Friday, January 3, 2014

Azam 2014 Delay

Assalamualaikum... Hari ni dah lepas 3 hari tahun baru... Tapi nak ucap jugak Selamat Tahun Baru 2014... Heheheh~~~ 2014 ada pelik sikit sebab saya tak buat azam. Actually ada azam, cuma tak nak ambik serius sebab takut tak menjadi dan angan-angan je... Tapi, memandangkan dah jadi secara spontan, nak bagitau lah apa sebenarnya azam tu... =)

Azam 2014 sebenarnya nak buat sesuatu untuk tambah duit poket. Tapi fikir punya fikir, masih tak dapat jugak apa yang nak dibuat... Hari tu, adik bosan kat rumah sebab dah stress belajar untuk final exam. Jadi dia nak buat kek untuk makan-makan. Masa buat kek tu, saya terfikir jugak, kalau kek tu menjadi apa salahnya di promote dan buat jualan dalam FB... Akhirnya, saya sendiri setuju dengan idea saya sendiri... Hihihih~~~ Dari awal persediaan dah prepare ambik gambar cantik-cantik untuk standby edit kalau kek tu menjadi... DANNNNN~~~ Memang menjadi dan kek tu sangat sedap... Hihihi~~~

JADI??? Teruskan plan asal, edit gambar dan post dalam FB... Alhamdulillah dapat sambutan dan terus dapat banyak tempahan untuk jualan pertama... InsyaAllah kalau menjadi, lepas ni kami nak buat kek lain pulak dan buat jualan bermusim... InsyaAllah... Rezeki tu Allah dah bagi. Tinggal kita je yang perlu usahakan sedikit untuk dapatkannya... 

Nak tengok Promosi pertama???


Semoga usaha kali ni berhasil... =) Amin....
YanE's adalah gabungan nama saya dan adik. Yatie n Ezziey... (^_^)

Take Care people... =D

1 comment:

izfanora said...

Nmpk sdp sgt..tp jauh kt srwk..huhu..

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~