Monday, March 24, 2014

Alhamdulillah Rezeki Dibawa Anak... YanE's Cake...

Assalamualaikum... Pagi ni alang-alang saya dah bukak blog, jadi nak update banyak sekali gus... Kalau tak larat nak ikut, tak perlulah baca.. Hihihi~~~


Syukur sangat-sangat dengan rezeki dan jalan yang Allah bagi untuk kami mencari rezeki lebih sekarang ni... Rasanya semua dah tahu saya dan adik menjalankan pernigaan online dari rumah dan menjual pelbagai jenis kek dengan nama YanE's... Mungkin ada yang masih tak tahu dan tanya siapa owner YanE's... =)

Sekarang ni YanE's dah bertambah maju dan ramai yang percayakan jenama kami... Kami sedaya upaya untuk mengekalkan rasa yang sedap dan kualiti kek yang kami sediakan... Experimen demi experimen dibuat dan banyak jugak pembaziran dibuat, akhirnya kami dapat sediakan kek yang tak sama dengan penjual lain... Memang betul, kami tak ada asas kulinari atau asas bakery... Semua resipi kek kami ambil dari internet... Tapi kena faham, bukan 100% resipi internet dan bukan 100% resipi yang diajar oleh internet tu menjadi... Sebab tu saya kata banyak pembaziran dibuat, sebab setiap kali resipi baru, setiap kali tu jugak lah barang-barang kek akan terbazir sebab kek dibuat melalui try&error... Bila tak menjadi, kena try balik dan adjust sikit demi sikit... Kadang-kadang sampai kek yang ke-10 dan tahap kesabaran dah hilang, barulah kek tu menjadi dan rasa dia memang tak sama dengan kek penjual lain... Saya pasti, sebab bila saya buat kek tu, saya akan beli jugak kek yang sama dari penjual internet dan apa yang saya dapati, memang tak sama dan kek kami ada rasa yang tersendiri... Syukur...Alhamdulillah... Allah bukak jalan untuk kami cari rezeki...

Cuma harapan sekarang... Semoga urusan kami dipermudahkan... Saya dan adik bercadang untuk bukak kedai ala-ala secret recipe a.k.a coffee shop... Cuma sekarang tengah nak cari lokasi dan kedai yang sewa berpatutan untuk permulaan sekarang.. Proses nak buat lesen pun tergendala sebab takde gerai... Dah try nak buat lesen dengan alamat rumah, tapi tak lepas syarat-syarat yang diorang bagi sebab item yang dijual tak sesuai untuk produk keluaran rumah... Huhuhu~~~

Target sekarang, bulan 6... Harap-harap impian saya dan adik termakbul dan jadi kenyataan... Semoga YanE's boleh berkembang dan mendapat kepercayaan pelanggan... Amin... (^^,)

KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK LEBIH JELAS... =)






Macam tak caya jerr???

Assalammualaikum... Dah berkurun tak update blog... tapi pagi ni rasa senang sikit dan terasa nak update sebab ada berita gembira nak di sampaikan... Awal pagi dah tergelak bila belek-belek tengok FB... Sebelum tu, nak ucapkan tahniah kat geng keras masa kat Jabatan Perangkaan dulu... Mohd Firdaus... Dah kahwin akhirnya dia... Tak lama lagi anak saya pun ada geng keras dia jugak... hihihi~~~

Serius macam tak percaya... Firdaus dah kahwin? yup~~~ memang agak blurr dan hairan kejab.. Yela, dah nama pun kawan, dan satu geng gila-gila masa kerja dulu, mestilah tau perangai pelik masing-masing tu sikit-sikit... Rasanya bukan saya sorang je hairan... Semua kawan-kawan dia kot.... Kalau yang jenis biasa dating dan couple, memang tak hairan lah kan??? Tapi?? yang sorang ni?? Tak pernah pun tau dia ni bercouple, tak pernah dengar dia dating dan semua tak pernah....tup...tup dapat jemputan kahwin... memang la terkejut!!! Alhamdulillah... Jodoh dah sampai... Jangan tak percaya dengan apa yang Allah dah aturkan. Bila jodoh tu dah sampai, maka berkahwinlah seseorang tu... Macam tu jugak dengan saya, tak percaya pun dapat kahwin dengan En.Suami sekarang ni dan Alhamdulillah dapat bukakan hati dia untuk Islam jugak dan kami dan pun dikurniakan rezeki sebagai penyambung generasi... =)

Apapun...walaupun agak blurr... Saya dan En.Suami ucapkan tahniah Kat MOHD FIRDAUS BIN SOLEH serta ISTERINYA NORMAH BINTI MORSALIN... Semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah... AMin... Excited nak datang majlis doa selamat 30hb April 2014 ni... Hihihiihi~~~

Ni la gambar orang mude yang kahwin tu... =P

MOHD FIRDAUS BIN SOLEH

Majlis Akad nikah 22.03.2014

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~