Thursday, August 13, 2015

Kenapa mesti Holiday @ Honeymoon?

Assalamualaikum... Mungkin ada yang kata melancong tu untuk orang kaya je. Takde duit macam mana nak pergi melancong? OK... Tu silap sangatttt~~~~

MELANCONG bukan dilabelkan sebagai LUAR NEGARA atau pun JAUH... Untuk saya melancong tu adalah jalan-jalan di tempat yang "asing dan masa bersama"... Kalau KAYA, mungkinlah boleh pergi oversea. Tapi kalau sederhana seperti saya sendiri, tempat dekat dah memadai... Apa yang penting ada "Perubahan Minda" dan "Masa Berkuali"... Itu yang penting...


DULU...diawal perkahwinan, kewangan kami masih tak stabil... TAPI holiday tu MESTI... Saya duduk kuching, jadi Holiday bajet adalah perjalanan dengan kereta... Honeymoon bajet kami buat kat SIBU...6 Jam perjalanan... Walaupun dekat, tapi sangat seronok bila kita betul-betul menghargai masa berharga bila bersama dan berdua... (^_^)

Kenapa mesti Holiday @ Honeymoon?
"Want to be happy? Stop Buying Things and go TRAVEL!!!"

1. Mengubah Minda dan Pemikiran
Fikiran kita akan lebih terbuka bila kita berada di suatu tempat asing. Perbezaan cara hidup, adat, makanan, tempat dan lain-lain akan membuatkan kita berfikir pasal kelainan tersebut.. Kadang-kadang ada yang menarik, pelik dan jelik... Hehe... =)
 "Change Your Thought & You Change Your World"

2. Lebih Menghargai Hubungan
Bila berdua atau bersama keluarga jauh dari tempat asal dan jauh dari orang yang dikenali, hubungan akan jadi lebih erat. Masa sepenuhnya diluangkan bersama dan masing-masing mengharapkan satu sama lain.
"Bonding time!!! Sweet time with husband & Family!!!" 

3. Matlamat Hidup
Kalau hidup dalam zon biasa, biasa jugak lah matlamat kita... Tapi bila dah AIM for holiday atau suatu yang besar, matlamat tu akan jadi lebih besar. Hari-hari keep looking foward untuk hari tu... Hari-hari akan jadi lebih bersemangat sebab ada sesuatu untuk dicapai dalam hidup...
"Travel is to Live"

JADI... Tunggu apa lagi... Jum tukar target... Mula simpan wang dari sekarang, hentikan shopping perkara yang tak penting dan buat tabung untuk bercuti... =)

take care people... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~