Wednesday, July 1, 2015

Hari Terakhir Bapa Bersama Kami

Assalamualaikum... Ni Entry sambungan dari ENTRY SEBELUM kami dapat tahu bapa kritikal di hospital...

.......Sampai dirumah selepas jalan-jalan, saya dapat panggilan telefon dari customer (Kak Yot) yang datang nak ambil kek yang saya dah siapkan sebelum ke KL... Akak tu kata, dia nampak bapa baring kat lantai, tapi bila dipanggil, bapa tak jawab... Jadi dia tanya saya untuk minta kebenaran masuk rumah bangunkan bapa untuk ambil kek... Terkejut akak tu tengok keadaan bapa dan terus bagitau saya.  Masa tu mak tak ada di rumah, mak tengah uruskan anak saudara kat rumah abang. Saya segera inform kat mak untuk pulang tengokkan keadaan bapa. Mungkin mak tak nak kami risau, jadi diorang kata tak ada apa-apa... Tapi, tak sangka pulak kegembiraan sepanjang hari tu adalah kegembiraan terakhir, dan semuanya berakhir dengan air mata malam tu jugak...

...Dalam jam 10 malam (JUMAAT), ketika kami adik-beradik lepak makan durian kat seberang I-City. Saya dapat panggilan telefon dari abang untuk meminta kami pulang segera ke Kuching sebab doktor kata bapa sangat kritikal dan hanya tinggal 50% peluang hidup. MENURUT DOKTOR, ada luka di kaki bapa yang dia sembunyikan dan tidak dirawat. Luka tu dah dijangkiti kuman dan kuman merebak ke seluruh badan dan memberi kesan kat jantung dan paru-paru yang dah sedia ada sakit... Abang dah tak boleh nak jelaskan apa-apa lagi dan nak kami terus balik & ambil apa-apa flight paling awal... Masa tu, adik bongsu sorang lagi ada kat Puncak Alam dan nak Final Exam pada keesokkan hari... Nak atau tak, adik pun terpaksa ikut balik sekali dan batalkan semua Final Exam dia... Dari I-City, terus pecut ke Puncak Alam untuk ambil adik dan sampai ke rumah Putra jaya dalam jam 1 pagi... Masa tu dah tak boleh fikir benda lain, cuma nak beli tiket balik je... Alhamdulillah ada tinggal 4 kerusi untuk flight jam 8 keesokan pagi (SABTU)... Jadi kami dapat balik cepat...




Sepanjang perjalanan, saya tak dapat fikirkan benda lain... Saya cuma terbayang, macam mana nak teruskan hari-hari tanpa bapa dan berhari raya tanpa bapa? Saya masih nak beraya dengan bapa dan hari raya tak akan lengkap tanpa bapa sekali... Bapa tinggal bersama kami, jadi kalau bapa pergi, memang terasa sangat-sangat... Air mata tak putus-putus sepanjang penerbangan... dalam hati cuma kata tak nak Bapa pergi... =(


Sampai ke kuching dalam jam 10pagi dan terus ke hospital... Kat hospital tak boleh nak jumpa terus sebab bapa dah dimasukkan ke ICU dan masa melawat jam 12.30 tengah hari. Tunggu dan terus tunggu... Akhirnya jam 12.30 tgh hari (SABTU)... Runtun rasa hati bila tengok keadaan bapa masa tu... Wayar berselirat kat badan dan muka, wajah bapa kembang dan sangat-sangat lain... Bapa terbaring kaku dan tak sedarkan diri dengan hos bantuan pernafasan terpasang didalam mulut... Tak pernah tengok keadaan bapa selemah tu, sebab bapa seorang yang kuat dan tabah. Bapa tak pernah mengadu dia sakit, walaupun sakit bapa akan buat macam biasa dan tak nak tunjuk yang dia sakit... Jadi kalau dia sakit pun, kami tak akan tahu sebab bapak memang pandai berlakon... =(


Bila tengok keadaan bapa, saya dapat rasakan bapa memang dah tak ada harapan... Keadaan bapa sangat lemah dan BP sangat rendah... 70/40 dan semakin menurun.... Allahhuakbar... Allah je yang tahu rasa dalam hati masa tu... Tapi masa tu, masih lagi berharap sebab doktor kata bapa boleh jalani pembedahan kat bahagian luka tu kalau BP dia stabil... Jadi kami berdoa dan adik beradik bacakan yasin dengan harapan ada keajaiban yang berlaku...


Jam 1 pagi (AHAD)... Doktor maklumkan supaya semua kami berkumpul di hospital sebab bapa dah betul-betul kritikal dan pembedahan dah terlambat dan tak boleh dilakukan lagi... MENURUT DOKTOR, Bapa dah guna ubat yang maksimum untuk bantu jantung dia bertahan. Doktor nak kami bersedia sebab jantung bapa boleh berhenti bila-bila masa dan tak tau berapa lama boleh bertahan. dan doktor nak minta kebenaran keluarga sama ada nak buat CPR atau tidak kalau jantung bapa berhenti tiba-tiba... Kami semua berbincang dan bersetuju untuk TIDAK buat CPR kalau terjadi apa-apa... Cukuplah kesakitan yang bapa tanggung selama ni, kami tak nak bapa tanggung lebih lagi sebab CPR akan menyeksakan bapa sebab boleh mengakibatkan patah tulang rusuk. Kami akan relakan bapa pergi kalau dah tu takdir dia... Kami Redha... =,(


Selepas berbincang dengan doktor... Kami 8 beradik tak berganjak dari hospital... Semua menunggu di luar ICU dan kami bergilir-gilir masuk untuk jaga bapa.. Keadaan bapa dah kritikal, jadi doktor dah bagi kebebasan untuk kami keluar masuk dalam bilik ICU... Bacaan BP makin menurun... Dari 80 ---> 70 ---> 60 ----> 50 ----> 40 -----> 37/30... Jam 7.30 pagi (AHAD), itu adalah bacaan terakhir yang saya baca sebelum saya keluar dari bilik ICU dan digantikan Adik saya untuk jaga bapa... Saya cuma keluar sekejab je, dalam jam 8.15 pagi saya masuk balik dan BAPA DAH TAK ADA... JANTUNG BAPA DAH STOP dan GARISAN GELOMBANG DALAM SKRIN DAH LURUS.... Sekelip mata je dan jururawat mengesahkan bapa pergi jam 8.10 pagi... Kesedihan tak boleh nak bayangkan tapi air mata dapat ditahan, BUKAN SEBAB EGO... TAPI SAYA REDHA...  Saya merelakan pemergian bapa... Saya terima dengan Redha... Berakhir sudah kesakitan yang bapa tanggung selama ni... 


Saya rela dan dapat terima dengan Redha, sebab sewaktu dalam perjalanan nak ambil adik di Puncak Alam, bapa masih sedarkan diri. Doktor benarkan kami semua bercakap dengan bapa melalui telefon sebelum bapa di tidurkan untuk merehatkan jantung dan menstabilkan keadaan bapa. Walaupun dalam kesakitan, bapa masih dapat bergurau dengan suara lemah... 

Bapa kata, "Janganlah berebut nak pulang, jalan-jalan je shopping dulu. Sebab bapa ok, takde apa-apa." 
Saya syukur sebab masih sempat bercakap dan jaga bapa sehari semalam di ICU, walaupun bila kami jumpa, bapa dah tak sedarkan diri. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu kami dalam perjalanan balik nak lawat dia di hospital... Cuma saya sedih sebab bapa tak sempat jumpa saya masa sedar... Abang kata, bapa cari saya dan sedih bila abang kata saya takde kat sana... =,( Tapi sekurang-kurangnya saya terus call dan bapa sempat dengar suara walaupun tak dapat tengok... =,(


Nama panggilan saya kat rumah
PASAL LUKA DIKAKI BAPA... Sebenarnya kami tahu kaki bapa luka, tapi kami tak tahu seteruk tu keadaan dia. Sebab bapa sedaya upaya sembunyikan kaki dia dari kami dan kami langsung tak boleh nak tengok macam mana rupa luka tu. Bila kami tanya, bapa kata luka sebab dia garu bekas digigit nyamuk.. Bila dah macam tu, kami tak boleh nak buat apa, dan kami tak sangka boleh jadi seteruk sekarang... =,(

Pengebumian bapa... Saya Update dalam entry lepas ni... =,(

1 comment:

ieza ashaari said...

Innalillahi wainnailaihirajiun.

Salam takziah buat adik sekeluarga. Semoga tabah. Bapa pergi dalam bulan yang mulia.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~