Monday, January 20, 2014

Pagi Yang Serabut Masuk Kerja

Assalamualaikum... Hari ni dah tamat cuti bersalin 3 bulan... Pagi-pagi lagi dah serabut semua benda... Rasa macam hari pertama melapor kerja pulak, tak tau nak urus masa.. Huhuhu~~~

Dah lama bercuti, macam mana nak urus masa pagi pun dah tak tau... Tambah lagi sekarang ada extra kerja nak kemaskan Areej pagi-pagi, lagi lah serabut bila tak pandai urus masa... Areej takdelah nak kemas apa pun, cuma nak tukarkan pampers dan bagi susu je sebelum gerak ke sekolah... Benda lain semua dah tinggalkan bekalan untuk sebulan, jadi tak payah nak bawa macam-macam waktu pagi...

Minggu ni mungkin masih serabut sikit kot, nak atur dulu macam mana masa bangun pagi dan berkemas. Masa atas jalan raya pun kena atur jugak, sebab dah lalu kat jalan baru bila hantar Areej ke sekolah. Jalan dah agak berpusing, jadi kena fikir jalan mana nak guna untuk cepat sampai ke tempat kerja... Memang betul-betul serabut pagi ni dah saya sendiri dah naik rimas dan stress... Tambahan pulak pagi kena bangun awal-awal untuk uruskan kek yang ditempah dan nak delivery lepas balik dari kerja... Huhuhuh~~~ Banyaknya benda nak kena buat pagi-pagi...


Pagi tadi, sembat je baju yang tak payah iron, pastu baju Areej pun sembat je mana-mana yang ada kat dalam laci dan masuk dalam plastik... Tak kira pun baju tadi berapa pasang. Sepatutnya bekalkan Areej 5 baju pagi dan 5 baju malam... Takpe lah, petang nanti masa nak jemput Areej tanya balik kat kakak tu berapa pasang baju dia kat dalam plastik saya bagi pagi tadi... Huhuhu~~~ Teruk betul la mak ni... (-_-)

Bila dah buat kerja extra, masa uruskan keluarga kena pandai atur... Kalau tak, makan minum anak suami semua tak terurus... Huhuhu~~~ CNY dah dekat, tak lama lagi sibuk nak siapkan tempahan CNY pulak, Bertambahlah serabut kalau tak belajar urus masa dari sekarang... Huhuhu~~~ Tapi Alhamdulillah buat masa sekarang masih berjaya jadi SUPER IBU!!!.. Dapat buat kek, dapat masak, cuci kain dan kemas semua dalam satu masa... Cuma semalam je tak betul sikit sebab baru je balik dari kampung dan masa mengurus kerja terlalu pendek... =D

Kek dah bertambah beberapa jenis... Tempahan untuk CNY kini dibuka... Kalau nak order boleh CALL terus ke 016-8778071 (Yatie)





No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~