Friday, October 25, 2013

Permata Hati Pertama

Assalamualaikum... Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga di atas kurniaan Allah pada kami.... Akhirnya permata hati yang ditunggu-tunggu telah selamat dilahirkan secara bedah pada 21 Oktober 2013, Jam 4.21pagi dan seberat 2.86kg... Awal 5 hari dari tarikh yang sepatutnya... Kat bawah ni gambar beberapa minit selepas Eldrine Areej Bin Eldrine Addin dilahirkan di dunia... Alhamdulillah..

Umur beberapa minit.... Montelnya... =D
Pengalaman pertama kali melahirkan anak??? Terus terang saya katakan, amat menyakitkan dan tak semudah yang disangka sebab banyak komplikasi yang saya alami sepanjang menunggu Si Comel dilahirkan... Apa yang saya alami tak boleh nak diterangkan dengan kata-kata... Hanya saya dan En.Suami yang berada disisi yang faham apa yang saya lalui... Terima kasih tak terhingga kat En.Suami sebab dah buat yang terbaik untuk memberi semangat kat saya. 

Saya mula rasakan sakit sejak petang 20 Oktober... Petang tu saya bawa bejalan-jalan dan keluar makan sebab kalau duduk diam je, sakit akan terasa dan tak selesa... Semakin lewat malam, semakin sakit dan akhirnya saya dihantar ke hospital dalam jam 9malam sebab contraction dah selang 10 minit... 
Sampai kat hospital, doktor cek bukaan baru 2cm dan tak boleh beranak lagi.. Saya masuk ward standby, kalau-kalau terberanak malam tu jugak..
Lebih kurang jam 11.30malam, air ketuban pecah... Saya bagitau kat doktor, tapi diorang kata ok lagi dan masih boleh tunggu sebab laluan masih 2cm... Tapi, yang nak terberanak adalah saya..lepas air ketuban pecah, sakit tu jadi semakin kuat.. Saya dah tak tahan terus mintak di bawa ke ward bersalin dan call En.Suami untuk terus datang ke hospital... Masuk je ward bersalin, doktor cek lagi, masih sama 2cm dan laluan tak nak buka untuk lahirkan Areej. Kalau saya paksa jugak, nanti bawah tu boleh pecah... huhu~~ Tak nakkkk....
Berjam-jam masa berlalu...Laluan masih tak nak bukak, tapi baby terus mendesak nak keluar... Masa tu Allah je tahu apa yang saya rasakan. Seolah-olah lepas melahirkan tu saya akan mati sebab dah tak tahan nak menanggung sakit... En.Suami dan doktor semua ditumbuk dan terajang sebab nak melawan kesakitan... Tak tahu lah dugaan apa masa tu... Apa yang saya ingat cuma ingat nak mintak ampun kat mak bapak supaya mudahkan saya bersalin... Saya bertarung nyawa hampir 5 jam, doktor tetap nak saya melahirkan secara normal dan tak nak buat pembedahan... Akhirnya selepas 5jam, jantung baby semakin lemah. Saya pun dah tak berdaya dan menangis merayu untuk dibedah.. Doktor akur jugak dengan permintaan saya dan bergegas ke dewan bedah pada jam 4 pagi... Kalau orang katakan injection bius di tulang belakang sebelum bedah tu sakit, saya jawab tak tahu langsung... Sebab rasanya nyawa saya tinggal separuh je masa tu... Sakit nak beranak tu langsung saya tak boleh nak gambarkan... Bila saya sedar dalam 4.30pagi, doktor tepuk suruh saya bangun dan tunjuk baby yang masih ada sisa darah untuk saya tengok dan pengsan balik... 

Sakit yang dirasakan membuatkan saya boleh fikir menyesal untuk mengandung. Tapi sebaik sahaja tengok wajah comel Si Kecik, hati berubah sayu dan timbul rasa kasih sayang... Meleleh air mata setiap kali merenung wajah sucinya... Allah anugerahkan kami seorang bayi yang sangat comel...

3 hari saya di hospital bertemankan Si kecik... Wajahnya berubah selepas 3 hari... Ni yang saya ambil ketika dia bangun nak susu pada jam 3 pagi selepas 3 hari dilahirkan... =) Comel kan?? Mata bulat dengan lidahnya terjelir mintak susu... Hihihi~~~ =D

Umur 3 hari... Saya budak comel... =)
Semoga Eldrine Areej Bin Eldrine Addin menjadi anak yang soleh dan taat pada orang kedua orang tua... InsyaAllah... Amin...

Take Care People... =D

Thursday, October 17, 2013

Yeayyy!!! Cuti Panjang...

Assalamualaikum... Excited betul bila sebut pasal cuti... Hari tu eksyen je kata tak nak ambik cuti awal... Tapi sekarang baru padan muka bila badan semua dah sakit-sakit baru sibuk nak ambik cuti last minit... Nasib baik tadi bos tak bising... Huhuhu~~~

Sebelum ni memang banyak kawan nasihatkan ambik je cuti awal sebab nanti badan mesti dah tak larat nak kerja. Tapi saya ni degil sikit, selagi tak rasa sakit, selagi tu la melawan... Jadi, bila dah rasa semua tak kena macam ni, barulah nak jumpa kerani bagitau nak cuti awal..

Yang payahnya, bila saya nak apply semalam, kerani pulak tak berani nak bagi sesuka hati sebab tak pernah buat sebelum ni... Tapi, dia ada tunjuk pekeliling untuk cuti awal 2 minggu dari tarikh bersalin macam kat bawah ni...


So, tadi dengan rasa cuak jumpa bos sambil bawa pekeliling ni nak mintak cuti... Bos rilek je kata... "Owwwww~~~ Cuti la, suruh kerani buat nanti saya tanda tangan...". Hihihi~~~ Takde pun kena marah... =P

JADI... Esok last day keja... MERDEKA!!!! Tak tau dapat ke tak nak tulis blog lagi kalau dirumah... takde internet laaaaa~~~ Menyampah!!! Ishhh~~~

See you lepas 3 bulan...Ok... Tapi kalau ada internet kat mana-mana, ada kot saya bukak blog... Assalamualaikum... (^^,)v

Take Care!!!

Friday, October 11, 2013

Part Time Job???

Assalamualaikum... Dah hujung-hujung hari nak bersalin ni, terfikir macam-macam perkara dan apa nak dibuat selepas habis berpantang nanti??? Ada plan nak buat kerja part time macam dulu... Tapi tak tau larat ke tidak??? Sebab kalau dulu, tinggal berdua dengan En.Suami je, tanggungjawab kurang sikit kalau dibandingkan dengan dah ada anak... Masa yang dulunya dibahagikan kepada 2, selepas ni nak bahagikan kepada 3... Dapat ke nak buat kerja part time lagi???

Dulunya saya buat kerja part time apa??? Ada yang tahu, ada yang tak, sebab saya tak pernah bagitau sesiapa... Sebab apa yang saya jahit adalah HAK MILIK kedai, jadi saya tak boleh nak publish sesuka hati... Ni cuma beberapa gambar yang saya simpan... Ada banyak lagi, tapi xde gambar... Huhuhu~~~

Warna??? Design??? Harga??? Ikut budget dan permintaan pelanggan... =)












DAN... Veil kahwin saya sendiri... =)


Itulah kerja part time saya sebelum ni... Kerja part time kat butik tudung yang menjual Veil pengantin... Tu veil-veil yang saya jahit dan ada banyak lagi... Kalau salah satu tu milik korang, terima kasih yerr... dan maaf kalau tak cantik... Saya masih belajar lagi dan belum mahir kerja-kerja jahitan manik... =)

Kerja menjahit, rasanya korang sendiri pun tahu macam mana komitmennya kalau dah ada tempahan... Kadang-kadang tak terlayan dengan suami bila benda nak dijahit terlalu banyak... Ada masanya pulak, En.Suami tidur di kerusi ruang tamu sebab nak temankan saya menjahit sampai pagi... Kesian kat Suami kan??? 

Saya berhenti kerja ni masa kandungan dah 5 bulan, masa tu badan dah mula sakit-sakit dan tak larat lagi nak berjaga malam sebab nak jaga kesihatan diri sendiri dan si kecik... Untung tu memanglah untung, pendapatan melabihi gaji kerja tetap saya sekarang ni... RM1k lebih jugak setiap bulan... TAPI...Larat ke selepas ni??? Rasanya tak, sebab Si Kecik lebih penting daripada duit... Gara-gara nak kejar duit, nanti Suami dan Si Kecik terabai dan tak terjaga...

Jadi, sekarang saya tengah fikir, kerja part time apa saya nak buat untuk tambah pendapatan??? Mesti buat kerja part time, tak boleh nak harapkan gaji je... Sekarang ni pun memang tengah buat part time berniaga online, tapi masih tak cukup dan terlalu perlahan... Jadi nak cari lagi yang lain jugak... Ada idea tak??? Saya pernah terfikir nak jual pakaian kanak-kanak atau barangan bayi online, tapi saya masih mencari sumber mana nak dapatkan bekalan terus dari pembekal... Takpe... Usaha tanda kejayaan... (^^,)

Take Care People... =)

Wednesday, October 9, 2013

Cukup Bulan... Kurang Bergerak... =(

Assalamualaikum... Hari ni baru masuk kerja... Dari 7-8/10.2013 masuk ward sebab nak monitor jantung si kecik kat dalam perut... Alhamdulillah semuanya baik-baik... =)

Sebenarnya, Isnin lepas (7.10.2013) saya cuma datang ke KKIA untuk weekly check-up... Macam biasa jururawat akan tanya perkembangan si kecik macam mana... Jadi saya bagitau la yang si kecik dah kurang bergerak sejak 3 hari lepas... Kalau nak diikutkan, saya tak lah risau sangat bila si kecik kurang bergerak, sebab saya faham si kecik semakin membesar dan ruang untuk dia bergerak dah jadi semakin sempit... Jadi, asalkan dah cukup 10 kali gerakan dalam masa 12jam, saya rasa dah ok kot... Pergerakan 6.10.2013 adalah 10 gerakan sehingga jam 7 malam.


TAPI... bila doktor kat KKIA dapat tahu yang saya tak pergi ke hospital sewaktu si kecik kurang bergerak, saya terus kena marah dan diarahkan pergi terus ke hospital dengan segera selepas diperiksa...

Pakaian Ward Bersalin... =)

KENAPA doktor marah???

Memang betul, bila dah di akhir-akhir bulan dan hampir bersalin, bayi akan kurang bergerak sebab saiz dia membesar dan ruang untuk pergerakan semakin sempit. TAPI kena ingat, kadang-kadang ada punca masalah lain yang menyebabkan mereka kurang aktif. Perkara tu yang kita kena pantau dan dapatkan pengesahan dari hospital dan tak boleh nak agak-agak sendiri. Penyebab yang biasa terjadi adalah jantung bayi semakin lemah dan kelemasan.

Kalau betul jantung lemah dan bayi lemas, berkemungkinan Ibu akan disuruh bersalin segera untuk mengelakkan kematian bayi... Tapi, setelah di pantau selama 24 jam sewaktu saya dimasukkan ke ward dengan wayar yang banyak kat perut, Alhamdulillah jantung si kecik normal dan tak ada apa-apa masalah. Pergerakan si kecik kurang tu mungkin disebabkan ruang yang agak sempit sebab perut saya ketika mengandung ni saya taklah besar macam orang lain.. Jadi, doktor benarkan saya keluar ward tapi kena pantau betul-betul pergerakan tu setiap hari sampai cukup tarikh bersalin. Kalau pergerakan kurang dari 10 dalam masa 12jam, saya kena datang balik ke hospital... huhuhuhu~~~ InsyaAllah si kecik akan sihat dan kuat sampailah hari dia dilahirkan nanti...

JADI...kesimpulannya... Walaupun kita tahu secara logiknya pergerakan akan berkurang, tapi kena fikir secara negatif jugak... Kalau betul disebabkan ruang semakin sempit, tak apa... Tapi kalau disebabkan perkara lain??? Tak pasal-pasal diri sendiri yang menyesal nanti... Kat dalam perut kita ni nyawa, bukannya anak patung. Sebab tu kena pandang serius dan tak boleh nak main agak-agak ikut cakap orang je... Saya mula-mula pun main agak-agak jugak. Tapi bila doktor dah marah dan bagitau segala kemungkinan buruk yang boleh terjadi, saya sendiri jadi cuak dan risau... Sampai tak sarapan pagi dan makan tengah hari sebab nak bergegas ke hospital... Syukur semuanya baik-baik je... Alhamdulillah....

Tinggal kurang dari 2 minggu je tarikh saya nak bersalin... Doakan semuanya baik-baik dan dipermudahkan ye... Amin... Ni pertama kali saya bermalam kat hospital...best jugak tau, sebab makanan sedap... Hheheheh~~~

Boleh request nak drumstik lagi tuuuu~~~~ hehehhe~~~

Take Care People & Me... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~