Thursday, April 30, 2015

Anak oh Anak... Admit lagi... -_-

Assalamualaikum... Sepanjang April takde update blog... Ni dah penghujung bulan, baru terasa nak update.. Tu pun pasal Areej je...

Untuk sekian kalinya, Areej admit lagi... Setiap bulan, Areej akan admit ke hospital atau sakit... Kesian betul budak tu, lemah sangat antibodi dan senang sangat nak sakit. Faktor? Saya tak tau jugak... Salah satu faktor budak-budak takde antibodi adalah sebab tak menyusu badan yang cukup. TAPI...tu tak semestinya... Ada jugak yang breasfeeding sampai besar, tapi tetap sakit-sakit.. Ada jugak yang tak pernah BF langsung, tapi tak pernah sakit... Dah rezeki Areej nak sakit, supaya Ibu & Ayahnya semakin kuat dan bersabar hadapi ujian Allah...


Kali ni, Areej admit sebab jangkitan kuman kat dalam perut... Faktor? Kutip barang kat lantai atau mana-mana dan masuk dalam mulut... Huhhh... Tu benda yang paling susah nak kontrol... Areej ni, memang tak boleh nak kelipkan mata sekejab, lepas tu mesti tengok dia gigit benda dalam mulut, maksudnya adalah benda yang dia jumpa dan terus makan... -_-

Pernah sekali bermain kat luar rumah, saya tak perasan Areej lari kat kawasan pasu... Masa tu tengah sidai baju, jadi tak fokus sangat kat Areej... Tengah sidai baju, tiba-tiba terpandang kat Areej, dia tengah makan tanah kat dalam pasu bunga... Best tak?? Huhuhu~~~ Stress... =/

Takpe... Areej dah besar... Lama-lama hilanglah perangai kutip dan masuk mulut tu... Tengok kat gambar tu pun faham kan??? Tengah masuk barang dalam mulut... hihhihi... Sabar je lahhhh... =D

Take Care People... =) Areej nak lari dulu...



No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~