Tuesday, August 25, 2015

Krabi Trip DAY 2

Hari Kedua kat Krabi... Kena bangun awal jugak sebab trip mula jam 8.30 pagi... Nama trip hari ni Aonang Safari... Ada 4 lokasi untuk dituju : Hot Stream, Emerald Pool, Monkey Cave dan Tunggang Gajah.

Sebelum bermula trip, kami keluar sarapan pagi dulu, street breakfast... =) murah dan sedap.. Kalau nak jalan kaki je pun boleh, tapi kami hari ni guna moto, sebab moto yang disewa semalam masih ada lagi, hantar balik jam 6 petang nanti...

Street Breakfast
Dress Code untuk Aktiviti hari ini : Swimming suit... pakai kat dalam dari hotel... Kenapa? Buat je, nanti dah pegi tau lah kenapa... =)
Bekalan :  Bawa baju santai extra untuk bertukar kemudian... =)

Aktiviti hari ke dua agak santai, sebab mandi sungai, melawat tokong tinggi lebih kurang macam batu caves dan menunggang gajah... Saya tak tahu dress code untuk hari ni. Jadi saya takde bawa baju untuk mandi sungai dan takde bawa baju extra. Jadi agak sedih sikit sebab tak boleh nak mandik manda macam orang lain... 

Seronok kalau dapat mandi kat sungai air panas dan emerald pool tu, rugi sangat-sangat... Apa boleh buat, info tak cukup... jadi tu la padahnya... Emerald pool tu cantik gilerrr... Air sungai biru yang terletak kat tengah-tengah hutan... pelik kan? Tapi tu lah hakikatnya, rasa mcam tengok air laut sebab biru dan jernih je... Rugi bila tak boleh nak berenang.. Niat asal nak je berenang, sebab kami dah basah bila terjun je sekali dengan baju masa singgah kat sungai air panas. Tapi lepas tu driver van bising sebab kami basahkan van dia... Hihihi~~~ Jadi, bila sampai next location, dah takut nak mandi...dan kami beli tikar gulung untuk alas tempat duduk dalam van... Sedihnya... =(

Emerald Pool... Kolam Sungai Biru tengah hutan
Sungai Air Panas Dalam Hutan
Selesai aktiviti ke sungai... kami diberi makan tengah hari... Makan tengah hari termasuk dalam pakej, jadi boleh jimat duit kat situ... =) Selepas makan barulah aktivi yang takde kaitan dengan air... Melawat Tiger Cave Temple dan Tunggang gajah... Temple tu lebih kurang macam kat Malaysia, Batu Caves... Dia ada tangga untuk naik ke puncak temple dalam 1200++ lebih anak tangga. DAN kami tak naik pun, sebab bila tengok dari bawah pun dah rasa macam semput nak naik... Hihi~~~ Stamina tak cukup, tak payah lah... =) dan banyakkkk monyet!!!

Kat ladang gajah.. Nak kata happy pun tak jugak... kebanyakkan nya hati terasa sayu.. Sebab kesian kat gajah-gajah tu... Ada yang luka dan bertampal ubat kat tubuh diorang. Tuan diorang pun kasar, diketuk-ketuk kepala gajah tu dengan besi untuk berikan arahan buat persembahan... =(
Kami tunggang salah satu anak gajah, untuk dijadikan pengalaman... Seronok tunggang gajah? memang seronok sebab tempat sendiri takde gajah... =)

Tiger Cave Temple
Tunggang anak gajah
Hari ni...Takde nak keluar shopping... Lepas habis aktiviti dalam jam 5 petang, kami balik ke bilik berehat sekejab dan keluar semula untuk jalan-jalan tengok kedai sekitar pantai dan terus makan malam... Nak jalan lebih-lebih memang tak larat sebab penat jugak dengan aktiviti hari ni dan sedia pulak untuk aktiviti esok... =)

Belanjawan Untuk hari Kedua Di KRABI... =)

Breakfast : 130B
Street Food & Tit Bits : 200B
Keperluan Tour (Tikar Gulung) : 100B
Dinner : 820B

TOTAL : 1250B = RM140.60

Day 3... Next Post~~~ (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~