Wednesday, January 22, 2014

Page YanE's 2014

Assalamualaikum... (-_-) Mengantuk... Huhuhu~~ Pagi ni cuma nak bagitau yang YanE's dah ada Page Facebook sendiri... Ini untuk memudahkan proses membeli online dan tak lah brcampur dengan laman peribadi... Kalau nak review dan tengok apa update YanE's boleh tengok kat sini dan LIKE page yaaa...

>>>> YanE's Cake <<<<<


Alhamdulillah...Semua ni rezeki untuk anak... Syukur ada suami yang faham dan dapat membantu melakukan kerja rumah dan menjaga Areej sementara saya sibuk membuat kek... Syukur... Terima Kasih... =D

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~