Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan 2015 / 1436H

Assalamualaikum... Salam Ramadhan ke-2... Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua umat Islam... Syukur sbb masih lagi berpeluang jumpa Ramadhan kali ni...


Okayyy~~~ Ramadhan... Tahun ni nak buat target (sasaran) sikit... Yela... Nak buat kelainan dan kebaikan sikit sepanjang Ramadhan ni... Kutip pahala banyak-banyak... Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah... (^_^) Jommm!!!

Untuk pertama kali nya saya tutup tempahan paling lama sepanjang saya berniaga... SEBULAN... Sebab? Sepanjang bulan ni saya nak fokus untuk diri sendiri je... Kalau sibuk dengan tempahan, amalan sepanjang bulan ni entah kemana pergi nya...

TARGET simple je... Cukup untuk improve diri sendiri...

1. Saya nak masak... macam pelik je kan? Tapi itulah hakikatnya... Saya ni jenis isteri yang TAK PERNAH masak... Tapi, Alhamdulillah dapat suami yang memahami sangat-sangat dan tak berkira pasal tu... Ramadhan pertama, saya dah mula masak... Berbuka puasa semalam saya masak Ayam kicap cendawan, Sayur cili hijau dan Cangkuk manis... Alhamdulillah happy en.suami sebab dapat rasa air tangan bini... Huhuhu~~~ Mahal air tangan ni, payah sangat nak rasa...

2. Saya tak nak ambik order, sebab kalau sibuk buat tempahan, saya takde masa nak pergi tarawih.. Sebab? Yela, lepas je maghrib dah masuk dapur untuk baking... Bila nak tarawih nya? Jadi bila saya CLOSE semua order, Alhamdulillah masa lapang sikit untuk beribadah dan rehatkan badan sepanjang bulan puasa..
TAPI, saya tak pergi tarawih lagi, sebab bagi ruang en.suami pergi dulu, saya jaga Areej.... Kami gilir-gilir pergi, kalau saya pergi nanti, En.Suami jaga Areej pulak... =)
LAGI satu, kalau saya sibuk jugak dengan tempahan, dah PASTI saya akan tidur lewat dan berjaga malam... Dah lah berjaga malam, nak bangun lagi untuk sahur... memang tak larat lah kalau macam tu... Saya pun nak utamakan kesihatan jugak... Nak cantik masa raya nanti... =)

3. Dah hari-hari biasa saya kurang perhatian dengan keluarga, jadi sepanjang bulan untuk berehat ni, saya nak luangkan masa untuk keluarga... InsyaAllah... =)

Rasanya tu je kot... Nantilah update lagi... Suasana sekarang bising... Tak dapat nak fokus menulis dan idea ke laut... hihiHI~~~

Take Care People.. =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~