Thursday, January 2, 2014

Areej Tak Pergi Sekolah??

Assalamualaikum... :)) Hari ni hari pertama budak-budak datang ke sekolah. Mesti meriahkan? Lebih-lebih lagi yang tadika, darjah 1 dan tingkatan 1. Semangat diorang masih berkobar-kobar lagi dan diharapkan semangat tu dikekalkan sampai tamat persekolah korang, ok!!!

Areej tak pergi sekolah? Pergiii... Sapa kata Areej tak sekolah? Tapi sekolah Areej bukak 15 Januari 2014 nanti. Lambat sikit dari pelajar lain. Hehe... Nanti Areej sekolah kat sekolah Baby Sitter. Sama jugak, sebab nanti Areej kena bangun awal dan gerak awal pagi ke sekolah dia tu. Hehe...
Kalau nk diikutkan hati, tak nak hantar Areej untuk dijaga org lain. Sebab cara kita dan mereka jaga tak sama. Tapi apa boleh buat, kenalah tunggu saya jadi suri rumah dulu barulah dapat jaga Areej setiap hari... Huhu... Kesian Areej...

Areej pun ada uniform ke sekolah. Nak tengok? Hehe... Uniform Areej nanti selimut comel tu je. Areej tak boleh jauh dari selimut comelnya... (^_^)

Ok lah... Buat adik-adik yang dah masuk sekolah, belajarlah rajin-rajin dan jadi pelajar yang baik. Janganlah menyusahkan guru, ibu bapa dan STAF-STAF sekolah. Hehe... **merujuk kepada saya sendiri**



Take care... SELAMAT TAHUN BARU 2014... :))

3 comments:

puya said...

Nak borak ape ek? Hahaha. Anta sine sekolah cne areej ya kak?

izfanora said...

comel areej.. semoga areej baik2 je kat sekolah nanti ye..hihi..

Nurhayati Morshidi said...

Puya.. Sama sekolah kojim dolok. Kt kampung Nombor. Hehe...

Kak Izfanora... Harap2 ok dan x meragam. Risau jugak... :))

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~