Saturday, January 3, 2015

Kiidz Clubhouse

Assalamualaikum... Sekarang ni dah senang nak update blog, sebab dah install application blog kat phone... Ni bukanlah kali pertama install, cuma lepas tukar phone hari tu terus takde install dah... Baru sekarang rajin nk buat balik...

Hari ni Areej tak berapa sihat, tak tau kenapa... Sebenarnya pagi tadi sihat je. Tapi lepas saya bersihkan Areej buang air besar guna air paip sejuk, terus Areej bersin tak henti-henti dan selsema. Tiba-tiba je, sebab sebelum ni ok je. Tak pernah pun nak selsema...


Kesian jugak bila tengok Areej lemah, sebab Areej aktif je kalau sihat. Untuk happykan hati Areej, saya dan suami bawa Areej pergi ke Kiidz Clubhouse... Lokasi? Tingkat atas sekali Plaza Merdeka. Saya tau pasal tempat tu pun dari kawan FB... 1jam RM15, whole day RM30... Sangat berbaloi bawa anak-anak bermain kat situ. Mainan ada pelbagai dan menarik.. Parent pun boleh bermain sama.. Hihi..


Hari ini memang hari kami untuk Areej.. Sebab biasanya saya sentiasa sibuk dan jarang ada masa.. Kebetulan minggu ni saya lapang, sebab tempahan penuh bermula minggu depan. Jadi minggu depan memang dah takde masa lagi nak kemana-mana. Sebab masa saya memang penuh kalau dah terima tempahan...

Harap-harap esok Areej bertambah sihat... Risau bila tengok Areej asyik tidur je dan kelesuan. Get well soon ye anak ibu... Ibu sayang Areej...


Take care people... :)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~