Monday, August 18, 2014

2nd Honeymoon... Part 1, Cara Buat Kenangan...

Assalamualaikum... Selamat hari isnin... Hari ni saya masih lagi menulis sebab ada kelapangan... Entry ni masih tentang diri sendiri, jadi disarankan tak perlu baca...sebab risau ada yang muntah kaler hijau... Hiihihi~~~ Seperti yang saya katakan minggu lepas, saya ulangi lagi... Saya nak tulis sebab nak abadikan kenangan sendiri kat sini... Kalau lupa di ingatan, sekurang-kurangnya di blog masih tersimpan kenangan 2014 saya... 

Kesian Areej tak ikut... =( Next time ye sayanag...
Honeymoon kedua 7-10 Ogos 2014 lepas, saya dan Suami meluangkan masa pergi ke KL dan Cameron Highland. DEKAT JEeeee~~~ Bukannya ke PARISSss atau BALIiii.... Kalau duit dah berkepuk-kepuk, berkilo-kilo dalam poket nanti baru boleh pergi jauh sikit kott... (^_^)v
Tapi sebelum ke Cameron, Kami transit di KL sehari untuk shopping kain baju raya 2015... Hihihi~~~ Di KL, kalau kita setakat shopping dan jalan-jalan biasa je, memang takde kenangan... TAHU MACAM MANA NAK BUAT KENANGAN DI TEMPAT YANG BIASA DIPERGI?? Ni cara bodoh yang saya dan suami buat... Best jugak... Hihihi~~~ Cerita di bahagikan kepada 2 part, sebab ada 2 lokasi... =)

~~~HONEYMOON PART 1~~~

Di KL... Saya dan suami hidup dengan WAZE... Biasa lah bila org luar ni, macam-macam je GPS yang akan keluar. tapi saya lebih senang dengan waze sebab dah biasa pakai. Kami sampai di KL dalam Jam 9 pagi, sampai kat hotel masih tak boleh nak check-in. Jadi kami tinggalkan beg di hotel dan jalan-jalan beli barang keperluan lain... Apa lagi?? Jakel dan Jalan TAR sampai ke tengah hari dan Check-in jam 1 petang. Siap je check in terus bermula misi saya dan suami...

Mission... Pergi ke KLCC... (^_^) Mula-mula, on waze dan cari lokasi... Lepas tu, pandang kat langit, nampak tak menara KLCC? Hihihi~~~ Teksi?? Tak Nak!!

Guna waze cari tempat... =)
Jadi bermulalah perjalanan kami... BERJALAN KAKI DARI JALAN TAR menuju ke KLCC... 2.5km... Jauh?? Agak jauh untuk berjalan kaki... Dalam waze tulis 1.5km je sebab kami dah jalan lebih 1km baru ambil screenshot... Kalau tengok waze macam dekat je... Sebab tulah kami confident nak buat. Tapi kami takdelah ikut 100% waze tu. Kami jalan merentas blok bangunan, jalan lurus je menuju ke arah menara KLCC... Sambil jalan, sambil rujuk kat waze dan tengok menara tu semakin dekat, semakin dekat dan dekat...... Hihi...

Nampak menara semakin dekat kan? =)
Bila bersama suami, semua perkara kita seronok buat. Semangat tu lain, sebab kita yakin dia ada bersama. Sebab tu penat berjalan dah tak terasa. Kalau nak diikutkan hati, rasa kaki nk dah nak patah kot. Tapi disebabkan seronok, semuanya hilang... Gembira je yang ada..... (^_^) Berapa lama perjalanan, saya tak pasti. Saya tak nak tengok jam, sebab nanti terasa lama dan penat kalau mengira masa... Jadi teruskan berjalan dan berjalan... Alhamdulillah, akhirnya KLCC dah didepan mata. Penat...tak payah cakap... =)

Ni bukan aktiviti SAKAI yee... Ni sekadar nak berseronok... Yela, kalau tengok omputeh jalan-jalan, diorang pun jalan kaki pergi mana-mana kan? Tak salah kalau kita nak merasa apa yang diorang buat... Ni cara saya dan suami buat kenangan, ada jugak cerita bulan madu untuk kami simpan bersama.. (^_^)

Rehat kat Starbucks
Dah sampai ke KLCC, bukannya KLCC yang dicari... AQUARIA sebenarnya... Tapi memandangkan Aquaria tu terletak kat KLCC, jadi kena cari KLCC dulu... Sebelum teruskan ke Aquaria, berhenti sekejab rehatkan kaki di Starbucks... TIRAMISU CHOCOLATE CHIP FRAPPIUCINO... Benda tulah yang buatkan saya Diarrhea selama 4 hari dah musnahkan seluruh perjalanan saya... Huhuhu~~


Aquaria... Ikan memang besarrr... tapi tak terkejut sebab dah biasa tengok ikan besar... Hihihi~~~ Yela...kan dah biasa ikut bapak g memancing dan tengok hasil tangkapan... Hasil tangkapan pancing lagi besar dari ikan Aquaria kott... (^_^) Cuma terpegun bila tengok ikan Exotic dan tak pernah jumpa je... Bila jalan-jalan macam ni dengan suami, rasa macam zaman bercinta pulak... Chewaaaahhhh!!! Hahahhaa... Memalukan... Tapi tu la hakikat, kalau tak bila lagi nak berdua. Masa ni jalan berdua, next time mungkin akan bawa Areej pulak... =) Dalam Aquaria dekat nak 2 jam, sebab memang jalan perlahan dan bermain dalam tu...

Lepas Aquaria, jalan-jalan kat dalam KLCC. Masa tu berfikir sama ada nak balik jalan kaki ke guna LRT... Adik dah whatsapp peta LRT untuk memudahkan perjalanan kami. Jadi, memandangkan dah betul-betul penat, guna LRT je lah, lebih cepat nak sampai dan berehat... =) Peta LRT? Nah kalau tak pernah tengok... Saya pun baru tengok peta ni... =P

Peta LRT
LRT yg kami naik jam 6.30 petang... Memang syokkkk!!! Hari jumaat, naik masa penumpang lain pulang kerja... Ikut la sekali dan berhimpit dengan penumpang balik dari kerja yeee.... Huhuhu~~~ Bau? Tak payah cakap, paham-paham je lah... (^_o)
Sampai hotel... terus TIDO sebab kepenatan tahap cipan... Esok 7 pagi gerak ke Cameron pulak... Yippie... =)

END OF PART 1...
Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~