Tuesday, August 11, 2015

Wishlist 2015... Holiday.. Checked!!! TIPS!!!

Assalamualaikum... Trip belum mula lagi, tapi preparation InsyaAllah dah complete... =)

Wishlist tahun ni dan untuk setiap tahun ialah HOLIDAY a.k.a Honeymoon... (^_^) Must List dalam hidup semua orang kalau ada rezeki... Trip Holiday tahun ni adalah KRABI, Thailand... Alhamdulillah rezeki... Jelajah dekat dulu untuk ambil experience, dah ada experience nanti barulah dapat pergi jauh dan bawa Areej... 1st trip ni saya tak bawa Areej sebab takut. Takde pengalaman travel keluar negara bersama, jadi kami takut jadi kelam kabut pulak... 

Pengalaman travel jauh, nak kata 0 experience tu bohong...sebab saya dah pergi umrah sebelum ni... Tapi pergi dengan ZERO info & ZERO preparation.... Kali ni dah tak nak macam tu... saya nak pergi dengan senang hati dan buat persediaan dan info secukupnya tentang tempat yang nak di tuju... =)

TIPS HOLIDAY ni saya belajar dari orang lain dan diorang dah pergi banyak tempat... Jadi, gunalah info diorang untuk diri sendiri... =)

PERTAMA... TIKET
Cari tiket dulu... Cari seawal yang boleh supaya dapat buat saving untuk holiday nanti... Tiket Krabi ni saya dah cari 8 bulan yang lepas, jadi kami ada 8 bulan untuk buat simpanan yang cukup... =)

KEDUA... BAJET

i. Pilihan Hotel
~ Dekat dengan pusat bandar
~ Dekat dengan kemudahan pengangkutan (LRT, Subway, Teksi, Stesen Bas)
~ Murah dan berpatutan

ii. Destinasi lawatan yang menarik dan harga pakej
Bagi yang ada pilihan untuk menyewa kenderaan, bolehlah surver harga masuk setiap lokasi. Tapi untuk yang tiada kemudahan sewa kenderaan, boleh memilih untuk lawatan pakej yang ditawarkan di hotel atau kawasan tersebut.

KETIGA... KEPERLUAN AM

i. Jenis plug tempat tersebut. 
Lain negera, lain soketnya. Jangan nanti bawa henpon, tapi tak boleh nak cas dan baru sibuk nak cari. Tengok kat google jenis soket diorang dan cari extension dan beli siap-siap kat sini supaya tak menyusahkan diri... Kat tempat orang, korang tak tau mana kedai nak beli benda alah macam tu... =)

ii. Ubat-ubatan asas
Ni perkara yang paling saya fobia.. Last trip tahun lepas rosak gara-gara saya diserang demam panas dan cirit-birit... DAN...kami tak bawa apa-apa ubat pun... Nak cari ubat pun payah sebab tak familiar dengan tempat dan masalah transport dari hotel... Huuu~~~ Betul-betul menyesal masa tu..
Ni contoh ubatan basic yang kena ada dan bawalah kalau rasa perlu... =)


iii. Keperluan sepanjang perjalanan
Kalau kita ke Paris atau London mestilah bawa baju sejuk... Tapi kalau Ke Krabi, bawalah pakaian mandi yang sesuai dan pakaian sukan... Kenapa? Google lah apa aktiviti yang ada dilokasi tersebut, barulah korang faham apa yang perlu di sediakan... =) Tak kan lah sampai sana baru sibuk nak shopping itu ini... kannn??? Tapi kalau suka sangat nk shopping tu, boleh laaa... =P

iv. Makanan segera
Pergi ke tempat orang, for sure kita tak familiar mana nak cari kedai atau mengalami masalah transport kalau tempat makan jauh dari hotel... Jadi, sediakan makanan segera yang boleh dimakan untuk mengalas perut... (e.g. Maggi, Coklat, 3in1)

KEEMPAT... TRAVEL LITERARY
Kalau dah cukup buat kajian pasal tempat tu, buatlah jadual aktiviti... Kenapa? Supaya bila sampai sana, InsyaAllah teratur sikit perjalanan... Datang tempat orang sekali sekala, sekurang-kurangnya padatkan aktiviti secukupnya. Kalau ada jadual, kita tahu perjalanan aktiviti kita dan masa pun tak terbazir duduk dalam bilik je... =)

KELIMA... BAJET
Perkara 1-4 dah ada... Dah tahu apa akan di buat dan dah boleh agak berapa perbelanjaan yang diperlukan sepanjang perjalanan. Jadi, boleh mula buat jadual bajet supaya tahu berapa simpanan yang cukup untuk trip tu nanti. Biar simpan lebih sebab kita tak pasti anggaran yang kita buat tu tepat atau tidak.. Kalau tepat atau kecik, Alhamdulillah banyak lebih duit tu nanti. TAPI kalau tak tepat, buat naya je nanti duit bekalan tak cukup, aktiviti entah kemana... =)

...JADI... Ni jadual yang saya dah siapkan untuk trip saya nanti... Bajet untuk perbelanjaan saya kecik je sebab tak nak boros. Lepas holiday nanti masih perlukan duit untuk perbelanjaan harian, JANGAN LUPA tu!!! InsyaAllah dipermudahkan... Tarikh untuk trip ni, saya tak nak dedahkan dulu demi tujuan keselamatan... =)


Harap membantu ye... Enjoy to the moon!!!
pakej krabi, trip krabi, phi phi island price, hoping island price, elephant trekking price, one day jungle tour price, krabi literary, honeymoon krabi, bajet krabi, budget krabi, 

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~