Monday, November 3, 2014

Baking Class @ Ur Kitchen

Assalamualaikum... Salam pagi Isnin... Pagi yang semangat untuk mulakan kerja, sebab kek tak siap lagi, saya di ofis kerja seperti biasa, tapi kek nak delivery jam 6 petang... (-_-)

Ok...tak nak cakap pasal order... Sekarang nak cerita pasal "Baking Class @ Ur Kitchen".. Untuk pengetahuan, ni adalah baking class a.k.a kelas buat kek, jadi memang fokus untuk buat kek dan kongsi tips & tricks resipi je... Deko-deko bunga-bunga kek takde buat  untuk kelas ni... Tapi saya akan terangkan cara simple untuk cover keseluruhan kek, contohnya Red Velvet... =)


Kenapa takde deko-deko? Sebab, masa yang diambil untuk kelas buat kek ni pun dah memakan masa 4 jam lebih... Bunyi macam pendek je kan? Tapii.. 4jam tu dah cukup untuk buat satu badan penat... Masih larat lagi ke nak blaja deko? Pinggang pun dah sakit dik oiii... Tak percaya? Nak rasa baking non stop 3-4 jam tanpa duduk... =)

Walaupun kelas baking je... InsyaAllah berbaloi dan berpuas hati... Bayaran RM350 untuk pelajari 3 jenis resipi... Sambil tu, saya akan ajar Tips & Tricks untuk jadikan 7 jenis kek melalui 3 resipi yang di ajarkan... 

Untuk kelas deko saaja nanti, saya akan buat 1 kelas khas... Buat 1 kek je, lepas tu fokus untuk deko... OK... InsyaAllah akan diadakan nanti... (^_^)


ALHAMDULILLAH.... Kelas pertama saya dan adik (Ezi) berjalan lancar... Saya dan Ezi yang mulakan YanE's, jadi semua perkara kami akan buat bersama... Kalau takde Ezi, nama YanE's takkan muncul dan wujud...
Syukur semua kakak-kakak berpuas hati dengan Tips dan apa yang mereka belajar... =) Walaupun mereka berpuas hati, tapi kami masih banyak kekurangan... InsyaAllah akan diperbaiki sedikit demi sedikit... InsyaAllah...more class coming soon... Doakan semuanya bejalan lancar ye... Amin... =)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~