Monday, March 24, 2014

Macam tak caya jerr???

Assalammualaikum... Dah berkurun tak update blog... tapi pagi ni rasa senang sikit dan terasa nak update sebab ada berita gembira nak di sampaikan... Awal pagi dah tergelak bila belek-belek tengok FB... Sebelum tu, nak ucapkan tahniah kat geng keras masa kat Jabatan Perangkaan dulu... Mohd Firdaus... Dah kahwin akhirnya dia... Tak lama lagi anak saya pun ada geng keras dia jugak... hihihi~~~

Serius macam tak percaya... Firdaus dah kahwin? yup~~~ memang agak blurr dan hairan kejab.. Yela, dah nama pun kawan, dan satu geng gila-gila masa kerja dulu, mestilah tau perangai pelik masing-masing tu sikit-sikit... Rasanya bukan saya sorang je hairan... Semua kawan-kawan dia kot.... Kalau yang jenis biasa dating dan couple, memang tak hairan lah kan??? Tapi?? yang sorang ni?? Tak pernah pun tau dia ni bercouple, tak pernah dengar dia dating dan semua tak pernah....tup...tup dapat jemputan kahwin... memang la terkejut!!! Alhamdulillah... Jodoh dah sampai... Jangan tak percaya dengan apa yang Allah dah aturkan. Bila jodoh tu dah sampai, maka berkahwinlah seseorang tu... Macam tu jugak dengan saya, tak percaya pun dapat kahwin dengan En.Suami sekarang ni dan Alhamdulillah dapat bukakan hati dia untuk Islam jugak dan kami dan pun dikurniakan rezeki sebagai penyambung generasi... =)

Apapun...walaupun agak blurr... Saya dan En.Suami ucapkan tahniah Kat MOHD FIRDAUS BIN SOLEH serta ISTERINYA NORMAH BINTI MORSALIN... Semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah... AMin... Excited nak datang majlis doa selamat 30hb April 2014 ni... Hihihiihi~~~

Ni la gambar orang mude yang kahwin tu... =P

MOHD FIRDAUS BIN SOLEH

Majlis Akad nikah 22.03.2014

3 comments:

Lyaa Suriany said...

amboi segak pengantin.
diam diam ubi berisi ni.
hehe

Nurhayati Morshidi said...

Orang yang diam2 berisi mmg akan mengejutkan member bila dah buat sesuatu... heheheh~~~

slacker2842 said...

moga bahagia... jadi isteri solehah..

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~