Friday, January 2, 2015

1st post 2015... USAHA!!!

HAPPY NEW YEAR!!!!! Wahh~~~ Assalamualaikum... (-_-) 

Tahun dah bertukar... Jadi semangat pun nak tukar... Tahun ni nak jadi super woman... InsyaAllah... Banyak perancangan untuk diri & keluarga tahun ni...

TARGET...!!! 

1. Mesti ada pergi holiday... Walaupun dekat... Mesti pergi... SEMANGAT!!!! 

2. Tak nak BOROS!!! InsyaAllah... Harap tahun ni Coach x buat offer yg sakitkan mata dan nafsu... Huuhuuhuu~~~

3. Saving RM300-RM500 SEMINGGU!!!! Wajib... Saya nak simpan duit, sebab saya nak kumpul duit pegi umrah... (^_^) Alhamdulillah... Niat baik tu, InsyaAlla Allah permudahkan dan bantu...

(Minggu pertama ni dah berjaya, Cun dpt simpan RM500... NEXTTT!!!)
4. Nak baking studio sendiri... InsyaAllah next week dh mula renovation... Nak jugak walaupun studio simple je... =)

5. Dah tentulah nak jadi isteri yang baik dan taat kat suami... Nak kurangkan moody dan kontrol emosi masa penat... (-_-) Dari dulu nk ubah perangai baran ni, tp agak slow nak turun... Alhamdulillah berjaya kurangkan baran dengan buat perangai Childish... hihi~~~ Childish dengan suami je, dengan kawan-kawan macam biasa, slumber dan buat bodoh... huahuahua~~~ =P

2015 ni banyak harapan saya... Harapan untuk diri sendiri, keluarga, suami dan macam-macam... Tapi tak nak tulis sebab tak nak terlalu mengharap... Cuma saya harapkan kami berdua dapat berjaya dalam apa yang kami impikan dan cita-citakan... Cita-cita besar, tapi seperti ada sesuatu yang tak kena dan menghalang perjalanan... Dalam buat apa-apa keputusan, kena fikirkan untuk jangka masa panjang. Tak boleh nak ambik mudah semua hal... Usaha!! usaha!!

Eldrine Areej Bin Eldrine Addin... 1 tahun 2 bulan 2 minggu.. =)

Areej dah besar... nak tambah askar belum lagi... Keadaan dan masa tak stabil... Tak nak sampai anak terabai... Anak perlukan kasih sayang, pembesaran boleh terbantut kalau anak-anak tak cukup kasih sayang... Sekarang pun saya memang cuba bahagikan masa untuk Areej... Kalau saya sibuk, Suami akan ambik alih, kalau suami sibuk, saya akan cuba ambik alih... Tapi kalau dah dua-dua sibuk, kucing kesayangan Areej (Allee) yang ambik alih temankan Areej bermain... 

Kewangan... Alhamdulillah stabil dan Allah tak pernah putuskan rezeki kami... Syukur... Cuma kena belajar nak uruskan kewangan dengan dugaan sifat boros saya... Kena belajar kawal nafsu beli barang... Kalau nak beli emas tu, rasanya takde hal, sebab tu adalah aset dan berguna jugak untuk masa depan.. Tapi yang membazir tu kalau Coach dan lain-lain... (-_-) 

3 hari lagi, umur saya dah 27 tahun... Macam tua je bunyinya... Tak nak rasa tua... Nak jadi muda je... =P Nak kuruskan badan supaya tak nampak berumur sangat... (^_^) sekarang berat naik sebab kalau lewat tidur buat kek malam-malam, perut boleh gastrik dan terpaksa makan... =(

Tahun ni rasanya nak update blog lebih kerap... kalau 2014, update saya boleh dikira berapa helai je... Tahun ni mesti rajin sikit nak tulis... Bukan tulis saja-saja untuk tatapan pembaca, tapi nak tulis sebab simpan kenangan untuk diri sendiri kat sini... 10 tahun akan datang, masih boleh baca balik... (^_^) Diari alam maya boleh bertahan lama sikit, kalau buku dah hancur dimakan anai-anai... =)

Tu je rasanya untuk entry pembukaan... Nanti cari masa lagi untuk update... Salam sayang dari saya dan keluarga... =)


(^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~