Wednesday, October 29, 2014

Rezeki Sempit... Belek semula...

Assalamualaikum... 2 3 hari ni selalu terfikir dan tergerak hati nak menulis... Perkara ni biasa yang semua orang dah tahu.. Pernah tak kadang-kadang terasa rezeki selalu sempit dan tak cukup walaupun dah terima gaji?? Kalaulah benda macam tu berlaku kat kita, cuba kita belek-belek semula apa silap yang kita dah buat... Sebab, duit yang berkepuk-kepuk pun, kalau tak berkat, memang tak akan pernah cukup...

Salah satu puncanya... Hutang dan kedekut... Kat siapa yang ada kita berhutang tapi tak bayar?? Kalau duit masuk pernah tak kita nak berkongsi sesama kita atau keluarga?? Selain tu... Ikhlas ke tidak dalam buat kerja?? Masa kerja, buat kerja ke melencong?? Fikir balik dan renung-renungkan...
(**Diam 3 saat dan fikir dulu)


Kadang-kadang, saya sendiri mengalami perkara macam tu jugak... Ada duit, tapi kenapa tak cukup? Tetiba je kereta rosak, perlu itu, perlu ini... Padahal sebelum tu ok je... Masa itulah baru buat renungan balik...Apa silap aku ye??? Apaa?? TinGGGgggg!!! Memang ada... Huhuhu~~ Bila dah tau ada silap, harap-harap apa yang sangkut tu diselesaikan secepat mungkin... Supaya Allah lancarkan rezeki kita dan permudahkan semua urusan...

Kalau rezeki tu berkat, duit 10sen dalam poket pun takde masalah... Ada je jalan yang Dia bagi untuk mudahkan urusan kita seharian... Nak contoh??? Duluuuuu... Pernah hujung bulan saya betul-betul kering sampai takde duit nak makan tengah hari... Tup-tup tengah hari tu ada Cikgu bagi makanan kat semua staff sebab dia naik pangkat... Masa tu memang rasa syukur sangat-sangat. Ye la... kalau tak, memang jadi semut la ikat perut sampai ke petang baru makan di rumah... huhuhu~~~ Selain dari tu, memang ada banyak lagi miracle yang pernah berlaku bila dalam kesempitan... Setiap kali terjadi, saya akan fikir... "Ini ke Reward sebab rezeki aku berkat??" Kalau ini reward yang Allah bagi, Alhamdulillah... 

Menulis tengah hari macam ni sekadar nak buat renungan untuk diri sendiri dan beringat... Banyak lagi nak tulis, tapi otak ni beku kejab sebab tak boleh nak fikir bila perut lapar... (^_^) Sekarang masa makan tengah hari, jadi saya nak keluar makan... Asslamualaikum...

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~