Thursday, August 14, 2014

Update 1st... Perkembangan Si Tomey Areej...

Assalamualaikum... Update pertama tentang Areej, hari ni umur dia dah 9 bulan 3 minggu... Itulah buah hati Ayah dan Ibu... Penenang jiwa walaupun kadang-kadang ada jugak perangai yang menyakitkan hati sebab suka kacau Ibu dia buat kerja... Hihi~~


Apa perkembangan Areej? Op kos lah ibu dia nak puji dia semakin cerdik... Kalau bukan Ibu sendiri nak puji, siapa lagi? Tak perlulah nk tunggu orang lain puji kan? (^_^)

Perkembangan pertama : 

## Gigi pertama areej tumbuh pada Hari Ibu 2014. Sekarang ni dia dah ada 10 batang, 4 atas dan 6 bawah... Ada yang kata perkembangan Areej cepat sebab gigi Areej cepat tumbuh... Alhamdulillah... =)


Perkembangan kedua :

## Areej dah nak pandai berjalan... Pertama kali dia balikkan tubuh pada 21 April 2014, masa tu umur dia genap 6 bulan... Tak lama lagi Areej akan berjalan sebab Areej dah boleh berdiri perlahan-lahan, cuma lutut dia je bergetar takut bila dilepaskan... (^_^) Bila dah nak pandai berdiri ni, makin payah nak kontrol, lebih-lebih lagi bila tengok makanan.

Malam tadi, Ayah dia makan jagung duduk sebelah Areej. Ingatkan nk kopek kecil-kecil untuk suapkan. Tapi Areej dah tak boleh nak tunggu, dia berdiri dan terus gigit je jagung tu, padahal masa tu ayah dia tengah makan... Bila dia buat keletah macam ni, seronok je tengok... =) Comel kan? hihi..


Perkembangan lain :

## Perkembangan lain-lain tu, semua benda Areej nak buat. Seronok tengok anak sendiri membesar depan mata. Bukti cinta Ayah dan Ibu Areej la ni kan? lahirlah Areej yang comel... Wajah Areej ni lebih kepada saya rasanya. Saya suka bandingkan gambar saya masa kecik dengan Areej sekarang. Memang sepasang...tapi Areej ni ibu versi lelaki... (^_^)

Cuba tengok gambar kat bawah, kiri tu ibu dan kanan tu Areej... Sikit je yang sama, Areej lebih comel... (^_^)


Kalau nak cerita pasal Areej dari A-Z sampai bila-bila pun tak habis... Rasanya, setakat ni je dulu... Nanti buat lagi cerita tentang Areej... Lepas ni nak update cerita lain pulak tentang perkembangan diri sendiri pulak... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~