Tuesday, August 25, 2015

Krabi Trip SUMMARY


END OF HOLIDAY!!! Hari ini flight balik ke KL jam 7.15 Pagi... Jadi siap-siap bertolak dari hotel jam 5.30 pagi. Teksi dah booking dari hari pertama sampai Krabi lagi, jadi dah tak perlui risau lagi pasal benda tu... Tepat jam 5.30 pagi, tunggu je kat lobby hotel, diorang sampai tepat pasa masanya...

Jadi... Bemula lah episod biasa dalam kehidupan seharian dan takde lagi bercuti... Get Back to WORK!!! (^_^)

SUMMARY untuk sepanjang perjalan di Krabi saya rumuskan seperti kat bawah ni... =) Seriously... Saya jenis strict pasal bajet... Kalau tu yang dah ditetapkan, itu je lah yang akan dibelanja... Duit extra??? Of course ada... Saya balik ada extra RM200 lagi selepas convert balik duit Thailand ke Malaysia... =)

Kalau nk tengok Itinerary sebelum perjalanan, boleh klik kat bawah ni... Jadual dirancang dan perjalanan sebenar ada sedikit perubahan... Kita hanya merancang, Allah yang tentukan selebihnya... Yang penting, sebelum pergi kita dah atur, jadi bila sampai, memang perjalanan teratur sangat-sangat... =) Daripada perancangan asal, ada yang terlebih dan ada terkurang... Hihi~~ =)

KLIK SINI >>>>Itinerary Sebelum Ke KRABI<<<<

 Jadual kat bawah ni terhasil selepas balik dari Krabi dan saya buat dalam 1 jadual... =)

Pertukaran matawang Ogos 2015

10Bath = RM1.125

belanjawan dan bajet
Jadual Aktiviti
Untuk detail Perjalanan sepanjang Perjalanan... Boleh klik satu persatu link kat bawah ni... =)





Jadi... Selamat Bercuti!!! Next trip... Tunggu... =)

ADD ON YANG TAK PENTING DAN SAYA TAK MASUKKAN DALAM JADUAL... PHOTOSHOOT BERSAMA PONDAN THAILAND... 500Bath... hihihi...


take care people... =)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~