Thursday, April 30, 2015

Kisah Suami Memeluk Islam Membantu

Alhamdulillah... Selepas lama tak bukak blog, rupanya banyak update pasal entry >>>Semoga Islam Memberi Sinar Baru<<< Entry ketika En.Suami mula-mula memeluk Islam... Alhamdulillah...

Dari Entry tu...Saya dapat bantu mereka yang kira senasib dengan saya... Bercinta & berkawan dengan bukan Islam, tapi mereka tak tau macam mana cara nak sampaikan Islam dan mendekati keluarga... Alhamdulillah jugak sebab dah banyak yang berkahwin dan ada jugak yang mengundur diri sebab memang pasangan tak boleh nak terima Islam dan mengutamakan keputusan keluarga... Semua tu bergantung dengan Hidayah dari Allah...

Hari ni pun dapat persoalan lagi... Semoga pasangan kali ni pun akan dapat hidayah dari Allah... Amin...


Senang??? Takde yang senang... Lagi susah selepas kahwin sebenarnya... Kena sedia dalam bentuk fizikal... Kenapa?? Korang lepas kahwin tak pergi ke rumah mertua ke?? makan-makan?? bersama keluarga?? dan lain-lain?? Jangan lupa, ada Babi dan mereka akan makan seperti biasa... Takde maknanya nak puasa babi kerana kita balik kampung... Tapi...Tu kita tak boleh salahkan diorang... Kita kena terima sebab kita yang nak masuk dalam keluarga diorang... Mental dan fizikal kena sedia untuk perkara macam tu tau tak??? Masuk kandang kambing, mengembik, masuk kandang rimau mengaum... Jadi? Ready je lah...

Untuk saya, benda tu bukan masalah besar... Sebab kat kampung, kami memang ada peralatan memasak dan pinggan mangkuk sendiri... Barang kami tak campur... Jadi apa diorang nak makan, tak kan jadi masalah... Tak nak benda tu dijadikan isu dan perbalahan... Kalau diorang nak makan, makan je lah... Diorang kat dapur, kami kat ruang tamu... Kalau waktu perayaan diorang panggang babi kat luar, kami masak lauk biasa kat dalam rumah... Takde masalah dan kami tak sentuh pun babi tu... Perkara akan jadi mudah kalau kita tak menyusahkan diri sendiri... Kalau rasa penggeli sangat dan payah sangat, jangan cuba nak couple dengan bukan bukan islam... Jangan cari masalah kat diri sendiri dan last-last jadi gaduh dan larang itu-ini....

Kotor atau najis??? Setiap kali balik ke kampung, sama ada terkena atau tak, kami semua akan samak bersih... Kalau ada, sucikan lah, kalau tak da, Alhamdulillah... Samak sekarang pun tak susah, saya cuma guna benda ni je... Tanah liat yang memang dah dalam botol, tinggal nak sucikan je...


Dan.... bukan setakat tu je... Kena membimbing sampai akhir... Alhamdulillah sekarang dh masuk 3 tahun En.Suami memeluk islam... Semua perkara dah boleh jalan sendiri.. Mengaji Iqra dan solat dah pas... Nak kata saya bimbing hari-hari memang takde, cuma semangat dia sendiri yang kuat untuk belajar... Sebab, sebelum islam pun, En.Suami memang penganut Kristian yang alim dan penceramah bebas kecil-kecilan di sekolah-sekolah... Jadi, bila dah Islam, dia cuma praktikkan semua amalam tu kedalam Islam... Alhamdulillah, urusan kami semua dipermudahkan... =)

Lain orang, lain pengalaman nya... Ada yang senang, ada yang susah... Semua Allah dah tetapkan... Apa pun berlaku, tu semua ujian dari Allah... Maksudnya Allah sayang kat kita dan Dia nak kita ingat kat Dia... Alhamdulillah.... =)

"Kisah kami tak seindah kisah Romeo dan juliet... 
tak seindah lakaran pelangi di waktu senja... 
Tapi ia lahir dari 2 hati berlandaskan keikhlasan pada yang Maha Agung... 
Allah telah mengatur segalanya......"

Rentetan kisah..... >> 19 Julai... Allah Telah Atur Segalanya <<

Take care People... =)

Anak oh Anak... Admit lagi... -_-

Assalamualaikum... Sepanjang April takde update blog... Ni dah penghujung bulan, baru terasa nak update.. Tu pun pasal Areej je...

Untuk sekian kalinya, Areej admit lagi... Setiap bulan, Areej akan admit ke hospital atau sakit... Kesian betul budak tu, lemah sangat antibodi dan senang sangat nak sakit. Faktor? Saya tak tau jugak... Salah satu faktor budak-budak takde antibodi adalah sebab tak menyusu badan yang cukup. TAPI...tu tak semestinya... Ada jugak yang breasfeeding sampai besar, tapi tetap sakit-sakit.. Ada jugak yang tak pernah BF langsung, tapi tak pernah sakit... Dah rezeki Areej nak sakit, supaya Ibu & Ayahnya semakin kuat dan bersabar hadapi ujian Allah...


Kali ni, Areej admit sebab jangkitan kuman kat dalam perut... Faktor? Kutip barang kat lantai atau mana-mana dan masuk dalam mulut... Huhhh... Tu benda yang paling susah nak kontrol... Areej ni, memang tak boleh nak kelipkan mata sekejab, lepas tu mesti tengok dia gigit benda dalam mulut, maksudnya adalah benda yang dia jumpa dan terus makan... -_-

Pernah sekali bermain kat luar rumah, saya tak perasan Areej lari kat kawasan pasu... Masa tu tengah sidai baju, jadi tak fokus sangat kat Areej... Tengah sidai baju, tiba-tiba terpandang kat Areej, dia tengah makan tanah kat dalam pasu bunga... Best tak?? Huhuhu~~~ Stress... =/

Takpe... Areej dah besar... Lama-lama hilanglah perangai kutip dan masuk mulut tu... Tengok kat gambar tu pun faham kan??? Tengah masuk barang dalam mulut... hihhihi... Sabar je lahhhh... =D

Take Care People... =) Areej nak lari dulu...



Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~