Tuesday, August 25, 2015

Krabi Trip 2015

Assalamualaikum... Pagi ni hari pertama turun kerja selepas bercuti 5 hari... Sembab je rasa sebab masih dalam mood holiday... Tapi gagahkan diri jugak untuk pergi kerja dan update blog ni sebab dah ramai yang tunggu... (^_^)


Trip holiday 2015 ke-2 a.k.a Honeymoon adalah ke KRABI... =) Ni first time saya dah suami ke luar negara tau... Sebelum ni dalam Malaysia je... Alhamdulillah ada rezeki lebih... =)

Bila kami pergi? Seperti dalam jadual kat bawah ni...


Kami transit sehari kat KL sebab nak drop Areej kat rumah abang, Areej stay kat KL sepanjang kami ke Krabi.. Bukan sengaja nak tinggalkan Areej, tapi ni first time kami keluar jauh, jadi tak tau macam mana keadaan dan risau jadi kelam kabut. Jadi kami pergi berdua je kali ni.. Next holiday kami akan bawa Areej dan SURE bawa sebab next tiket memang dah beli untuk Areej sekali... =)

Kami TIBA KAT KRABI bukan seperti jadual di dalam tiket, 4.40 petang. Tapi kami sampai sana dekat nak jam 6 Petang.. Penat sangat bila sampai lewat macam tu... Kenapa lambat? saya pun tak pasti..

PERKARA PERTAMA DILAKUKAN BILA SAMPAI KRABI... 

Beli kad sim Thailand... =) 180B je satu untuk pelan internet 5 hari.... Dan terus survey pakej yang ada kat sana... FOR SURE!!! Terus selesaikan bayaran semua pakej dan kenderaan pergi ke Hotel dan balik ke Airport sepanjang kat Krabi... Kalau nak senang, lebih baik selesaikan sekali gus apa yang perlu dibayar.... supaya tak perlu nak pening lagi fikir pasal nak agihkan duit untuk itu dan ini... Kalau pakej dan transport dah selesai bayar, jadi duit yang tinggal adalah untuk makan dan shopping...

Cara saya, selepas bayar semua apa yang patut, saya kira balik SEMUA baki yang masih tinggal dalam purse... Contoh, saya ada baki 10000Bath selepas selesai bayar semua pakej. Terus dibahagikan dan lipat duit berasingan untuk 4 hari di Krabi... Jadi, belanja sehari cuma dibenarkan 250B je... Tetapkan diri belanja tak lebih dari yang dah ditetapkan... DISIPLIN diri... Bila ada baki untuk hari tertentu, bolehlah "carry foward" untuk shopping lebih sikit keesokan hari... Kan senang??? Otak pun tak pening nk kira-kira lagi

Balance : 10,000Bath / 4 Days
Pocket Money = 250Bath / Day

Lepas selesai urusan bayar-bayar... Barulah check-in dan sedia untuk jalan-jalan dan makan malam... (^_^)

BAIKLAH... 
Belanjawan dan Bayaran yang diselesaikan sekali gus untuk 
HARI TIBA DI KRABI

Bas Airport-Hotel : 300B x 2  = 600B
Taxi Hotel-Airport : 600B x 2 = 1200B
Sim Kad : 180B x 2 = 360B

Pakej :
Phi-phi Island Hoping : 1400B x 2 = 2800B
Aonang Safari & Elephant : 1400B x 2 = 2800B
Island Safari & Canoe : 1400B x 2 2800B

 Deposit Hotel : 2500B (Duit dipulangkan selepas Check-out)

Makan malam (Street Food) : 150B

Total duit dalam RM... Pertukaran matawang Ogos 2015

10Bath = RM1.125
13210Bath = RM1486.10

Nexttt Day~~~ Saya update kat post baru...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~