Thursday, August 27, 2015

Surprise Husband on 28th Birthday

Surprise!!!! (^_^) Saya memang jenis yang suka buat surprise... Tak tau kenapa... Habbit kot sebab suka tengok wajah Terkejut, Blurr dan Gembira... =)

Tahun lepas, 2014... Langsung takda sambutan sebab betul-betul jatuh pada Hari Raya... Jadi kalau nak celebrate jugak, terasa macam kelam kabut je nanti... Jadi, tahun ni...2015... Buat special sikit dan betul-betul surprise untuk Addin...

Alhamdulillah... Semuanya berjalan seperti yang dirancang...walaupun Areej tiba-tiba demam bila dah dekat tarikh dan kaki addin kembang sebab terjun dari bumbung rumah... ^_^

Sambutan Birthday-eve disambut betul-betul kat tengah Dataran Putra Jaya... =) Jauh terbang dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk kejutan Hari Jadi Istimewa, tapi BAJET sebab tiket murah je... hihihihi~~~ =)

Perancangan dibuat teliti... Urusan jadi mudah disebabkan 2 orang adik saya duduk kat Putra Jaya dan boleh tolong selesaikan apa yang saya tempah kat sana... Saya tempah kek untuk Addin dari Page FB : Artsey-Studio ... Mudah berurusan dengan Baker ni, sebab akak ni tak sombong dan dia ada Servis Penghantaran sekitar KL menggunakan Ta-Q-Bin...dan kek dia comel dan SEDAP!!! itu yang penting... =)

Tema muzik seperti minat Addin
Selain kek, saya buat tempahan Pizza dari Domino's Pizza cawangan Putra Jaya... Saya sengaja pesan Domino's sebab ni pertama kali dan saya teringin nak rasa pizza diorang yang dikata lebih sedap dari Pizza Hut dan sedikit murah... =) BETUL!!! Memang Domino's Pizza lebih sedap... Tak tau macam mana nak explain sedap tu, mungkin korang boleh try kalau berkesempatan... Kat Sarawak takde Domino's Pizza, kesian~~~~

1st beli, dpt kupon diskaun ... Berbaloi!!!

Sampai je KL, adik jemput kami... Kek dan pizza dah siap-siap dalam kereta masa tu. Bila Addin tengok, dia tak faham lagi... Sebab normal untuk saya ni delivery kek tak kira tempat... Jadi, saya kata nak delivery kek kat Dataran dulu sebelum balik rumah... Pizza pulak untuk rehat tengok TV tengah malam... Seronok pulak Addin sebab ada pizza untuk lepak-lepak... hihi... =)

Sampai kat dataran, slumber je kitorang letak pizza atas rumput dan tunjuk kek... Masa tu barulah kantoi sebab Addin tengok nama Areej atas kek... Sampai ke sudah Addin blurr sebab tak terfikir celebrate birthday dia sampai ke KL... Hihihi~~~ (^_^) Sampai dia tak nak potong kek tu sebab comel katanya... Kek tu simple je, tapi memang comel kan?? =)

Diharapkan ni moment istimewa buat Addin.. =)
Sebenarnya tu cuma permulaan... Tujuan ke KL adalah transit untuk ke "Langkawi" keesokan hari... Memang mati-mati Addin ingat kami nak ke Langkawi, sebab sebenarnya saya memang ada booking flight ke Langkawi, tapi bila terjumpa promosi tiket ke KRABI, saya pulak bertukar fikiran dan booking satu lagi tiket untuk ke Krabi tanpa pengetahuan Addin... Tiket Langkawi BURN lah... =)

Payah saya nak tipu Addin sepanjang planning nak ke Krabi... Disoal siasat kenapa sibuk nak buat Passport dan tukar matawang Thailand kalau nak ke Langkawi.. Saya bagitau dari Langkawi boleh naik FERI ke Thailand, jadi mungkin boleh ready duit Thailand kalau-kalau rasa teringin nak ke seberang guna Feri... Addin pun EXCITED bila dengar boleh ke Thailand guna feri... Lagilah seronok saya nak menipu bila tengok Addin excited... Maksudnya dia berminat dengan apa yang akan kita buat... (^_^)


Perjalanan nak ke Krabi kantoi bila dah dekat Pintu Pelepasan Q... Addin bebel sebab saya degil, dia kata pelepasan dalam negara J dan K... Tapi saya tetap nak pegi ke pintu P dan Q... Bila pegawai mintak passport barulah saya bagi tiket dan passport kat Addin... Dia cuma diam tak terkata apa-apa masa terbaca tiket... Cuma dapat sebut saya ni "Bodoh"... Bodoh sebab perbodohkan dia... hihihi~~~ Saya tergelak tak henti-henti sebab lucu bila tengok dia terkejut dan asyik sebut "bodoh" bila gembira sangat-sangat... (^_^) Bodoh tu bukan dia nak kutuk, tapi dah tak terkata apa bila hati dah ter-over excited... Senyum Addin??? Tak payah nak cakap, memang tak hilang dari wajah... Hati rasa senang sangat masa tu sebab kejutan kali ni memang menjadi dan diluar jangkaan... Alhamdulillah... =) Syukur sangat...Kalau takde rezeki, tak sampai pun kami kat sana... =)

Manis senyuman Birthday Boy.. =)
Hampeh.... hihi~~~

Trip kali ni tak bawa Areej... Sebab ni kali pertama kami bersama keluar dari Malaysia... Sebelum ni dalam Malaysia je... Kami risau keadaan akan kelam kabut, jadi kami drop Areej kat adik dan stay kat KL sepanjang 4 hari.. =) Areej pun dah diberikan aktiviti, adik bawa Areej bersuka ria ke Sunway Lagoon dan Aquaria... (^_^) Next time, kami akan pergi bersama Areej... SURE bawa sebab next tiket memang dh beli untuk Areej sekali... =)

Untuk info... Tiket ALL PARK (Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park) berharga RM150 seorang kalau beli kat pintu masuk... Tapi, kalau beli online cuma RM108 je sorang... Dua tiket ni untuk 2 orang adik teman Areej pergi... =)


Apa pun... Diharapkan hari lahir kali ni menjadi kenangan terindah buat Addin... Tahun depan apa pulak ye??? Tungguuu... Sentiasa ada surprise yang akan dibuat... =) 


"Kami meraikannya kerana keperibadiannya yang unik dan kebolehan luar biasanya sebagai seorang lelaki yang di anugerahkan Allah padanya... 

Kami meraikannya sepertimana dia menyambut dan membelai si kecil di dalam setiap kali terluang... 

Kami meraikan sebuah kehidupan dan nyawa yang telah dianugerahkan oleh Allah padanya... Tahun-tahun yang berlalu telah membentuk keperibadiannya untuk dihadiahkan kepada kami...untuk kami... Kerana fitrahnya sebagai penjaga dan pembimbing... 

Kami meraikan cintanya untuk kami dan komitmen setianya untuk menjadi pemimpin sebuah kehidupan... Kewujudan kami dan siapa kami, adalah bergantung kepada panduan asasnya pada Allah... 

Kami meraikan ciptaan Allah dan redha setiap perjalanan yang di tentukanNya untuk kami..."


NAK TIPS UNTUK BERCUTI KE KRABI BOLEH KLIK LINK NI ----> Krabi Trip <-----

kejutan untuk suami, surprise birthday husband, trip ke krabi, surprise idea for husband,


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~