Monday, December 28, 2015

Azam 2016... It's all about Family!!!

Assalamualaikum... AZAM... Perkara yang wajib dibuat setiap tahun... SEBAB?? Sebab kita nak tetapkan apa matlamat hidup kita... Hidup tanpa matlamat seolah-olah kehidupan seharian tu takde hala tuju... Kalau kita pergi-balik kerja pun ada SKT (Sasaran Kerja Tahunan), hidup pun MESTI ada SKT (Sasaran Kehidupan Tahunan)... Kalau takde SKT, boleh tak fikir kejab?? Apa tujuan hidup hari-hari? Apa tujuan kita buat itu? Buat ini? NOTHING??? Saja-saja buat??? Errkkk... Apa ni?? Hidup macam lalang... Sebaik-baiknya tetapkan matlamat, sasaran dan tujuan... Tak perlu banyak kalau malas nak fikir... Cukup SATU!!! Buat atau tidak, itu lain ceritanya... Yang PENTING MESTI ada SKT... Wajib!!! Tu salah satu cara untuk pupuk disiplin dalam diri sendiri...

Sebelum catat apa AZAM nak buat untuk 2016 nanti... Kita belek semula yang 2015... Apa yang success dan apa yang kurang memuaskan... Even saya sendiri, tetap ada yang tak dapat buat... Tapi Alhamdulillah sasaran saya 80% terlaksana...

1. Holiday - TERCAPAI : Kuala Lumpur, Krabi, Umrah 
2. Tak beli COACH - GAGAL : Saya beli 1 hand bag Coach Raya lepas.. =(
3. Saving RM300-RM500 SEMINGGU!!!! - TERCAPAI : Duit saving tu dah guna untuk bawa saya dan suami mengerjakan UMRAH... Alhamdulillah berkat... =) (RM20k)
4. Baking Studio - TERCAPAI : Dengan duit jualan dan saving juga saya laburkan untuk buat baking studio (RM10k)
5. Nak jadi isteri yang baik dan taat kat suami... Nak kurangkan moody dan panas baran- GAGAL : Sebab saya masih panas baran... Faktor penat merangsang saya untuk jadi pemarah

Selepas tengok semula sepanjang 2015... Saya kenal kemampuan, saya kenal diri saya dan saya bangga dengan apa yang saya capai... Bukan mudah untuk berjaya, tapi sangat mudah untuk kita jatuh... Untuk 2016 nanti kena semak balik supaya bersesuaian dengan faktor kewangan sebab saya bukan lagi business woman... (^_^)


-SKT 2016-

1. Holiday 

- WAJIB pergi bercuti bersama keluarga walaupun dekat & hanya dalam Malaysia saja.. =)

2. Saving RM300++ SEBULAN!!!! 

- Untuk bulanan, walaupun dah takde wang jualan, duit dari gaji InsyaAllah saya nak simpan jugak. Kalau tak pun, poket money yang suami bagi nanti saya nak simpan... =) Lain-lain, simpanan tahun ni nak ubah cara sikit... Nak kumpul duit biru dan hijau sampai hujung tahun... Nak ready tabung lah lepas ni... =)

3. Nak jadi isteri yang baik dan taat kat suami... Nak kurangkan panas baran... Nak jadi ibu yang baik..

- Kalau dulu, saya panas baran disebabkan faktor penat dengan Bisness... InsyaAllah lepas ni, tanggungjawab saya 100% dengan komitmen kerja dan keluarga sahaja... Saya nak jadi isteri dan ibu yang baik... Saya nak jalankan tanggungjawab saya dengan rumah tangga...

Sebelum ni saya TAK PERNAH MASAK, lepas ni saya nak masak selalu untuk keluarga... Kalau dulu saya akan MUNTAH bila cuci berak Areej, InsyaAllah lepas ni tak lagi sebab saya nak buat semua... Ye muntah sebab saya JARANG cuci berak Areej, umur Areej dh 2 tahun lebih, boleh kira baru brapa kali saya buat..... Syukur Allah bagi suami yang sangat bertanggungjawab dan penyabar... =)

4. Nak KURANGkan Areej masuk hospital... 

- Sepanjang 2015, 4 kali Areej dimasukkan ke dalam ward... Salah satu faktor anak sakit adalah kurang kasih sayang dan kurang perhatian... Kesian Areej... Lepas ni, InsyaAllah Areej akan lebih terjaga... Areej ni tak boleh biarkan walau 1 saat, cepat je dia masukkan benda kotor kat dalam mulut... Sekarang, bila tengok Areej buat pelik-pelik saya cepat-cepat bagi dia makan HEXBIO untuk jaga perut dia... 

Januari 2015 - Hospital KPJ (Penyakit : >>Klik HFMD<<)
Mac 2015 - Hospital Umum Sarawak (Penyakit : >>Klik Lung Infection<<)
April 2015 - Hospital NORMAH (Penyakit : >>Klik Rota Virus<<)
November 2015 - Hospital NORMAH (Penyakit : >>Klik Pneumonia<<)


2016...Mungkin lebih besar cabarannya... Dari segi mental... Semoga kami kuat untuk mehadapi hari-hari yang akan datang... Amin.. =)

5 comments:

ieza ashaari said...

seronoknya life kamu. semoga azam tahun hadapan tercapai. kadang, bila kita tak melakukan kesilapan, kita tak tahu kat mana yang perlu dibetulkan. :)

Nurhayati Morshidi said...

Terima kasih kak... betul kata pepatah... kesilapan ajar kita erti hidup... Kalau x buat silap, kita tak sedap kelemahan kita... InsyaAllah lepas ni tahu apa nk buat dan diperbetulkan... =)

Azai Syauqina said...

kmk x pnh molah SKT melainkan yg di tpt kerja..so next year kmk nak molah juak..thanks kerana menyedarkan kmk pentingnya SKT.. :)

Rifdiawati Zaini said...

Betui Ya..bila baca blog yatie tok bruk sedar yg kita perlu ada SKT dlm diri kita

Nurhayati Morshidi said...

Mesti ada sebenarnya... walaupun benda ya simple, tp ya cara kita disiplinkan dirik... Atleast kita tauk apa tujuan kita polah sesuatu... Contoh org bisness, apa tujuan nya carik duit dgn bisnes ya? dpt duit, habis, dpt duit, habis... last2, duit hasil pun x nmpak sbb xda matlamat bila polah benda... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~