Monday, December 29, 2014

Penutup 2014... Tak habis tulis, nanti sambung...

Assalamualaikum... Dah lama tak update blog, update hari ni pun mungkin menjadi entry penutup 2014...

2014.... Pelbagai suka dan duka berlaku.. Perubahan kehidupan, rumah tangga, anak-anak, pekerjaan dan keluarga...

KEHIDUPAN... Alhamdulillah beransur stabil dan Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.. YanE's pun bertambah baik dan semakin ramai yang kenal... 

RUMAH TANGGA & ANAK... Alhamdulillah jugak... Segala kebaikan dan rezeki Allah curahkan kepada kami...

PERKERJAAN... Saya kekal dengan 2 pekerjaan... Satu tetap sebagai penjawat awam dan satu lagi sampingan sebakai Baker di YanE's... En.Suami?? Sekarang dah berhenti kerja & InsyaAllah tak lama lagi akan bukak stall gerai makan... Tak salah berniaga secara kecil-kecilan, nanti lama-lama boleh kembangkan... Hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu berniaga sebagai sumber rezeki... Besar atau kecik, tak kisah asalkan halal & sumber rezeki bersih untuk keluarga... InsyaAllah...

KELUARGA... Keluarga semakin kecik... Adik saya yang dah tamat belajar pergi ke KL bersama keluarga abang dan berkerja di sana... tinggallah kami je kat rumah... Agak sunyi bila dah kurang sorang...


Sekarang menghitung hari untuk menutup tahun 2014... Azam tahun ni tergantung jugak.... Ada je halangan & dugaan... Iman x kuat... hihi~~ InsyaAllah 2015 dah janji kat diri sendiri, nak simpan semua duit niaga saya & En.Suami... Tak nak dah boros macam sekarang... InsyaAllah Januari ni dah start nak buat baking room sendiri, renovation kat tepi rumah... Khas jadi baking studio dan tempat saya bermain... =)

Banyak sebenarnya nak tulis, tapi ada je halangan... xpe, saya publish dulu... kemudian saya update lagi entry ni ye... InsyaAllah... Nak keluar jab... =)


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~