Thursday, September 19, 2013

Stok Susu?? Simpan?? Hantar Nursery??

Assalamualaikum... Dalam Entry lepas >>>Nak Beli Breast Pump<<< saya bagitau kalau dah beli barulah saya update dan belajar cara nak buat penyimpanan stok susu selepas dipam kan??? So, saya tanya dengan mentor-mentor dan kakak-kakak senior yang dah pernah buat susu simpanan ni sebab saya memang "0" knowledge dan takde experience... Malu bertanya, sesat jalan... Jadi, jom belajar... =D 
Awal pagi dah dok online update Email dari Fabulous Mom sebab dah order Breast Pump semalam... Hehehe~~~


Dalam gambar kat bawah ni ada jugak ajar tempoh masa penyimpanan susu tu...

Ini pulak antara soalan-soalan yang saya ajukan dan mintak kakak-kakak ajar macam mana diorang buat... Diorang pun belajar jugak pasal benda ni... Atleast kalau bertanya senang sikit nak faham daripada baca je mentah-mentah... (^^,)


Panjang je soalan sampai berjarut akak tu nak jawab... Hehheheh~~~ Ni dia jawapan yang akak tu ajar saya... =)

Soalan 1 : Bila masa untuk mengepam???
Jawapan : 

  1. Kalau waktu pantang masa mengepam tak menentu sebab baby depan mata... Selalunya jam 2-3 pagi pun akan bangun sebab breast dah bengkak-bengkak sampai nak tidur pun tak selesa. Masa berpantang ni curi-curi masa untuk pam sebanyak mungkin untuk buat stok. Sebab bila dah berkerja kadang-kadang tak sempat nak pam. Paling sedih bila kuantiti susu merudum. So, buat standby stok banyak-banyak
  2. Bila dah mula berkerja, baby hantar kat nursery. Jadi waktu pam pun berubah dan ikut kelapangan sendiri nak mengepam.
Pam 1 - Selepas subuh, lepas tu direct BF sebelum hantar nursery
Pam 2 - Dalam pukul 10-11pagi, agak-agak susu dah bengkak dan banyak 
Pam 3 - Masa lunch hour
Pam 4 - Masa minum petang, dalam jam 4 petang lebih kurang 
Pam terakhir - Sebelum tidur. Selepas tu direct BF ikut kehendak baby sebab seharian dah hisap botol je, jadi mestilah nak breast pulak... (^^,) Create bonding mommy-baby... =)

Soalan 2 : Selepas pam, kat mana susu disimpan dan bagaimana nak simpan?
Jawapan : 

  1. Kalau dirumah, lepas di pam jangan biar lama-lama. Terus masukkan dalam storage bottle atau plastik, dan masukkan kat chiller peti sejuk.
  2. Kalau dipejabat, lepas pam terus tutup dan simpan dalam cooler bag atau beg material tebal. Bawa ice brick atau ice pack siap-siap letak dalam beg tu. Ice pack boleh beli kat Giant dalam RM10 (tiap hari lepas pakai, bekukan semula ice pack tu untuk guna esok pulak). Bila dah balik dari kerja, barulah pindahkan susu yang dah dipam tadi kat dalam storage plastik. Biasanya kakak tu simpan 5 hari dulu kat bahagian chiller, standby untuk senang nak panaskan. Kalau dah 5 hari stok masih tak guna, barulah pindahkan ke tempat beku.


Soalan 3 : Berapa lama tempoh simpanan?
Jawapan : 

  1. Kat bahagian chiller tahan sampai 7 hari, tapi limitkan sependek yang boleh untuk  pastikan susu sentiasa baik. 
  2. Kalau kat bahagian beku, untuk peti sejuk 2 pintu boleh tahan sampai 2 bulan. **Jangan lupa tulis tarikh guna selotape kat storage plastik tu. First in, First out..


Soalan 4 : Kalau baby hantar kat nursery, macam mana nak bekalkan susu pam?
Jawapan : 
Malam, sebelum nak hantar ke nursery. sukat susu siap-siap isi dalam botol bekalan. Untuk kakak tu, baby dia menyusu dalam 7 botol sehari, jadi dia sediakan,
  • 2 botol susu fresh (susu yang di pam waktu pagi dan sebelum tido)
  • 3 botol susu chiller
  • 2 botol susu beku
Kakak tu lebihkan susu chiller sebab komposisi susu yang dah disejukkan akan berkurang sedikit berbanding susu fresh. TAPI, walaubagaimanapun, susu beku 1000kali lebih baik dari susu formula. =)

Soalan 5 : Berapa banyak susu nak dibekalkan kat nursery?
Jawapan :

  1. Berapa banyak tu bergantung kepada keperluan dan kehendak bayi kita. Seminggu atau sebulan sebelum nak hantar ke nursery, kena latih baby untuk hidap susu dalam botol, sebab sepanjang pantang baby cuma hisap direct je dari ibu dia, takut baby tolak botol, jadi kenalah ajar awal-awal. 
  2. Masa ajar dia hisap botol, sukat sikit-sikit dulu. Tengok dia nak berapa banyak sekali minum dan berapa botol sehari? Supaya senang kita nak sukat bekalan baby nanti. Macam kakak tu, baby dia minum 4oz dan 7botol sehari... Banyakkan??? Jadi rajin-rajinlah mengepam dan usahakan sebaik mungkin supaya kuantiti susu kita tak surut... Supplement untuk banyakkan susu kan ada?? =)

**Storage palstik tu bergantung kepada individu... Ada yang guna plastik Aiskrim dan ada yang guna storage plastik khas untuk menyimpan susu... =)

BAIKLAH... Rasanya semua soalan saya dah terjawab... Mungkin ada lagi kemudian kot, kalau ada lagi, saya tanya lagi dan update lagi.... (^^,)

Kredit to : Kak Munnafendy... =)


Take Care People... =)

Wednesday, September 18, 2013

Breast Pump Settle... JIMAT!!!

Assalamualaikum... Hari ni dah selesai satu benda... Dari hari tu dok cari Breast Pump mana satu yang nak dibeli... Akhirnya... Rezeki bertuah sebab dapat jumpa OFFER!!!~~~ Hehehehhe~~~ Apa lagi?? Add to cart dan beli la... Saya pernah cerita kat dalam entry lepas pasal >>>Offer Breast Pump Part 1<<<. Tapi kali ni saya jumpa yang lebih murah lagi dari tu...

Bukannya nak belagak bagitau dah beli breast pump... Tapi saya nak share kat bakal-bakal ibu lain yang tengah peningkan perkara yang sama macam saya... Alang-alang dah jumpa, nak bagitau jugak kat kawan-kawan supaya sama-sama dapat jimatkan duit poket... (^_^)

SAYA JUMPA KAT SINI >>>> Offer Breast Pump part 2 <<<


Saya beli yang RM199 tu... Murah kan??? Mungkin korang tak kata murah sebab korang tak tengok dan tak survey lagi harga benda tu kat pasaraya... Saya dah buat survey dan mintak tolong kawan-kawan jugak untuk tengok harga kalau ada jumpa... Nak tau??? Brand yang sama, jenis yang sama dan semuanya sama... Tapi harga berbeza sangat-sangat...


RM199 dan RM337... Murah ke tak??? Korang pun boleh fikir sendiri... =) Madela ni jual kat CityOne Mall, Kuching... Kalau nak brand yang lebih bagus, Avent pun ada... tapi tak mampu rasanya sebab Avent terlampau mahal... Actually, kalau betul-betul nak jimat, brand Anakku pun ada... Hari tu jumpa dalam Rm50++ je...
Tapi, bila fikir balik....benda murah, kualiti pun kurang... Nanti sekejab pakai dah patah dan rosak... kena beli lagi... Kalau dah asyik beli, berkali-kali beli harga pun akan jadi lebih kurang dengan yang mahal... Jadi lebih baik beli yang mahal sikit dan kualiti terjamin... Betul tak??? Untuk permulaan ni, saya beli yang manual dulu... kalau ada rezeki boleh tambah lagi satu yang elektrik... (^_^)

Hujung tahun ni banyak kawan-kawan saya yang akan melahirkan anak... Mesti akan cari benda yang sama jugak... Jadi... Jom lah kita berjimat... (^_^)

Take Care People... =)

KOLOSTRUM : Cecair Bernilai Emas

Tahyul :
  1. "Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu. Nanti anak kau pula yang sakit." Pesan halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
  2. "Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu." Keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
  3. "Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?" Soal Lina bertalu-talu kepada Husna, risau benar dia.
Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering didengar dari orang tua dulu-dulu yang kurang arif tentang kandungan sebenar menganai cecair pekat dan kuning ini...


Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat-sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning)

Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. 


Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.
Paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit- penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit -penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain.

Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob -mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. 


Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. 

Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel- sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain- lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)" (surah at-tin: 4)
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum :

  1. Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. 
  2. Secara puratanya hanya 37ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7-123ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. 
  3. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur-ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 -96 jam berikutnya. 
  4. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. 
  5. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. 

Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14). 
Antara tips- tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya :
  1. Pada hari pertama, letakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. 
  2. Usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. 
  3. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. 
  4. Sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. 
  5. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery ketika berada di hospital. 
  6. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. 
  7. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.
  8. Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. 
Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. 

Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia


Sumber : Susuibu.com


Take Care People... =)

Tuesday, September 10, 2013

Cara Tukar Format 3ga ke mp3

Assalamualaikum... Dari hari tu dok bercari dan download macam-macam software converter untuk tukarkan format voice "3ga" ke "mp3" supaya dapat edit jadi ringtone handset... Rupa-rupanya senang je keja tu... Alahaiiii~~~ tak perlu apa-apa converter pun mak cik oiii~~~ (=_=)
Macam mana nak buat??? Ikut je step 1 sampai 5 macam gambar kat bawah... Tapi, sebelum tu file yang nak di tukar tu kenalah di pindahkan dari handset ke komputer yerr... Yang kaki komputer tu dah tau la kot, tapi yang slow macam saya ni baru je tau... =P

Copy file ke komputer

"Right click" dan "Rename"

"Rename" kat bahagian biru sahaja... Type "mp3"

Lepas "Rename", tekan "Enter" dan klik "Yes" pada arahan

Dah siap... Format file dah jadi "mp3"... (^_^)

Nama file tu "wedding perform" sebab tu lagu yang saya record untuk persembahan En.Suami masa kitorang bersanding dulu... (^_^) Selamat mencuba... Hehe~~~


Monday, September 9, 2013

Dinotrek 2... Seronok Jadi Budak-budak...

Assalamualaikum... Sepanjang hujung minggu lepas, kuching sibuk dengan aktiviti Regatta Sarawak... Tapi saya tak pergi pun, sebab panas dan tak nak berjemur... Tapi rasanya lebih seronok sebab dapat pergi Dinotrek kat Muzium Sarawak walaupun penat dengan perut dah 8 bulan lebih... (^_^)

Mak Boyot bergambar... (^_^)
En.Suami pun jadi budak-budak... (^_^)
Bayaran masuk hanya RM10 untuk dewasa, RM5 untuk pelajar sekolah dan percuma untuk 3 tahun kebawah... Kalau tak silaplah... hihihi~~~ Jadi, saya dan En.Suami cuma RM20 je... Sama je lah dengan bayar tiket wayang... Walaupun tempat pameran tu kecik, tapi kalau aktiviti dimanfaatkan betul-betul, memang rasa berbaloi sangat-sangat... Kami habiskan masa kat dalam hampir 2 jam (11pagi-1petang), terkejut jugak bila tengok masa. Apa yang kami buat pun entah... Syok sangat layan jadi budak-budak walaupun penat terasa dengan perut yang besar sekarang ni... (^_^)
Semua mainan kami main dan tak nak lepaskan peluang, dah bayar pun, kalau tak main rugilah kan??? =P

Meja dah penuh, main atas lantai pun takpe... (^_^)

Masa keluar dari pameran, kaki dah terasa kembang dan tak larat nak gerak ke kereta... Sekarang ni usia perut dah 8 bulan lebih... Dah nak cukup masak pun, sebab tu cepat penat... Huhuhu~~~

Dah puas berjalan, dapat hadiah Fridge Magnet, bergambar... Jom lepak ABC... (^_^)
Dah penat dan tak larat nak berjalan lagi, jadi mula-mula fikir nak balik.... Tapi, tak jadi sebab En.Suami ajak duduk hilangkan penat kaki di Swee Kang... Nyum3~~~ Sukaaaa sangat-sangat... ABC...White lady...Mee belacan...Laksa Sarawak... Burppp~~~ kenyang dan dah tak penat... Apa lagi??? Tak jadilah nak balik, tapi sambung lagi berjalan kat Shopping Kompleks... Sampailah mak boyot ni dah betul-betul tak larat dan sakit kaki...

PADAHNYA??? Malam tadi seluruh kaki saya terasa bisa dan urat tegang semacam dan tak boleh nak tidur sampai pagi... (~_~) Sedihnya... Tengah malam En.Suami bangun kejab urut kaki, tapi masih terasa sakit... Menyesallll~~~ Huhuhuhu~~~

BARISAN PANJANG untuk beli tiket... (^_^)
Nasib baiklah kami dah beli tiket sehari sebelum, jadi tak perlu bersesak dengan orang ramai... Kami datang je terus potong barisan dan masuk... Hehehhe~~~ Bangga nyerrrr~~~~ Terkejut jugak tengok barisan panjang sampai ke jalan untuk beli tiket. Masa kami beli semalam tak tau pulak yang orang akan ramai macam ni bila hujung minggu... Alhamdulillah... (^_^)

Take Care People... =)

Friday, September 6, 2013

Aktiviti 50 Tahun Sarawak Merdeka

50 Tahun Sarawak Merdeka / Gemilang dalam Malaysia... Tajuk besar sepanjang bulan september ni. kenapa baru 50 tahun merdeka sedangkan Malaysia dah merdeka 56 tahun?? Sebab...Tertubuhnya kerajaan  'gabungan' atau Negara 'Persekutuan' yang diberi nama Malaysia...
4 Tarikh Penting :

Negara Tanah Melayu = 31 Ogos 1957 
Negara Sarawak = 22 July 1963
Negara Sabah = 31 Ogos 1963
dan.....
Malaysia = Tanah Melayu + Sabah + Sarawak = 16 September 1963


Itulah yang saya faham sedikit pasal 50  tahun merdeka ni...


Kenapa baru sekarang Hari Kemerdekaan Sarawak disambut walaupun tidak diberi cuti umum Sarawak, 5 tahun yang lepas tiada sesiapa pedulikan hal Sarawak lebih-lebih lagi Sejarah Penting Sarawak.


Itulah istimewanya 2 Buah Negara tersebut iaitu Sabah & Sarawak, kerana mereka ada >>>Perjanjian penting yang perlu dipatuhi oleh Tanah Melayu.<<<
Mr.J cadangkan supaya Pihak Kementerian Pendidikkan mewujudkan 1 silibus sejarah untuk Sabah & Sarawak supaya anak-anak generasi depan akan lebih memahami kenapa Sabah dan Sarawak agak berlainan dari segi sosio sosial, dan kenapa ada Tarikh Kemerdekaan sendiri .


Jadi... Sempena sambutan kemerdekaan bulan September ni, ada pelbagai aktiviti yang akan di jalankan dan ni jadual aktiviti yang saya dapat... Saya??? Confirmlah pergi, tapi bukan semuanya... Saya tak sabar nak tengok Acara Kapal Berhias yang diadakan kat Tebingan Sungai Kuching dan letupan bunga api sebagai acara penutup... Dari kecik lagi saya tak pernah tertinggal untuk tengok... Hiasan lampu yang menarik dan kreatif memang memukau pandangan semua orang, lebih-lebih lagi bunga api!!!!... tak sabar dah... 15 September 2013 ni.... Malam tau... (^_^)


Selain aktiviti dalam jadual kat atas tu, ada jugak aktiviti lain yang diadakan. Tapi tak tau larat ke tak nak pergi sebab kalau siang, cuaca panas dan risau saya tak boleh nak tahan. Rasa nak pergi pun ada jugak sebab nak tengok Pertandingan Menangkap Itik dan Raja Sungai... Hihihi~~~ Macam budak-budak... =D


Apa pun... Semoga kehadiran kita memeriahkan suasana di sepanjang Waterfront nanti... (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~