Thursday, August 14, 2014

2nd Anniversary... Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum... Entry ni masih didalam bulan Ramadhan... Bezanya, ni cuma tentang KAMI... Jangan baca kalau ada yang akan rasa meluat... Seperti kata saya tadi,  saya nak tulis sebab nak abadikan kenangan sendiri kat sini.. Kalau lupa di ingatan, sekurang-kurangnya di blog masih tersimpan kenangan 2014 saya... 

19 Julai 2014... Alhamdulillah ulang tahun kali ni disambut bertiga...bersama Areej kami yang comel... Genap sudah 3 tahun kami berkawan dan 2 tahun kami hidup sebagai suami isteri... 
19 Julai 2011 kami dipertemukan... 19 Julai 2012 kami disatukan... dan... kini 19 Julai 2014... Syukur... =)

Entry tentang Anniversary yang Pertama... >>>KLIK DISINI<<<


Kali ni bertiga, mungkin nanti akan berempat... InsyaAllah... =)

Sepanjang 2 tahun, bohong kalau saya katakan setiap hari BAHAGIA... Dah tentu ada terselit salah faham, tidak puas hati, marah atau geram... Tapi...itulah lumrah berkeluarga...sedangkan lidah lagi tergigit... Semua yang berlaku kadang-kadang buatkan saya terfikir, apa yang saya buat ni? kenapa macam ni? kenapa dengan saya? mengapa saya buat begini? mengapa perangai saya macam ni?
Yela perempuan...mungkin tak semua, tapi saya tergolong dalam kategori wanita biasa... Wanita yang suka membebel, marah, geram, kasar dan kadang-kadang diluar batasan.... Tapi saya beruntung, sebab memiliki suami yang SANGATTTTT penyabar dan boleh bersabar dengan saya walaupun kadang-kadang dia pun tahan marah dengan sikap saya... Jujur saya katakan, saya pemarah dan kasar dan saya selalu stress bila kepenatan... Huhuhu~~~

80% tentang anak dan penjagaan, jujur saya katakan suami yang buat... SYUKURRR lagi sekali sebab dapat suami yang langsung tak berkira tentang anak... Kadang-kadang, seminggu saya tak pernah basuh Areej buang air besar, sebab suami dah selesaikan semua... Saya buat kadang-kadang je, tu pun disebabkan suami tengah basuh kereta, takde dirumah atau tengah makan...

Kalau nak kata saya terlebih puji suami, biarlah, sebab itulah hakikat... Tak semua wanita bertuah dapat duduk ditempat saya... Cuma...saya kena belajar ubah perangai... Kalau saya tak buang sikap panas baran yang ada sekarang, tak mustahil satu hari nanti suami pun akan lari... Kadang-kadang masa bad mood, ada jugak terfikir tentang perangai bodoh yang saya buat... Kadang-kadang buat perangai tak guna akal...dan selalu pentingkan diri sendiri... Huhu...

Love you so much...
Berbalik kepada cerita ulang tahun perkahwinan... Kalau tahun lepas, saya yang buat surprise >>KLIK DISINI<<... Tapi tahun ni Suami pulak yang buat dan saya betul-betul surprise dan suka... (^_^) Suami buat surprise dan ajak berbuka puasa di RUMAH SANTAI... Walaupun tempat tu di lokasi biasa, tapi saya tak pernah pun jejak kaki makan kat situ... Tempatnya Unik dan betul-betul santai... Nak terangkan pun saya tak tau... Hihihi~~~ Suami tempah hidangan laut, bezanya adalah cara masak... Menu yang saya suka kat sini Exotic Lamb dan Sotong Cili kering... Mungkin next time saya nak makan kat sini lagi dan buat aktiviti sampingan kat situ... Dapat buat aktiviti sampingan sebab kat tempat kita duduk makan tu ada waterfall, kolam renang dan kolam fish massage. Hari tu datang tak sempat nak buat apa-apa, kami sibuk nak berbuka puasa dan balik awal. Lain kali bolehlah datang awal sikit dan menikmati suasana pulak. =)

Isteri sendiri buat kek, tapi kami makan kek beli... Hihihi~~~ TQ sayang...

Kalau nak tahu suasana macam mana, boleh pergi ke Rumah Santai, lokasinya di kawasan perumahan sebelum GIANT Tabuan... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~