Monday, August 10, 2015

Menghargai Sesuatu Bila Dah TIADA

Bila bapa pergi... Barulah saya faham apa maksud menghargai... Sebelum ni, tak kisah pun sebab bapa ada kat depan mata... Sekarang, bila terbaca atau terdengar cerita tentang anak dan bapa, memang teringat dan rindu sangat-sangat kat bapa... Tanpa sedar air mata mengalir perlahan... =(


Saya dan bapa memang rapat sangat-sangat...walaupun saya bukan anak bongsu atau anak sulung... Saya cuma nombor 6 daripada 8 beradik... Tapi daripada semua adik beradik, bapa paling cepat tunaikan apa saja permintaan saya. Nak kata manja pun bukan, mungkin sebab memahami kot... Perangai saya paling lain daripada semua... Rupa je macam pendiam... TAPI pendendam, degil, pendesak, nakal dan apa saja yang buruk rasanya sayalah nombor 1... Bila dah buat masalah, saya akan pergi kat bapa untuk mintak tolong... Teruk kan? Huhu...

Ada 2 perkara yang paling saya ingat dan bila fikir balik terasa sebak. Sebab...saya betul-betul dah menyusahkan bapa masa tu... Huuu... Sedihnya bila teringat balik... Rasanya ada banyak hal yang saya buat, tapi cuma 2 kejadian ni je yang saya betul-betul ingat... =(

Masa masih belajar kat UiTM, saya ni jenis cepat stress bila study... Lebih-lebih lagi bila musim final exam. Sebab saya nak score result cantik time final...tapi bila dh keluar result, takde pun cantik mana... (CGPA 3.3) Huhu... Musim final exam tu lah biasanya saya akan buat perangai dan mintak macam-macam untuk release stress... Mangsanya??? Bapa... =( 

Teringat lagi dulu, jam 7 malam dan saya stress belajar untuk killer paper... Saya call bapak bagitau nak makan donut Big Apple sebab lapar... Teruk kan?? Saya kat Samarahan, bapa pulak di rumah, Kuching... Tapi saya kata nak makan itu ini, seolah-olah rumah dekat sebelah je nak mintak hantar... Bapak pun tak fikir panjang bila saya mintak, cuma kata tunggu je.. Masa tu Big Apple cuma ada dekat The Spring.. Walaupun tak pasti pukul berapa bapa sampai, tapi saya tunggu jugak... Dalam jam 8 malam bapak call kata dah sampai hostel.. Masa tu happy sangat-sangat sebab bapak datang hantar.. Langsung saya tak fikir macam mana perjalanan bapa dengan motosikal pergi beli donut tu... TAPI...bapak bukan datang hantar donut, tapi bapak datang untuk jemput saya pergi makan donut. Bapak nk pergi beli, tapi dia tak pandai. Jadi dia datang jemput saya dulu... Masa tu cuma rasa happy je sebab bapa datang ambik kat hostel... Lepas dapat makan donut, bapa cepat-cepat patah balik hantar saya ke hostel sebab risau pagar utama tutup, saya pulak jauh berjalan nak masuk dalam nanti... Disebabkan gembira, saya takde fikir pun penat bapa ulang alik semata-mata nak layan kerenah perut saya... Ya Allah, kejam nya saya masa tu... Serius bukan sengaja nak buat, tapi memang tak terfikir pun... Bila teringat balik, memang rasa bersalah sangat-sangat...

Lagi satu perkara... Masa saya study jugak dan kami ada rombongan Fakulti ke Kem Permai... Bila dah kat sana, duit belanja saya pulak tak cukup untuk bayar itu bayar ini... Saya call bapak lagi mintak tolong... Jam 10 malam, bapa berhujan basah kuyup bermotosikal sampai kat hotel semata-mata nak hantar duit kat saya... =/ 

Boleh fikir tak? Betapa bapa berusaha penuhi permintaan anak dia tanpa fikir diri sendiri dulu? Dulu saya tak fikir benda macam ni, cuma sekarang baru faham... Dulu saya cuma anggap saya ni anak, jadi kira normal lah bila mak bapa buat apa saja untuk gembirakan anak... Tapi bila fikir secara tersirat...tu semua adalah pengorbanan orang tua untuk kita... (T_T) 

Banyak kali bapa berkorban untuk kegembiraan anak-anak dia... Tapi, rasanya sebelum bapa pergi, belum sempat lagi saya nak berkorban apa-apa untuk kegembiraan bapa.. Walaupun umur saya dah 27 tahun, dah bekeluarga dan dah berkerja, SERIUS...saya masih belum sempat lagi dan belum cukup lagi berkorban apa-apa untuk bapa... Terasa sedikit penyesalan sebab tak menghargai masa yang saya ada sepanjang bersama bapa... Allah je faham apa rasa kat dalam hati sekarang ni...
(Menangis kat depan PC sambil menaip) .............................................................................................................................................................................

Ibu bapa...Akan berkorban apa saja untuk kegembiraan anak dia... Takde orang tua yang kejam akan membiarkan anak dia melainkan betul-betul tak berkemampuan... Yang masih ada bapa, masih ada emak...hargailah betul-betul... Mungkin mereka masih nampak muda dan sihat...tapi kita tak tahu bila Allah akan jemput mereka balik... JANGAN Menghargai Sesuatu Bila Dah TIADA... AL-FATIHAH...

Take Care People...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~