Friday, July 24, 2015

Syawal 2015... Tanpa Bapa...

Salam syawal ke-7 buat semua... Baru raya ke-7, tp saya rasa macam dh nak sebulan berlalu... Terasa lambat perjalanan syawal kali ni... Mungkin sebab tak puas lagi bercuti kot... =)

Alhamdulillah masih sempat berhari raya bersama keluarga, walaupun tanpa kehadiran bapa... Terasa kekurangan di pagi raya bila bapa tak ada... Rutin pagi bersalaman dengan mak dan bapa, tapi sekarang tinggal mak je... Sedih memang sedih, tapi apa boleh buat, segalanya Allah dah tentukan... Kami teruskan perjalanan hari-hari seperti biasa... =(

Rutin pagi berubah sedikit...Kalau biasa terus ke rumah nenek, sekarang ni kami berziarah ke rumah bapa dulu... =( Al-Fatihah buat bapa, semoga bapa tenang diSana... InsyaAllah... Yang hidup, pasti akan mati... Itulah janji Allah kat kita...cuma kita tak tahu bila pulak giliran kita jadi penduduk tetap kat sini... Pagi raya, kami hias cantik kubur bapa dan wangikan dengan wangian buanga serta pandan... =)


Kat kubur bapa, ada POKOK BUNGA yang TAK TAHU SIAPA YANG TANAM... Dah siasat dengan semua ahli keluarga, pak cik dan mak cik, tapi semua kata tak tahu... Jadi kami bercadang nak cabut je...dan ganti dengan bunga yang KAMI tanam... =)

Lepas ke kubur bapa, barulah kami berziarah ke kampung nenek dan melawat saudara mara... =) Bergambar dan bergambar...Gambar raya tahun ni, bapa dah tak ada... Sedih betul bila tengok gambar... =/


Bergembiralah dihari raya ye... Jangan sedih-sedih... Bapa pun tak nak kami sedih-sedih... Bapa lebih tenang kat sana dan Allah sayang sangat kat bapa, sebab tu Dia ambik bapa cepat-cepat... =)

Raya tahun 2015, umur Areej dah 1 tahun 9 bulan... Nakalllll sangatttt... Sampai tak larat nak jaga bila ziarah rumah saudara... Habis semua benda hiasan dia nak kacau... Kalau tahun lepas senang sikit, sebab masa tu tak pandai jalan lagi... =) Ni gambar Areej segak berbaju raya.. =)


Hensem kan? Terasa macam dah ada anak bujang pulak bila tgk Areej macam ni... =) Nanti nak anak dara pulak lah sorang. Mesti comel bila sorang berbaju melayu, sorang lagi berbaju kurung... (^_^)

Ni pulak gambar kami 3 beranak... InsyaAllah nanti nak beraya berempat pulak... Kalauuu Allah bagi rezeki lah... Hehe =)




Serius...payah sangat nak bergambar bertiga... Areej tak suka tengok kamera dan melompat sana sini... Bertuah sangatlah bila dapat ambik gambar dia ni.. =)

Alhamdulillah... Syawal tahun ni tetap sempurna walaupun dengan masalah GST, Harga benda semua naik, Masalah negara & Kehilangan Bapa... Kegembiraan tu kita sendiri yang tentukan... Kalau nak happy, usahalah untuk happy... Kalau nak sedih, buatlah sedih... Buat apa nak sedih kalau kita boleh berusaha untuk gembira... Tak boleh buat banyak, sikit pun jadi lah... Bersederhana pun tetap seronok... Life Must Go On... =) Kipidap!!! (^_^)

Take Cake People.. =)

Wednesday, July 1, 2015

Hari Pengebumian Bapa

Ajal maut Allah dah tentukan... Kita tak akan dapat nak lari kemana pun... Apa yang berlaku, hanyalah penyebab untuk ajal tu sampai.. Ajal bapa dah tertulis 28 Jun 2015 / 11 Ramadhan 1436H, kalau bukan kerana seekor nyamuk, mungkin ada perkara lain yang akan berlaku untuk dijadikan penyebabnya... Semuanya hanyalah untuk dijadikan jalan cerita semata-mata... Kita yang masih hidup, teruskan hidup dan selalu berdoa supaya roh bapa sentiasa tenang di Sana...

Jenazah bapa keluar dari hospital sekitar jam 10.30 pagi... Lambat sebab banyak proses yang dilakukan... Selepas keluar dari hospital, jenazah dibawa ke surau Kpg. Semariang Batu dan diuruskan di sana untuk memudahkan segala urusan... Bapa di mandikan, dikafankan dan disolatkan di surau, dan kemudian barulah dibawa pulang ke rumah...


Tak pernah saya bayangkan rasa memandikan jenazah orang meninggal... Akhirnya hari ni saya merasa dan berpeluang untuk mandikan jenazah bapa. Sewaktu hidup, tak pernah sekali pun saya mandikan bapa sebab bapa sihat dan mampu mandi sendiri... Sekarang saya cuma berpeluang untuk mandikan bapa bila bapa dah tiada... Wajah bapa tenang ketika dimandikan dan berbau harum... Itu lah kali yang terakhir untuk menatap wajah bapa dan mandikan bapa... =,(

Selesai dimandikan, kami keluar dan menunggu untuk dikafankan... Sekujur tubuh, berkain kafan terbaring kaku di tengah surau untuk disolatkan.... Itulah bapa... Terima lah hakikat dan redha bahawa bapa dah tiada dan pergi untuk selamanya...


Saya tak pernah bayangkan kehilangan bapa secepat ni, sebab bapa masih muda, baru 58 tahun... Saya tak tau nak kata apa, tapi kita yang hidup kena sedar... Tua atau muda bukan lah jaminan hidup kita kat dunia ni...

Kami ingatkan dapat berhari raya bersama-sama bapa... Saya dah adik dah belikan kelengkapan untuk bapa beraya bersama... Kain pelikat dibelikan untuk bapa, bukan lah untuk disarungkan di pagi raya... Tapi hanya sempat dijadikan penutup keranda... =,( 

Kain pelikat dibelikan untuk bapa,
bukan lah untuk disarungkan di pagi raya...
Tapi hanya sempat dijadikan penutup keranda


Selepas Zohor, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Semariang... Syukur sebab kubur bapa hanya ditepi jalan dan tak ada alasan untuk anak-anak susah melawat... Jenazah bapa dibawa masuk ke liang lahad oleh 3 orang abang saya... Alhamdulillah...Semua urusan berjalan lancar, cuaca baik dan semua urusan tak ada halangan... Semoga Roh bapa tenang di Sana dan ditempatkan bersama-sama golongan beriman...


Sekarang, kat sinilah jasad bapa tinggal... Bukan lagi dirumah... =,( 


Hari Terakhir Bapa Bersama Kami

Assalamualaikum... Ni Entry sambungan dari ENTRY SEBELUM kami dapat tahu bapa kritikal di hospital...

.......Sampai dirumah selepas jalan-jalan, saya dapat panggilan telefon dari customer (Kak Yot) yang datang nak ambil kek yang saya dah siapkan sebelum ke KL... Akak tu kata, dia nampak bapa baring kat lantai, tapi bila dipanggil, bapa tak jawab... Jadi dia tanya saya untuk minta kebenaran masuk rumah bangunkan bapa untuk ambil kek... Terkejut akak tu tengok keadaan bapa dan terus bagitau saya.  Masa tu mak tak ada di rumah, mak tengah uruskan anak saudara kat rumah abang. Saya segera inform kat mak untuk pulang tengokkan keadaan bapa. Mungkin mak tak nak kami risau, jadi diorang kata tak ada apa-apa... Tapi, tak sangka pulak kegembiraan sepanjang hari tu adalah kegembiraan terakhir, dan semuanya berakhir dengan air mata malam tu jugak...

...Dalam jam 10 malam (JUMAAT), ketika kami adik-beradik lepak makan durian kat seberang I-City. Saya dapat panggilan telefon dari abang untuk meminta kami pulang segera ke Kuching sebab doktor kata bapa sangat kritikal dan hanya tinggal 50% peluang hidup. MENURUT DOKTOR, ada luka di kaki bapa yang dia sembunyikan dan tidak dirawat. Luka tu dah dijangkiti kuman dan kuman merebak ke seluruh badan dan memberi kesan kat jantung dan paru-paru yang dah sedia ada sakit... Abang dah tak boleh nak jelaskan apa-apa lagi dan nak kami terus balik & ambil apa-apa flight paling awal... Masa tu, adik bongsu sorang lagi ada kat Puncak Alam dan nak Final Exam pada keesokkan hari... Nak atau tak, adik pun terpaksa ikut balik sekali dan batalkan semua Final Exam dia... Dari I-City, terus pecut ke Puncak Alam untuk ambil adik dan sampai ke rumah Putra jaya dalam jam 1 pagi... Masa tu dah tak boleh fikir benda lain, cuma nak beli tiket balik je... Alhamdulillah ada tinggal 4 kerusi untuk flight jam 8 keesokan pagi (SABTU)... Jadi kami dapat balik cepat...




Sepanjang perjalanan, saya tak dapat fikirkan benda lain... Saya cuma terbayang, macam mana nak teruskan hari-hari tanpa bapa dan berhari raya tanpa bapa? Saya masih nak beraya dengan bapa dan hari raya tak akan lengkap tanpa bapa sekali... Bapa tinggal bersama kami, jadi kalau bapa pergi, memang terasa sangat-sangat... Air mata tak putus-putus sepanjang penerbangan... dalam hati cuma kata tak nak Bapa pergi... =(


Sampai ke kuching dalam jam 10pagi dan terus ke hospital... Kat hospital tak boleh nak jumpa terus sebab bapa dah dimasukkan ke ICU dan masa melawat jam 12.30 tengah hari. Tunggu dan terus tunggu... Akhirnya jam 12.30 tgh hari (SABTU)... Runtun rasa hati bila tengok keadaan bapa masa tu... Wayar berselirat kat badan dan muka, wajah bapa kembang dan sangat-sangat lain... Bapa terbaring kaku dan tak sedarkan diri dengan hos bantuan pernafasan terpasang didalam mulut... Tak pernah tengok keadaan bapa selemah tu, sebab bapa seorang yang kuat dan tabah. Bapa tak pernah mengadu dia sakit, walaupun sakit bapa akan buat macam biasa dan tak nak tunjuk yang dia sakit... Jadi kalau dia sakit pun, kami tak akan tahu sebab bapak memang pandai berlakon... =(


Bila tengok keadaan bapa, saya dapat rasakan bapa memang dah tak ada harapan... Keadaan bapa sangat lemah dan BP sangat rendah... 70/40 dan semakin menurun.... Allahhuakbar... Allah je yang tahu rasa dalam hati masa tu... Tapi masa tu, masih lagi berharap sebab doktor kata bapa boleh jalani pembedahan kat bahagian luka tu kalau BP dia stabil... Jadi kami berdoa dan adik beradik bacakan yasin dengan harapan ada keajaiban yang berlaku...


Jam 1 pagi (AHAD)... Doktor maklumkan supaya semua kami berkumpul di hospital sebab bapa dah betul-betul kritikal dan pembedahan dah terlambat dan tak boleh dilakukan lagi... MENURUT DOKTOR, Bapa dah guna ubat yang maksimum untuk bantu jantung dia bertahan. Doktor nak kami bersedia sebab jantung bapa boleh berhenti bila-bila masa dan tak tau berapa lama boleh bertahan. dan doktor nak minta kebenaran keluarga sama ada nak buat CPR atau tidak kalau jantung bapa berhenti tiba-tiba... Kami semua berbincang dan bersetuju untuk TIDAK buat CPR kalau terjadi apa-apa... Cukuplah kesakitan yang bapa tanggung selama ni, kami tak nak bapa tanggung lebih lagi sebab CPR akan menyeksakan bapa sebab boleh mengakibatkan patah tulang rusuk. Kami akan relakan bapa pergi kalau dah tu takdir dia... Kami Redha... =,(


Selepas berbincang dengan doktor... Kami 8 beradik tak berganjak dari hospital... Semua menunggu di luar ICU dan kami bergilir-gilir masuk untuk jaga bapa.. Keadaan bapa dah kritikal, jadi doktor dah bagi kebebasan untuk kami keluar masuk dalam bilik ICU... Bacaan BP makin menurun... Dari 80 ---> 70 ---> 60 ----> 50 ----> 40 -----> 37/30... Jam 7.30 pagi (AHAD), itu adalah bacaan terakhir yang saya baca sebelum saya keluar dari bilik ICU dan digantikan Adik saya untuk jaga bapa... Saya cuma keluar sekejab je, dalam jam 8.15 pagi saya masuk balik dan BAPA DAH TAK ADA... JANTUNG BAPA DAH STOP dan GARISAN GELOMBANG DALAM SKRIN DAH LURUS.... Sekelip mata je dan jururawat mengesahkan bapa pergi jam 8.10 pagi... Kesedihan tak boleh nak bayangkan tapi air mata dapat ditahan, BUKAN SEBAB EGO... TAPI SAYA REDHA...  Saya merelakan pemergian bapa... Saya terima dengan Redha... Berakhir sudah kesakitan yang bapa tanggung selama ni... 


Saya rela dan dapat terima dengan Redha, sebab sewaktu dalam perjalanan nak ambil adik di Puncak Alam, bapa masih sedarkan diri. Doktor benarkan kami semua bercakap dengan bapa melalui telefon sebelum bapa di tidurkan untuk merehatkan jantung dan menstabilkan keadaan bapa. Walaupun dalam kesakitan, bapa masih dapat bergurau dengan suara lemah... 

Bapa kata, "Janganlah berebut nak pulang, jalan-jalan je shopping dulu. Sebab bapa ok, takde apa-apa." 
Saya syukur sebab masih sempat bercakap dan jaga bapa sehari semalam di ICU, walaupun bila kami jumpa, bapa dah tak sedarkan diri. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu kami dalam perjalanan balik nak lawat dia di hospital... Cuma saya sedih sebab bapa tak sempat jumpa saya masa sedar... Abang kata, bapa cari saya dan sedih bila abang kata saya takde kat sana... =,( Tapi sekurang-kurangnya saya terus call dan bapa sempat dengar suara walaupun tak dapat tengok... =,(


Nama panggilan saya kat rumah
PASAL LUKA DIKAKI BAPA... Sebenarnya kami tahu kaki bapa luka, tapi kami tak tahu seteruk tu keadaan dia. Sebab bapa sedaya upaya sembunyikan kaki dia dari kami dan kami langsung tak boleh nak tengok macam mana rupa luka tu. Bila kami tanya, bapa kata luka sebab dia garu bekas digigit nyamuk.. Bila dah macam tu, kami tak boleh nak buat apa, dan kami tak sangka boleh jadi seteruk sekarang... =,(

Pengebumian bapa... Saya Update dalam entry lepas ni... =,(

Shopping Raya 2015 Berakhir Dengan Air Mata

Assalamualaikum... Ni cerita tentang suka suki... SEBELUM bermulanya kisah sedih kehilangan Bapa tersayang...

Okay... Shopping raya tahun ni memang dah plan lama, nk shopping semua barang raya kat KL, sebab barang-barang kat kuching tak banyak pilihan dan tak berapa nak best... Jadi, bila dah lama plan, dah lama jugak lah kumpul duit tu... Jadi tak payahlah nak hairankan sangat... =)

Plan awal, ke KL dari 25.06.2015 sampai 29.06.2015... 5 hari kat sana... Sampai KL hari Khamis, jadi sempatlah jalan-jalan dan shopping dalam 2 hari sebelum pulang Emergency pagi Sabtu ke Kuching... 
Khamis jalan-jalan siang guna transport awam, ERL, LRT & Monorail... Senang sikit sebab tak suka menempuh jalan raya sesak di siang hari... =) Alhamdulillah Areej tak meragam sepanjang jalan-jalan dan dia tidur je dalam stroller bila bosan...


Malam hari barulah jalan-jalan dengan kereta... Malam selesa sikit guna kereta sebab jalan raya tak sesak, clear je dan tak pening... =)



Pengakuan, baru 1st time makan Ice-Cream Magnum yg dalam gambar tu, kat IOI City Mall.... Ok la, tapi tak suka sebab mahal dan KECIK... Tak berbaloi... Tak nak makan lagi... huhu~~

Jumaat, adik ambil cuti... Jadi misi untuk cari barang di sekitar Jalan TAR, SOGO dan kawasan sekitar... Macam biasa, tangkapan di kawasan tersebut paling banyak... Kami bermula kat Jalan TAR jam 10 pagi, dan keluar dari sana jam 2.30 Petang... (^_^) Jumaat atau mana-mana hari berkerja paling best ke sana, sebab jalan clear dan manusia pun tak banyak... Tapi kena beredar dari kawasan tu sebelum orang keluar pulang dari pejabat... =)


Selain beli keperluan raya kami, kami belikan sekali untuk Bapa... Kami dah belikan kain pelikat & butang Baju Melayu untuk bapa di Jalan Tar... SEWAKTU DI SOGO... Saya dan adik nak belikan selipar untuk Bapa, adik TELEFON BAPA dalam jam 12 tengah hari untuk tanya saiz kaki... TAPI bapa tak jawab panggilan... Jadi kami cuma beranggapan bapa sibuk dan tak boleh jawab telefon... Kami terus kan beli dan ambil saiz paling besar (Saiz 11) dan sambung jalan-jalan seperti biasa... Kami langsung tak fikir apa-apa yang buruk sebab tak jawab telefon tu dah kira perkara biasa kalau sibuk...


Sampai dirumah, saya dapat panggilan telefon dari customer (Kak Yot) yang datang nak ambil kek yang saya dah siapkan sebelum ke KL... Akak tu kata, dia nampak bapa baring kat lantai, tapi bila dipanggil, bapa tak jawab. Jadi dia tanya saya untuk minta kebenaran masuk rumah bangunkan bapa untuk ambil kek... Terkejut akak tu tgk keadaan bapa dan terus bagitau saya. 
Masa tu mak tak ada di rumah, mak tengah uruskan anak saudara kat rumah abang. Saya segera inform kat mak untuk pulang tengokkan keadaan bapa. Mungkin mak tak nak kami risau, jadi diorang kata tak ada apa-apa... Tapi, tak sangka pulak kegembiraan sepanjang hari tu adalah kegembiraan terakhir, dan semuanya berakhir dengan air mata malam tu jugak... =(

Next.... Saya update dalam entry lepas ni segala apa yang berlaku... =(


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~