Friday, August 15, 2014

Syawal 2014 Kami Bertiga Sekeluarga

Assalamualaikum.... Hari ni, hari kedua sy mengisi blog.. Berakhir dah entry sepanjang Ramadhan, bergerak pulak ke bulan Syawal... Hari Raya tahun ni dah sambut bertiga... Seronok rupanya bila berhari raya bersama anak dan suami... Paling best part baju raya sepasang, dalam gambar pun nampak menarik sebab semua sedondon... (^_^)



Ada 2 warna je gambar family yang dapat ambil bersama, Areej ada satu lagi baju melayu merah yang kami ada sepasang. Tapi budak kecik ni payah nak diambil gambar.. Hihi~~~ Orang kata berhari raya dengan budak kecik ni payah, tapi Alhamdulillah berhari raya bersama Areej tak susah pun. Areej tak banyak ragam di rumah saudara. Kalau penat dia tidur, kalau bangun dia akan bermain dan makan bersama. Alhamdulillah Areej good boy. Saya boleh driving dan bawa Areej sendirian apabila berjalan ziarah tanpa suami, sebab suami dah masuk kerja pada raya ke-4... Nanti kalau dah ada adik, jaga perangai baik macam ni je ye sayang... =)

Baju Raya Areej... macam-macam versi ada... Hihi... =)
Saya driving bawa Areej dalam baby bag, sebab suami dah masuk kerja
Alhamdulillah... Pada hari raya ke-4 rumah kami buat makan-makan dan rumah terbuka... Sebenarnya kami tak pernah buat rumah terbuka dari kecik... Mungkin ada, tapi tu pun rasa nya dah lebih 10 tahun yang lepas... Yela...kami bukan dari keluarga senang, mak bapak tak mampu nak buat masak-masak untuk tetamu.. Tapi sekarang dah ada anak-anak, rezeki lebih kami buatlah rumah terbuka sebagai cara untuk bersedekah... Mak dan bapak pun tentu gembira bila tengok adik-beradik dia beramai-ramai datang melawat, sebab kalau bukan hari raya, bila lagi makcik pakcik nak datang berkumpul...


Memandangkan kami tak pernah buat makan-makan, jadi tak terfikirlah akan mendapat sambutan dan ramai saudara yang datang. Kami sekeluarga seronok walaupun penat... tak penat mana pun, sebab takde cerita cuci-mencuci. Kami guna pinggan dan cawan pakai buang je. Supaya takde yang penat di dapur. Hidangkan pun terus guna kawah supaya tak perlu nak refill berkali-kali... Hihihi~~~

Dihidangkan dalam kuantiti yang besar supaya tak jenuh nak refill... =)
Memandangkan dah hari raya ke-4... Saya sendiri pun dah tak larat nak makan kari dan rendang, jadi kami buat menu biasa dan semua orang masih boleh makan... Menu utama adalah Mi Sup.... Mak dan kakak masakkan sekawah besar Sup Daging (10kg) dan dihidangkan bersama mi kuning, mi kue tiaw dan bihun.. Menu lain ada jugak macaroni cheese, ayam claypot, ayam kacang ma... Dan sasaran utama tetamu dirumah penjual kek adalah KEK... hihihi~~~ Tapi memandangkan tak larat nak buat, saya cuma sediakan Kek Coklat, Red Velvet dan Lapis india... Semua saiz 12x12inci... Semua kek licin bersama makanan lain... Alhamdulillah... =)

Semua kek licin... Besar tau saiz 12x12... Alhamdulillah semua suka... =)
Rasanya, kami buat perancangan yang baik... Sebelum, sewaktu dan selepas tetamu hadir, kami takde kepenatan. Penat pun cuma disebabkan melayan tetamu yang datang bertandang dari tengah hari sampai ke malam... Selebihnya semua enjoy sebab takde jenuh nak cuci itu ini... Cawan, pinggan, sudu semua pakai buang dan sediakan plastik hitam besar di semua sudut tempat. Jadi lepas makan terus buang dan tak perlu nak kemas-kemas... Cuma luangkan masa untuk melayan tetamu hadir... Sistematik kan? hihihi... Sistematik la sangat... =P

Hari raya ke-enam kalau tak silap... Kami sekeluarga menyambut Birthday Ogos... Bapak (1 Ogos), Mak (12 Ogos) dan Abang Sulung (4 Ogos)... Kami ni semua benda nak instant sampai birthday pun instant. Yelaaa...tak nak penat nak? Semua nak makan kan? Bila nak cuci nanti semua mengelak pulak... Terutamanya saya... Hihihihi~~~ Jadi, kami beli kek dan order pizza.. Simple kan? (^_^)

Nampak tak Kek Secret Resipi tu? cantik semacamkan? Takde jual kan? Itulah kerja anak yang kreatif. Buat kek untuk customer nak, tapi bila part sendiri, cepat je pergi beli... Pastu Deco cucuk pokok kelapa sikit, SIAPPPP.... Hehe... =)

Walau apa pun... Hari raya tetap seronok walau berapa pun umur kita... Yang penting satu keluarga boleh berkumpul dan bersama... Tahun ni abang sekeluarga yang tinggal di Miri tak datang, sebab kakak ipar saya dah terberanak masa hari raya... =) InsyaAllah tahun depan semua ada bersama... =)

Sekarang masih dibulan Syawal... Jadi tak terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin... (^_^)v

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~