saya ni... Habis??? Persiapan raya tak perlu buat ke??? Macam mana nak buat??? Duit belanja beratus-ratus semua habis untuk travelling, hotel, makan minum, bla~~bla~~bla~~ Huhuhu~~ Memang bengang la... Sekarang ni boleh ampun lagi sebab Si kecik belum keluar... Kalau dah ada anak, tak merasa berhari raya lah anak sebab takde duit nak beli persiapan raya... Huhhh~~~

Stress... En.Suami yang travelling, tapi saya yang stress... KENAPA??? Sebab saya sengaja ambil cuti dan ikut En.Suami travelling sekali... Yela, dah lah travelling di bulan puasa, buka puasa dan sahur suami sapa nak jaga??? Lagi pun saya sengaja ikut, supaya saya boleh berkeras dan suruh En.Suami balik awal dan tak payah nak ikut cakap BOSS gila dia tu... Susah sangat, berhenti kerja lagi senang... Cari je kerja tempat lain dan fokus apa yang En.Suami tengah buat sekarang ni... Huhh!!!


Tak boleh ke bertolak ansur??? Perkerja bangsa lain ada banyak lagi, kenapa mesti hantar perkerja Islam??? Saya berani kata diorang ni RACIST... Sebab, bila tiba perayaan diorang, diorang akan cuti seminggu sebelum perayaan dan datang kerja balik bila-bila diorang nak dan takde masalah dengan cuti... Tapi bila part kita nak cuti perayaan, macam-macam masalah dan tapisan yang dibuat sebelum luluskan cuti.... Tak makan NAJIS ke perangai macam tu???

Memang bengang dan hilang pahala puasa saya bila dah cakap busuk macam ni... Saya tak kira... Petang ni jugak saya dan En.Suami akan berangkat pulang ke Kuching... Huh!!!

Saya dari tadi dok tengok FB dan tengok je gambar abang dan adik-adik update gambar persiapan raya... Ada mengecat, ada kemas rumah, ada itu ada ini... Semuanya seronok dan enjoy dengan persiapan... KAMI??? Duduk depan komputer dan bertungkus lumus siapkan kerja... Kalau takde saya tolong kat pejabat, rasanya kerja En.Suami tak akan siap... Saya terpaksa jadi assistant dan kami bahagi-bahagi siapkan kerja semata-mata nak balik terus bila dah habis... 

Tapi, tiba-tiba BOSS sms En.Suami dan bagitau BALIK MALAM RAYA... Siapa yang tak menangis??? Sedih hati mengenangkan diri jauh dari keluarga dan tak merasa seronok membuat persiapan menjelang Raya... (T_T) Takpe, simpan je tangis tu dan lepaskan dalam toilet... Diorang tak kan faham apa kita rasa sebab diorang ni RACIST!!!

Apa yang saya risaukan??? Bila menjelang raya, kereta banyak berlumba-lumba nak balik cepat... Jalan kami ni bukan macam highway di KL... Sini banyak lori minyak, lori balak dan yang sewaktu dengannya... Bahaya sangat-sangat bila balik lewat macam ni... Kemalangan boleh jadi dimana-mana sebab semua orang nak cepat sampai dan tak hiraukan keselamatan lagi... Apa pun, doa je lah kami selamat sampai ke rumah... InsyaAllah~~~
 

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~