Monday, January 5, 2015

My 27th Birthday... Part 1..

Assalamualaikum.... Genab 27 tahun umur saya.. Alhamdulillah...masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga dan anak-anak...

Tahun lepas tak berpeluang nak sambut hari lahir sebab Areej pun masih kecik dan saya baru habis pantang masa tu. Kalau nak celebrate pun tak berapa syok... Tahun ni, Alhamdulillah dapat enjoy sikit... (^_^)

Hari ini, sayalah permaisuri, sayalah puteri, sayalah raja... En.suami layan kesemua kehendak saya.... Hihi... Seronoknya bila dapat jadi yang paling istimewa... Bukan selalu pun kan? Mungkin kali ni je dapat... Tahun-tahun lain, tak tau lagi... InsyaAllah kalau dipanjangkan umur...


1st destinasi... Pagi-pagi lagi saya nak makan mee wantan kat Fly Over satok... Itulah kedai kegemaran saya... Bukan kenny rogers, bukan secret resipi dan bukanlah mana-mana restoran mahal... Bukan tekak branded okayyy!!! :) Tapi...seriusss!! Untuk saya, wantan kat situ memang sedap... Dah pernah try makan kat kedai lain. Ada je yang tak kena dan tak best... Huhu...

Lepas breakfast... Jalan-jalan kejab dan pegi tengok wayang... Yup!! Wayang di siang dan pagi hari... Kamilah pembuka pintu panggung dan peserta pertama kat MBO... Considerlah dah jadi mak orang, jadi masa jalan-jalan untuk kami berdua adalah siang hari... (^_^)
Movie??? The Hobbit... :) Superrrr besttt!!! X menyesal beli tiket... (^_^) nak tau apa best? Sila tgk sendiri... :)



Tapi... Hari ni betul-betul banyak sangat dugaan... Takpe, hikmahnya Allah nak bagi rezeki lebih nanti.. InsyaAllah...

Ujian 1... Lepas tengok wayang, saya delivery kek... Sampai je kek dekat customer, dia terus bukan sebab excited nak tengok... Tapi, dia betul-betul jadi excited dan terkejut sebab dalam kotak tu penuh dengan sarang semut dan semut banyak sangatttt!!!! Mana datangnya??? Mungkin dari meja ofis... Tadi, kek tu sy letak atas meja.. Mana tau semut nak datang... Jadi, kek terpaksa bawa balik dan buat baru... Huhu... Sabarrr...

Ujian 2... Dapat call dari owner kedai... Apa dia bagitau, malas nak cakap... Yang penting tu memang bad news.. Dan risau sangat dengan hal tu..  Dah dapat penyelesaian barulah saya share.. -_-#

Ujian 3.. Encik suami terbabas kat simpang bulatan sebab hujan dan jalan licin... :/ masa terbabas tu, saya takde dalam kereta. Sebab lepas tengok movie, en.suami hantar saya balik rumah. Dia keluar sorang, sebab ada surprise nak buat dan tak nak saya ikut... Tapi, lain pulak jadinya... Huhu...

Ujian 4... Ada lagi... Dah malas nak fikirkan...

TAPI.... Walau bagaimanapun... Saya akan positifkan diri dan tak nak fikirkan semua tu... Hari ni hari untuk saya gembira, bukan untuk fikirkan masalah... Masalah boleh tolak ketepi dulu ye... Huhu.. 

Apapun... En.suami dah datang jemput saya kat rumah... Nak pegi mana lepas ni, saya tunggu je lah... (^_^)


2 comments:

ieza ashaari said...

Kedai fly over satok tu tepi fly over eh? Dlu msa honeymoon sna, mcm gi je kdai tu. Xsure r sbb skali je pegi. Driver teksi yg bw.

Nurhayati Morshidi said...

saya tau kedai yg akak pegi tu... kalau yg biasa driver pelancong pegi, dia akan bw pegi mee kolok hj. salleh... kedai mee wantan tu sebelah kedai yg akak pegi... berjiran je kedainya... =) nnti dtg sini blh try kak... sedap... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~