Thursday, March 26, 2015

Areej Sakit, Salah Ibu

Assalamualaikum... Kebelakangan ni ramaiiii sangat kanak-kanak masuk hospital sebab asma... Termasuklah Areej sekali 2 miggu lepas.. Huhu~~ Musim penyakit? Cuaca? atau sebab lain?

Kalau Areej, rasanya disebabkan silap saya sendiri kot... Sebenarnya, masa tu Areej dah batuk dan selsema dalam 2-3 hari... Tapi saya ni degil... Saya tak nak bagi Areej makan ubat... Dan cuba bagi Areej sembuh sendiri je...
ALASAN? Areej masih kecik, ubat tak baik untuk otak sebab boleh akibatkan otak diorang jadi lembab... So, ada ubat, tapi saya tak bagi... Kiranya nak tengok dulu 2-3 hari kalau-kalau boleh sembuh sendiri dengan antibodi.... Hampehhhhh... Hari ke-3 Areej batuk dan selsema tu, kebetulan kami sekeluarga pergi berkelah... Waaahhh~~~ Apa lagi... Areej pun bantai mandi sama... LEPAS tu lah Areej jadi makin teruk dan diserang asma... Tengah malam tengok dada Areej berombak kencang, terus bawa dia ke klinik biasa untuk NEB... 2 kali jugak NEB, masih berombak sikit, tapi doktor kata ok, nanti boleh hilang bila Areej berehat... Baiklah... Balik dan tidur...

ESOK paginya... Jadi makin teruk pulak... Dada Areej berombak balik... Alang-alang nak ke pajabat, terus pecut ke hospital selepas Thumb Print masuk ofis jam 6 pagi... Ye, 6 pagi sebab saya kerja di sekolah... Bila dihospital... bla~~ bla~~ & bla~~ dari jam 6 pagi tu, selesai semua sampai 3 kali NEB dada Areej masih sama dan takde tanda-tanda surut... Dalam jam 3 petang doktor terus suruh Admit sebab Areej sebenarnya bukan Asma... Tapi jangkitan paru-paru selepas dirujuk kepada pakar kanak-kanak... Huhuhu~~~


JADI.... KESIMPULAN.... Itulah padahnya kalau biarkan anak batuk dan selsema lama-lama... Kahak dan lendir yang terkumpul kat dalam tu boleh dijangkiti kuman kalau lama sangat berperap... Ye la, budak-budak mana tau nak buang kahak... Ditahan-tahan sampai diorang sesak nafas... Huhu~~~ Dah try cara tepuk-tepuk tu, tapi takde hasil pun untuk Areej... (-_-)

Lepas ni, memang berjaga-jaga... Semalam Areej tersedut asap bakar kotak luar rumah pun terus meragam... Batuk tak henti-henti sampai muntah-muntah... Nasib baik tak jadi apa... Areej ni fragile sikit mungkin sebab tak menyusu badan yang cukup kot... Areej berumur sebulan lebih dah stop menyusu sebab saya buat pembedahan buang hempedu, sir susu terus stop bila saya ambil ubat... Takde rezeki Areej nak menyusu lama-lama... Alhamdulillah selain tu, Areej baik-baik je...

Jaga-jaga ye mak-mak bapak-bapak lain... Sekarang musim penyakit, tak boleh nak kata ubat tak baik untuk perkembangan otak... Kalau sakit, tetap nak kena makan ubat sebelum terjadi apa-apa yang tak diingini... Wallahualam...

Take Care People... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~