Wednesday, July 1, 2015

Hari Pengebumian Bapa

Ajal maut Allah dah tentukan... Kita tak akan dapat nak lari kemana pun... Apa yang berlaku, hanyalah penyebab untuk ajal tu sampai.. Ajal bapa dah tertulis 28 Jun 2015 / 11 Ramadhan 1436H, kalau bukan kerana seekor nyamuk, mungkin ada perkara lain yang akan berlaku untuk dijadikan penyebabnya... Semuanya hanyalah untuk dijadikan jalan cerita semata-mata... Kita yang masih hidup, teruskan hidup dan selalu berdoa supaya roh bapa sentiasa tenang di Sana...

Jenazah bapa keluar dari hospital sekitar jam 10.30 pagi... Lambat sebab banyak proses yang dilakukan... Selepas keluar dari hospital, jenazah dibawa ke surau Kpg. Semariang Batu dan diuruskan di sana untuk memudahkan segala urusan... Bapa di mandikan, dikafankan dan disolatkan di surau, dan kemudian barulah dibawa pulang ke rumah...


Tak pernah saya bayangkan rasa memandikan jenazah orang meninggal... Akhirnya hari ni saya merasa dan berpeluang untuk mandikan jenazah bapa. Sewaktu hidup, tak pernah sekali pun saya mandikan bapa sebab bapa sihat dan mampu mandi sendiri... Sekarang saya cuma berpeluang untuk mandikan bapa bila bapa dah tiada... Wajah bapa tenang ketika dimandikan dan berbau harum... Itu lah kali yang terakhir untuk menatap wajah bapa dan mandikan bapa... =,(

Selesai dimandikan, kami keluar dan menunggu untuk dikafankan... Sekujur tubuh, berkain kafan terbaring kaku di tengah surau untuk disolatkan.... Itulah bapa... Terima lah hakikat dan redha bahawa bapa dah tiada dan pergi untuk selamanya...


Saya tak pernah bayangkan kehilangan bapa secepat ni, sebab bapa masih muda, baru 58 tahun... Saya tak tau nak kata apa, tapi kita yang hidup kena sedar... Tua atau muda bukan lah jaminan hidup kita kat dunia ni...

Kami ingatkan dapat berhari raya bersama-sama bapa... Saya dah adik dah belikan kelengkapan untuk bapa beraya bersama... Kain pelikat dibelikan untuk bapa, bukan lah untuk disarungkan di pagi raya... Tapi hanya sempat dijadikan penutup keranda... =,( 

Kain pelikat dibelikan untuk bapa,
bukan lah untuk disarungkan di pagi raya...
Tapi hanya sempat dijadikan penutup keranda


Selepas Zohor, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Semariang... Syukur sebab kubur bapa hanya ditepi jalan dan tak ada alasan untuk anak-anak susah melawat... Jenazah bapa dibawa masuk ke liang lahad oleh 3 orang abang saya... Alhamdulillah...Semua urusan berjalan lancar, cuaca baik dan semua urusan tak ada halangan... Semoga Roh bapa tenang di Sana dan ditempatkan bersama-sama golongan beriman...


Sekarang, kat sinilah jasad bapa tinggal... Bukan lagi dirumah... =,( 


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~