Thursday, August 14, 2014

Cerita Sepanjang Ramadhan 2014

Assalamualaikum... Sepanjang bulan Ramadhan memang takde update apa-apa cerita pun. Kalau nak update satu persatu, jenuh jugak nak taip. Jadi, saya padatkan semua perkara dalam satu ye... Tak perlu dibaca pun, saya nak tulis sebab nak abadikan kenangan sendiri kat sini.. Kalau lupa di ingatan, sekurang-kurangnya di blog masih tersimpan kenangan Ramadhan 2014 saya... (^_^)

Salah satu cerita saya nak share adalah perkara yang YanE's buat pada pertengahan Ramadhan... Tujuan utama nk buat sedekah bubur masa tu bukanlah sebab nak menunjuk-nunjuk. Tapi, Allah dah bagi rezeki lebih dan jalan rezeki kat kami untuk pandai buat kek, tak salah kalau kami nak kongsi rezeki dan kegembiraan tu bersama orang lain... Kalau nak sedekah, tak perlu banyak, sikit pun dah cukup yang penting hati tu ikhlas nak buat dan orang yang menerima pun gembira dengan apa yang mereka dapat...
Mak tolong kami buat sekawah besar bubur lambuk ayam... Air tangan emak, tentulah sedap dan saya bukan nak puji sebab bubur tu emak saya buat, tapi sebab memang betul-betul sedap. Masa nak sedekah pun kami berpuas hati sebab kami pasti yang makan tu pasti akan gembira.... Seronok sangat-sangat, sebab ni pertama kali kami buat sedekah macam ni...
Sebenarnya, niat saya dan adik adalah nak sedekahkan sebiji Kek ke surau pada setiap malam sepanjang Ramadhan... Tapi... Niat tu tak kesampaian sebab kami terlalu sibuk dengan perkara lain. Jadi, untuk meneruskan niat bersedekah tu, kami tukarkan kepada bubur. Yang penting, niat kami nak buat sedekah tu terlaksana dan takde lagi hutang niat... Alhamdulillah... =)


Cerita lain pulak... Ada satu pengalaman yang seronok berbuka puasa bersama keluarga di tengah padang Merdeka, Kuching. Aktiviti tu diadakan oleh salah satu kumpulan fotografi, nama dia saya tak ingat. Kami sekeluarga pantang tengok iklan aktiviti macam ni, dah pasti akan join sama. Kalau tak sekarang, bila lagi kita nak merasa masa berkualiti bersama? Kadang-kadang semua ada hal masing-masing dan susah nak berkumpul sekeluarga. Jadi bila adakan aktiviti macam ni, sekurang-kurangnya semua akan lapangkan masa seketika untuk duduk selantai.... Makanan yang dibawa pun simple je, yang penting semua seronok... =)


Selain tu, pada bulan Ramadhan ni buat pertama kalinya kami buka tempahan kek untuk Hari Raya.. Memandangkan pertama kali, kami tak berani nak ambil risiko buat banyak kek... Saya bukak dalam 150-200biji kek je. Tapiiii...tu pun dah parah sebab silap kami tak pandai mengatur masa. Saya tak ambil cuti untuk siapkan tempahan awal... Bayangkan kami cuma ambil 3 hari untuk siapkan 200 tempahan... Boleh bayangkan tak macam mana rasanya? Saya dan adik tak tidur sampai 3 hari...dan delivery sampai tengah malam... Huhuhu~~~
Kalau nak kata bodoh pun tak kisah... Ni lah namanya proses nak belajar.... YAAA~~~ Kami masih lagi belajar. Banyak perkara yang kami kena belajar sebab kami baru je nak mulakan semua ni. Alhamdulillah, sewaktu ziarah Hari Raya banyak saudara bertanya dan bagi tunjuk ajar macam mana nak buat semua ni... InsyaAllah tahun lain kami lebih sistematik... =)

MUNGKIN.... 
-NO DELIVERY
-50% DEPOSIT
-PREMIUM KEK (>>RM70)
-NO COMPLICATED CAKE (Kek bertopping)

InsyaAllah... Semua tu akan difikirkan untuk jangka masa panjang...


Doakan apa yang kami buat sekarang akan berpanjangan dan dimurahkan lagi rezeki... Amin... =)

Iklan budak kecik... =)


Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~