Wednesday, January 21, 2015

Areej HFMD... Musim Penyakit Berjangkit

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Kerisauan sepanjang minggu lepas dah berakhir sikit, sebab Areej beransur sihat... Areej terkena jangkitan HFMD dan dehydrated sebab langsung tak boleh menyusu bila ulser penuh kat tekak. Jadi terpaksa cucuk untuk masuk air sampai Areej sihat... Sayu bila tengok anak menagis sakit masa doktor cucuk jarum cari urat. Urat pun masih kecik, memanglah sakit dan susah nak cari.. Sabar je dengar Areej menagis, demi nak dia cepat sembuh...


Areej admit tak lama... 3 hari 2 malam je kat KPJ (Dibayar sepenuhnya oleh Insurans RM2500)... Malam pertama admit tu Areej lembik je dicucuk pasang air. Tapi keesokan harinya, Areej dah seronok dan nakal bermain, sampai nak terjun dari katil dia.. Seronok bila tengok Areej kembali seperti biasa. Ibu dan Ayah mana yang tak sedih kalau tengok anak sakit dan terbaring lemah? Luruh rasa hati tau.. huhu~~~



Hari pertama Areej keluar bintik-bintik, saya tak kisah sangat sebab ingatkan tu cuma ruam biasa. Sebab, sebelum ni pun Areej pernah dapat Eczema yang teruk jugak... Boleh baca kat link ni pasal eczema Areej... >>>KLIK KAT SINI<<<

Sampailah 2 hari, bintik tu semakin banyak dan berair. Saya suspect chicken pox sebab chicken pox pun lebih kurang macam tu jugak rupa dia.. Last-last Areej dah tak boleh nak menyusu lagi, sebab tekak dia tumbuh banyak ulser. Terpaksalah bawa ke KPJ dan admit terus sebab dehydrated. Huhu... 

Untuk yang tak pernah tengok HFMD, macam ni lah rupa dia... Ni yang dah hampir sembuh, masa mula-mula keluar bintik tu, lagi teruk dari ni.. Gelembung-gelembung dan penuh dengan air... Areej pulak tangan tak boleh diam, dia garu sampai pecah, sampai luka-luka... Geram ada, kesian pun ada dengan budak ni... Kesian sebab malam-malam mata dia dah tutup sebab ngantuk, tapi merengek nak digaru ssebab gatal... Alahai anak... =(

HFMD
Sekarang alhamdulillah dah sihat... cuma tunggu masa je bintik-bintik dan bekas tu nak hilang... macam lambat je nak sembuh kalau Areej ni ikut macam ibu dia... Serba serbi jadi parut... huhu~~~


Apa pun, nak nasihatkan... Sekarang musim penyekit berjangkit. Kalau boleh jangan bawa anak ke tempat awam yang sesak. Jangan bagi anak-anak sentuh benda ketika berjalan dan cuci terus kalau dia jatuh kat lantai atau terpegang apa-apa yang kotor... Kena berwaspada selalu... Nanti kalau dah anak sakit, kita sendiri jugak yang susah hati... Anak tu nyawa kita, kena jaga baik-baik... Amanah Allah... =)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~