Tuesday, May 12, 2015

Masalah Dengan Pasangan Bukan Islam??

Assalamualaikum... Hari demi hari... Persoalan demi persoalan diajukan kat saya... Sebab diorang semua ada masalah dengan pasangan bukan Islam... Saya tahu, bukan saya sorang je yang kahwin mualaf, tapi ada banyak lagi... Tapi diorang tanya saya, sebab kebetulan saya ada blog dan diorang terbaca... Alhamdulillah penulisan saya sedikit sebanyak dah membantu orang lain...

Saya bukanlah yang profesional, bukanlah ustazah dan bukan ahli agama.. Cuma saya ada pengalaman sendiri bersama suami dan insyaAllah dapat dikongsikan untuk yang meminta pendapat dan bantuan ringan...



Persoalan...

Bagaimana nak SOLAT kat rumah bukan islam? 
Bagaimana nak MAKAN kat rumah bukan islam?
Bagaimana nak SAMAK dan anjing dalam rumah?
Bagaimana nak APPROACH islam kat diorang?

Jawapan untuk MAKAN dan SAMAK saya dah tulis kat sini... KLIK ENTRY KAT BAWAH... >>>

>>>> Entry 1<<<< >>>>Entry 2<<<<

Tentang SOLAT.. Bagaimana nak SOLAT kat rumah bukan islam? Kakak ni tanya macam mana saya solat kat kampung? Dan kalau ada anjing dan salib merata?
Ni soalan saya sendiri... Korang solat sembah salib yang ada kat ruma tu ke tak? Tak kan?
Kita solat berkiblat dan kerana Allah... Walaupun kita solat dalam bilik yang ada salib, itu bukan masalah... Salib adalah tanda agama diorang... Bukan kita solat sembah salib tu... Kita solat je dan tu adalah antara kita dengan Allah... Allah lebih tahu niat kita... Kalau rasa berat nak solat sebab ada salib atau topekong dalam rumah, carik je surau atau masjid terdekat... Macam mana nak wuduk?? gunalah selipar dari bilik air sampai bilik kalau rasa was-was nak pijak dalam rumah... Kita hormat agama orang, orang pun akan hormat agama kita... InsyaAllah...

Islam langsung tak menyusahkan... yang menyusahkan adalah mentaliti kita sendiri... Cara kita yang buatkan semua nampak susah dan yang bukan islam pun jadi takut nak terima Islam sebab mind-set diorang kata susah... Alahai...

Bagaimana nak APPROACH islam kat diorang? Bagaimana ? Bergantung kat kita sendiri... 1st...Tengok kat diri sendiri? Boleh terima asal usul dia tak? Dengan babi dan anjing? Kalau rasa penggeli dan tak boleh... Dah!!! Jangan nak berangan... Nanti buat menyampah je, geli sana, geli sini... Sebab saya sendiri pun menyampah jugak jenis yang macam ni.... Huhuhu~~~
Kalau boleh terima??? Buktikan... Datang jumpa dengan family... Tunjuk yang kita hormat dengan bangsa dan agama diorang... Tunjuk kebaikan Islam dimata diorang... Sebab apa yang orang nampak, Islam ni jahat, perompak, pengganas dan semua yang buruk-buruk... Terpulang dengan kita sendiri untuk perbetulkan semua jangkaan tu... Kenapa tanggapan buruk macam tu? Sebab utama, TV... Tengok apa yang TV tunjuk pasal islam... Lagi satu...PERAGUT, PEROMPAK dan lain-lain, kebanyakkan yang nampak semua bangsa Melayu yang buat, dan agama Islam... Sebab tu tanggapan orang tentang Islam sangat teruk...
DAN...orang beranggapan, kalau tukar agama Islam, ikatan keluarga tu akan terputus... Tu SALAH... Islam takde kaitan untuk jejaskan hubungan kekeluargaan... Lebih harmoni lagi ada sebab lebih banyak perayaan yang akan disambut nanti... =)

Apa pun... buat yang terbaik... Kalau kita bantu diri sendiri, InsyaAllah...nanti Allah akan bantu kita jugak... Hidayah Allah tu datang bila-bila je kalau dia nak bagi... Sama ada kita nak berusaha atau tak, tu terpulang dengan diri sendiri...

Islam itu INDAH dan MUDAH... 
Jangan jadikan islam tu SUSAH dan MENYAMPAH...

Take care people... =)

Thursday, May 7, 2015

Di Saat Kita... Ingatlah...

Mekarkan kembali semua kenangan... dan semarakkan semula rasa cinta pada pasangan walaupun dah lama kahwin dan beranak pinak... Jangan jadikan kesibukan harian dan masalah peribadi sebagai penghalang dan memudarkan rasa cinta didalam hati....



Disaat kita ingin melepaskan seseorang....
Ingatlah pada saat kita ingin mendapatkannya....


Disaat kita tak merindukannya...
Ingatlah saat kali pertama kita lafaskan cinta padanya...


Disaat kita mula bosan dengannya...
Ingatlah saat-saat indah kita bersamanya...


Disaat kita ingin menduakannya...
Bayangkan ketika dia selalu setia bersama...


Disaat kita ingin membohonginya...
ingatlah saat dia jujur dan setia pada kita...


Disaat itu lah.... Kita memahami betapa pentingnya dia...
Janganlah disaat dia tiada, barulah kita menyedari betapa pentingnya dia untuk kita...


Yang indah hanya sementara,
Yang abadi adalah kenangan,
Yang ikhlas hanya dari hati,
Yang tulus hanya dari sanubari,
Susah mencari yang hilang,
Susah mengejar impian,
Yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada,

Kerana...

Walaupun digenggam,
akan terlepas jua...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~