Tuesday, May 20, 2014

Melukis Diatas Kek

Assalamualaikum... Sekali nak, 2 sekali kau post... (-_-#) Seni? Seni lah sangat... Mungkin ni kebolehan yang saya turunkan dari bapak kot... Bapak saya ni tangan seni, bagi apa je semua jadi... Masa zaman sekolah, rasa kerja Pendidikan Seni saya yang TERBAIK dan selalu jadi bahan contoh... SEBAB~~ kerja seni tu semua bapak yang buat... Hehehe~~~ **baru nak berlagak... Poyoo~~~ =P

Kalau dulu, berdua dan belum ada anak, tangan ni tak boleh diam dan buat business Veil kahwin... Tapi bila dah ada anak, masa limited dan tak boleh dah nak menjahit... Jadi saya tukar untuk buat bisness kek sebab masa untuk buat kek lebih fleksible dan boleh adjust sendiri... Kalau buat veil, kena menjahit 2 3 4 hari baru siap... Banyak masa terbuang oooo.... nak tengok serba sikit kerja lama??? Klik link bawah ni... =) Rasanya tu cuma beberapa helai dari berpuluh yang dibuat... huhuhu~~~

>>>>>>>>>> Veil by Yati <<<<<<<<<<

Sekarang??? Dah ada >>>>>>>>> YanE's Cake <<<<<<<< dan kerja seni tu saya pindahkan dekat kek pulak... Hihihi~~~ nak tengok kerja seni saya buat??

Kek 17x17 Inci... Gambar Teletubies
Oggy dan Hello Kitty
Mickey Mouse Pink dan Merah..

Atas kek pun boleh melukis... (^_^) Setakat ni, kerja yang paling membanggakan saya sendiri adalah kek gambar TELETUBIES... Kenapa? Sebabnya saya sendiri je paham kenapa dan dah merasa susah nak buat dan saya dapat hasilkan serupa seperti di dalam gambar asal...

Kek bunga-bunga tu saya tak kisah sangat sebab tak rumit...Tapi kalau fondant, saya surender sebab sangat susah dan tak gemar... hihihi~~~ Akan datang dalam minggu ni, Kek gambar TOM&JERRY, POCOYO dan MINION... tak sabar nak buat dan melukis lagi... (^_^)

Take Care people.. =)

Keyword : Drawing Cake, Pixel cake, Draw icing cake, Teletubies icing cake, Teletubies cake, Draw on cake, melukis atas kek, kek bergambar, kek icing bergambar

1 comment:

ieza ashaari said...

Cantiknya. Za tangan keras. Hihi.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~