Tuesday, August 25, 2015

Krabi Trip DAY 1

Hari pertama kat Krabi... Awal kami bangun sebab EXCITED sangat-sangat nak pergi ke pulau... Ye la, tengok dalam internet, pulau batu kat Krabi ni cantik, mesti lah excited... Tour Pertama kami hari ini adalah Phi-Phi Island Hoping... Melawat ke 4 jenis pulau dengan Speed Boat... =)

Drees Code untuk Aktiviti hari ini : Swimming suit... pakai siap-siap dari hotel lagi
Bekalan : Sun Glass, Topi & waterproof Camera je... Kenapa? Kalau dah pergi nanti, baru tau... Hihihihi~~~ Tapi, percaya lah, bawa ni je... dan DUIT, untuk membeli belah kat pulau waktu singgah nanti... =) DAN siap-siap pakai SUN BLOCK dan makan PIL MABUK kalau rasa mabuk laut...


Aktiviti hari ini memang seronok sebab ada snokerling... Dasar laut cantikkkkk sangat-sangat... Menyesal sebab saya tak beli sarung waterproof untuk handset sebelum pergi,. Kalau tak, memang saya dah boleh ambil gambar terumbu karang kat dasar laut tu... Cantik gilerrr dan berwarna-warni...

Sunbathing kat Pulau... =)
Snokerling
Lautan Thailand ni memang banyak dengan bukit-bukit batu... dan panorama dia memang cantik... Terpegun kejab bila lalu kat tepi-tepi batu ni dan terfikir macam mana batu macam tu boleh ada kat tengah laut... =)

Kalau tak pandai berenang, jangan risau.. Untuk snokerling tak perlu untuk pandai berenang pun. Sebab terapung sepenuhnya oleh jaket keselamatan dan for sure selamat kalau korang tak buka jaket tu... =)

Trip Phi-Phi Island ni melawat ke 4 pulau. kat pulau terakhir, En.Suami mabuk teruk dan dah boleh nak bangun... Muntah tak henti-henti sampai lemah satu badan.....dan...benda tu lah yang musnahkan perjalanan sebab terus takde mood untuk jalan-jalan kat pulau terakhir yang ada pelbagai untuk dilawati... kami sampai kat pulau terakhir tu cuma untuk tido je kat tepi pasir sebab en.suami dah tak boleh nak bangun... Huhu~~ Jadi, baik jangan cakap besar... Makanlah pil mabuk sebelum mabuk laut tu musnahkan seluruh aktiviti korang nanti... Tak best kalau dah mabuk, satu ape pun dah tak boleh nak buat...

Sampai ke darat... Kami terus balik hotel dan saya hantar En.Suami pergi SPA untuk urut dan buang angin mabuk satu badan... Alhamdulillah, lepas urutan En.Suami sihat dan boleh sambung perjalanan sampai tengah malam... =) Saya sarankan pergi ke SUKHOTHAI Spa & Masage, sebab tempat tu je yang sedap mengurut. Tempat lain, cuma sakit je lebih dan tak rasa urutannya...

Sukhothai Spa
Memandangkan En.Suami tak berapa sihat...jadi tak boleh banyak berjalan... kami sewa Scooter yang berharga 200B untuk 24 jam... Besttttt bawa scooter kat tempat orang, moto dia pun comet je.. (^_^)
Bila pakai moto, bolehlah melencong jauh sikit dan jelajah sekitar pekan Aonang... =)

Sewa Scooter 200B 24 Jam
Makan malam, pilih tempat best sikit... Sikit je...bukan street food... Tujuan cuma nak bandingkan rasa makan kedai dan tepi jalan... TAPI... Memang out!!! Sebab street food lagi sedap... WAJIB MAKAN!!! Banana Nutella Pancake & Mini Pancake, ada jual kat mana-mana tepi jalan... 50B dan 20B je... hihihi~~~

Banana Nutella Pancake & Mini Pancake

Lepas jalan-jalan...Singgah kat mana-mana untuk beli Souvenir dibawa balik nanti... =) PASAL MAKANAN HALAL KAT KRABI... SENANG NAK CARI... SEBAB KRABI MEMANG ADA ZON MUSLIM... Jadiii~~~~

Belanjawan Untuk hari Pertama Di KRABI... =)

Street Food & Tit Bits : 380B
Keperluan Tour (Selipar Jepun, Topi beach, Waterproof Cover) : 1120B
Spa & Masage : 400B
Dinner : 580B
Souvenir : 1800B
Sewa Motosikal : 200B

TOTAL : 4480B = RM504

Day 2... Next Post~~~ (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~