Tuesday, October 28, 2014

1 Tahun ELDRINE AREEJ

Assalamualaikum... Sepi je blog sebab selalu sibuk dan takde masa nak update... Kali ni memang betul-betul super late post... Hari ni, nak simpan kenangan Sambutan Hari Lahir Areej 1 tahun yang saya buat pada 18 Oktober lepas... Tarikh sebenar Areej dilahirkan adalah pada 21 Oktober, tapi sambutan diawalkan sebab 21hb tu jatuh pada hari bekerja... Alhamdulillah semua berjalan lancar...


Sebagai ibu, keseronokkan tu dirasai apabila melihat anak membesar... Setiap perubahan Areej dirasai hari demi hari...dan rasa macam tak percaya Areej dah berumur 1 tahun... Rasa macam baru semalam dia dilahirkan... =) Setiap detik perkembangan Arrej dirakam melalui gambar dan saya susun satu persatu dijadikan kolaj... (^_^) Rajinkan ibu Areej... =)

Posting tentang KELAHIRAN ELDRINE AREEJ BIN ELDRINE ADDIN bolehlah klik >>DISINI<< kalau ada yang nak baca... =)


Ibu Ayah mana yang tak gembira kalau anak membesar sihat... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh bagi adik kat Areej pulak... Kesian tengok Areej bermain sorang takde teman...


Alhamdulillah... Majlis Areej dibuat sederhana je... Yang penting tetamu yang datang berpuas hati menjamu selera dan memang niat saya untuk "TAKE AWAY DIBENARKAN" dan saya siap sediakan plastik dan bekas makanan untuk bungkus apa sahaja makanan, terutamanya KEK... =)


Menu yang dijamukan untuk tetamu semuanya unlimited dan Alhamdulillah semua berpuas hati makan dan siap bungkus layan diri untuk dibawakan untuk orang rumah yang tak dapat hadir... Syukur....



1. Bihun Belacan : (Super Sedap sebab kakak saya original resipi Okayyyy...##mom##laksa##)
2. Western : (Sheperd Pie, Baked Macaroni Cheese, Beef Sosej, Tampura Nugget, etc)
3. Cakes : (Death Chocolate, Choc Cheese Cake, Japanese Cheese Cake, Strawberry angel Cake, Almond Carrot Cake, Apple Raisin Cake, Red Velvet Cake)
4. Dessert : (Puding Caramel, Cheese Tart, Egg Tart, Marshmallow dip Chocolate, Apam Polkadot, Chocolate Cupcake, Red Velvet Cupcake, Blondies, Kueh Seri Muka,
 Popia goreng)


Saya buat banyak-banyak sebab dah niat nak sedekah dan kongsi rezeki apa yang ada... Nanti InsyaAllah nak buat lagi untuk open house raya 2015... Bila kita buat tetamu happy, InsyaAllah berkat apa yang kita buat... Sambil-sambil makan tu, kami bermain permainan yang fames dizaman kanak-kanak... "MAIN POK"... Tak tau la pulak budak moden dan budak bandar sekarang tahu ke tak apa menatang yang MAIN POK tu... ala-ala judi kecik, tapi yang ni hanya untuk berseronok je dan takde main duit pun... =)


Semua tetamu yang datang dapat doorgift dari Areej... Tapi ada jugak 2 3 orang yang saya tertinggal dan terlupa nak bagi... Mohon maaf ye... =( Kalau nak tempah, boleh pergi ke FB kak Maira Zura... Gerenti berpuas hati sebab kerja tangan kak Zura ni halus dan ikut apa yang kita nak... =)


Apa pun... Saya nak ucapkan terima kasih buat semua yang hadir, terharu jugak sebab korang sudi datang walaupun ada yang baru je turun flight dan turun dari bas, penat-penat pun tetap nak datang... Kalau ada adik beradik yang berkira sangat nak datang tu padahal takde halangan pun, serius saya kecik hati... Tapi apa boleh buat, suka hati engkau lah... Asal ko bahagia... Bukan sekali ni, tapi dan berkali-kali... Simpan dalam hati je... Huhuhu~~~ (-_-) Mode bersedih kejab... =( Yang ikhlas sedih tak boleh datang, takpe lah nanti bole datang open house raya 2015... Saya buat kek banyak-banyak yee... =) Hihihi~~~

Lagi satu, ibu Areej tak perlu nak beli mainan untuk Areej untuk masa beberapa bulan ni sebab stok mainan Areej dah cukup disebabkan hadiah-hadiah kalian... Terima Kasih lagi sekali... =)


Semoga hidup kita dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki... Amin... =)

2 comments:

ieza ashaari said...

Happy belated birthday areej..kjp je kn dh besar. Ritu msa buat beday darwish pun, ada yg xdtg sbb kata sgn..sedih je..

Btw, semoga areej mmbesar sihat dan mnjd ank yg soleh..

Nurhayati Morshidi said...

Time Kasih kak... Amin... =)
Betul, rasa kecik hati jugak sbb yg x dtg tu org dekat kita, bukan jauh pun... xpe la... yang penting anak sendiri sihat membesar... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~