Wednesday, December 23, 2015

YanEz BEREHAT.. Bukan Kalah Bukan Mengalah



YanEz bermaksud Yatie 'n' Ezi... Nama saya dan adik sebab kami yang sama-sama naikkan YanEz dulu...
Logo tu abang (Omar) yang buatkan untuk kami, bila kami mintak abang bagi idea untuk bagi gambar waktu nak buat sticker...
Slogan pulak adik bongsu (Mulia) yang bagi idea... Sebab dalam setiap brand, mesti ada trademark yang tersendiri katanya...
JADI... Dalam 1 logo tu ada hasil gabungan dari kami 4 beradik... =)

YanEz akan berehat untuk sementara waktu... Saya bukan mengalah dan saya bukan kalah... Saya berehat bukan kerana jualan saya tak laku, bukan kerana jualan merudum, bukan kerana pelanggan lari, bukan kerana kegawatan ekonomi dan BUKAN KERANA apa-apa pun... Tapi saya sendiri perlukan tempoh untuk berehat dan masa untuk diri sendiri... YanEz tak pernah turun dan masih baik malah semakin meningkat sekarang... Kalau baker lain kata nak capai income RM1000 seminggu tu payah dengan keadaan ekonomi sekarang, tapi YanEz tak pernah ada masalah dengan perkara tu... RM1000 seminggu (minimum) masih seperti biasa dan malah bertambah... Alhamdulillah... Itu rezeki Allah untuk kami kot... Kami sangat bersyukur.... Betul-betul bersyukur...


Alhamdulillah...Rezeki dari YanEz, saya dapat buat baking studio sendiri dan yang paling besar adalah YanEz dah bawa saya dan suami mengerjakan Umrah... 
Siapa sangka kan?? Kalau kita ada MATLAMAT HIDUP...InsyaAllah kita dapat capai apa yang kita nak... Siapa terfikir jual kek semata-mata nak pergi umrah?? Tapi itulah matlamat saya dengan YanEz dari dulu, memang niat saya nak kumpul duit YanEz untuk bawa kami ke tanah suci... Alhamdulillah dalam tempoh 2 tahun, impian saya termakbul dan terlaksana... Sempat kami ke sana sebelum YanEz berehat untuk sementara waktu...


YanEz hanya akan berehat untuk jualan kek-kek berhias... TAPI tempahan untuk PERAYAAN akan dijalankan seperti biasa... Jualan Perayaan bermusim, jadi tak akan rasa terlalu terbeban dengan komitmen tempahan...

Jangan risau kalau YanEz tutup... Banyak lagi baker barbakat kat Kuching ni... =) Tak kenal maka tak cinta... =)

2 comments:

erma shalizia said...

Kenak ktk berenti tet.. sayangg

Nurhayati Morshidi said...

Nak rilek lok... X larat... Hehe... Kelak anak dh besar2 blh start gk.. Mun kmk full time house wife tek nyaman sikit, tok kmk pun kerja... ^_^

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~