Tuesday, May 20, 2014

Eczema... Areej 7 Bulan dah...

Assalamualaikum... Rasanya dah berkurun tak update blog... sibuk memanjang je kan?? Huhu~~ Yela...dah nama pun bekerja dan ada 2 kerja, macam tu lah rupa sibuknya... Sepanjang membisu ni, Alhamdulillah... Keluarga dan kehidupan semua ok dan bertambah stabil... Areej pun dah besar, esok dah 7 bulan umur si kecik tu... =)

Nakal?? Tak payah cakap... Memang bertambah nakal dan tak terlayan dah dengan kerenahnya yang bermain tak kira siang malam... Tapi, nakal tu maksudnya Areej sihat... Kalau Areej dok diam je macam good boy, maksudnya ada lah yang tak kena ataupun Areej sedang sakit... tapi Alhamdulillah setakat ni semuanya ok je... =)

Cuma bulan lepas, Areej kena ruam kulit yang agak teruk diseluruh badan kecuali muka... Dekat nak sebulan jugak baru sembuh... Kesian Areej... Macam-macam klinik kulit dah pergi, last-last bila dah tak tahan habis beratus-ratus ringgit tapi makin teruk, kawan advice jumpa specialist kulit di KPJ... Dr.Pubalan... 
DAN??? Macam ajaib, serta merta sembuh lepas 2 hari disapu ubat... beransur-unsur kulit Areej mengering dan kembali seperti asal... Actually, doktor kata tu Aczema, cuma ada jenis teruk dan tak... Kebetulan Areej ni kena yang teruk... Rezekilah kan?? Macam mana rupa kulit Areej dulu?? Gambar takde sebab masa nak snap, Areej asyik bergerak, payah nak snap... Jadi, ni yang saya jumpa kat internet dan serupa macam Areej jugak... Kesian bila tengok baby sakit macam ni... Dia nak kata sakit pun tak pandai, cuma menagis je bila dah tak selesa...


Kalau sesiapa ada baby yang kena Aczema, mungkin boleh try ubat sama macam Areej... Specialist tu bagi ubat yang senang nak cari dekat farmasi dan saya jumpa kat Guardian... Physiogel (siang), Eumovate (malam) & Daktarin/Miconazole (siang & malam)... TAK MACAM SESETENGAH KLINIK, kita tanya nama ubat, langsung tak nak bagi tau... Jawapan diorang? Kalau habis boleh datang lagi... OK... MARKETING STRATEGY... Huhuhu~~~ kalau sembuh takpe jugak, ni makin teruk dan melarat... Huhuhu~~~ Jadi, ni je lah yang Areej guna sampai sekarang sebab dia tak boleh guna sabun, shampoo atau bedak...Physiogel utk gantikan semua tu... Eumovate & Daktarin, seminggu je pakai masa betul-betul teruk, lepas tu tak pakai dah...

Guna sampai sekarang untuk kanak-kanak Eczema & kulit sensitif
Guna seminggu je masa kultt betul-betul teruk
Sekarang...Alhamdulillah... Takde dah masalah kulit Areej... Cuma kena berjaga-jaga, sebab Areej kuat berpeluh dan ruam senang nak datang balik... Esok umur Areej dah 7 bulan... Setakat ni, perkembangan yang saya tengok dah pandai merangkak dan tumbuh 2 gigi bawah... Hehe~~~ Comelkan?? (^_^)

MANJA??? Semakin BERTAMBAH-TAMBAH sejak sekarang... Sampai nak tido pun mesti nak kena peluk baru dapat tidur dan macam-macam sikap pelek Areej... Kadang-kadang saya dan En.Suami pun hairan, apasal budak ni makin manja?? Sebab masa kecik dan baby, takde pun manja terlebih macam ni... Mungkin dah membesar dan mula memahami perasaan kot... (^_^)

Masa diluangkan untuk Areej pun agak limited sebab saya buat kek... Cuma kalau saya dah tutup order dan free, memang saya akan jaga Areej 1 hari dan luangkan masa bermain dengan dia... Takpe, korban masa sikit...cari duit lebih pun untuk Areej jugak... Alhamdulillah... Mudah rezeki Areej...


Kalau ada kelapangan bulan-bulan hadapan baru saya update lagi yaaa... hihihi~~~
Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~