Thursday, August 27, 2015

Surprise Husband on 28th Birthday

Surprise!!!! (^_^) Saya memang jenis yang suka buat surprise... Tak tau kenapa... Habbit kot sebab suka tengok wajah Terkejut, Blurr dan Gembira... =)

Tahun lepas, 2014... Langsung takda sambutan sebab betul-betul jatuh pada Hari Raya... Jadi kalau nak celebrate jugak, terasa macam kelam kabut je nanti... Jadi, tahun ni...2015... Buat special sikit dan betul-betul surprise untuk Addin...

Alhamdulillah... Semuanya berjalan seperti yang dirancang...walaupun Areej tiba-tiba demam bila dah dekat tarikh dan kaki addin kembang sebab terjun dari bumbung rumah... ^_^

Sambutan Birthday-eve disambut betul-betul kat tengah Dataran Putra Jaya... =) Jauh terbang dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk kejutan Hari Jadi Istimewa, tapi BAJET sebab tiket murah je... hihihihi~~~ =)

Perancangan dibuat teliti... Urusan jadi mudah disebabkan 2 orang adik saya duduk kat Putra Jaya dan boleh tolong selesaikan apa yang saya tempah kat sana... Saya tempah kek untuk Addin dari Page FB : Artsey-Studio ... Mudah berurusan dengan Baker ni, sebab akak ni tak sombong dan dia ada Servis Penghantaran sekitar KL menggunakan Ta-Q-Bin...dan kek dia comel dan SEDAP!!! itu yang penting... =)

Tema muzik seperti minat Addin
Selain kek, saya buat tempahan Pizza dari Domino's Pizza cawangan Putra Jaya... Saya sengaja pesan Domino's sebab ni pertama kali dan saya teringin nak rasa pizza diorang yang dikata lebih sedap dari Pizza Hut dan sedikit murah... =) BETUL!!! Memang Domino's Pizza lebih sedap... Tak tau macam mana nak explain sedap tu, mungkin korang boleh try kalau berkesempatan... Kat Sarawak takde Domino's Pizza, kesian~~~~

1st beli, dpt kupon diskaun ... Berbaloi!!!

Sampai je KL, adik jemput kami... Kek dan pizza dah siap-siap dalam kereta masa tu. Bila Addin tengok, dia tak faham lagi... Sebab normal untuk saya ni delivery kek tak kira tempat... Jadi, saya kata nak delivery kek kat Dataran dulu sebelum balik rumah... Pizza pulak untuk rehat tengok TV tengah malam... Seronok pulak Addin sebab ada pizza untuk lepak-lepak... hihi... =)

Sampai kat dataran, slumber je kitorang letak pizza atas rumput dan tunjuk kek... Masa tu barulah kantoi sebab Addin tengok nama Areej atas kek... Sampai ke sudah Addin blurr sebab tak terfikir celebrate birthday dia sampai ke KL... Hihihi~~~ (^_^) Sampai dia tak nak potong kek tu sebab comel katanya... Kek tu simple je, tapi memang comel kan?? =)

Diharapkan ni moment istimewa buat Addin.. =)
Sebenarnya tu cuma permulaan... Tujuan ke KL adalah transit untuk ke "Langkawi" keesokan hari... Memang mati-mati Addin ingat kami nak ke Langkawi, sebab sebenarnya saya memang ada booking flight ke Langkawi, tapi bila terjumpa promosi tiket ke KRABI, saya pulak bertukar fikiran dan booking satu lagi tiket untuk ke Krabi tanpa pengetahuan Addin... Tiket Langkawi BURN lah... =)

Payah saya nak tipu Addin sepanjang planning nak ke Krabi... Disoal siasat kenapa sibuk nak buat Passport dan tukar matawang Thailand kalau nak ke Langkawi.. Saya bagitau dari Langkawi boleh naik FERI ke Thailand, jadi mungkin boleh ready duit Thailand kalau-kalau rasa teringin nak ke seberang guna Feri... Addin pun EXCITED bila dengar boleh ke Thailand guna feri... Lagilah seronok saya nak menipu bila tengok Addin excited... Maksudnya dia berminat dengan apa yang akan kita buat... (^_^)


Perjalanan nak ke Krabi kantoi bila dah dekat Pintu Pelepasan Q... Addin bebel sebab saya degil, dia kata pelepasan dalam negara J dan K... Tapi saya tetap nak pegi ke pintu P dan Q... Bila pegawai mintak passport barulah saya bagi tiket dan passport kat Addin... Dia cuma diam tak terkata apa-apa masa terbaca tiket... Cuma dapat sebut saya ni "Bodoh"... Bodoh sebab perbodohkan dia... hihihi~~~ Saya tergelak tak henti-henti sebab lucu bila tengok dia terkejut dan asyik sebut "bodoh" bila gembira sangat-sangat... (^_^) Bodoh tu bukan dia nak kutuk, tapi dah tak terkata apa bila hati dah ter-over excited... Senyum Addin??? Tak payah nak cakap, memang tak hilang dari wajah... Hati rasa senang sangat masa tu sebab kejutan kali ni memang menjadi dan diluar jangkaan... Alhamdulillah... =) Syukur sangat...Kalau takde rezeki, tak sampai pun kami kat sana... =)

Manis senyuman Birthday Boy.. =)
Hampeh.... hihi~~~

Trip kali ni tak bawa Areej... Sebab ni kali pertama kami bersama keluar dari Malaysia... Sebelum ni dalam Malaysia je... Kami risau keadaan akan kelam kabut, jadi kami drop Areej kat adik dan stay kat KL sepanjang 4 hari.. =) Areej pun dah diberikan aktiviti, adik bawa Areej bersuka ria ke Sunway Lagoon dan Aquaria... (^_^) Next time, kami akan pergi bersama Areej... SURE bawa sebab next tiket memang dh beli untuk Areej sekali... =)

Untuk info... Tiket ALL PARK (Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park) berharga RM150 seorang kalau beli kat pintu masuk... Tapi, kalau beli online cuma RM108 je sorang... Dua tiket ni untuk 2 orang adik teman Areej pergi... =)


Apa pun... Diharapkan hari lahir kali ni menjadi kenangan terindah buat Addin... Tahun depan apa pulak ye??? Tungguuu... Sentiasa ada surprise yang akan dibuat... =) 


"Kami meraikannya kerana keperibadiannya yang unik dan kebolehan luar biasanya sebagai seorang lelaki yang di anugerahkan Allah padanya... 

Kami meraikannya sepertimana dia menyambut dan membelai si kecil di dalam setiap kali terluang... 

Kami meraikan sebuah kehidupan dan nyawa yang telah dianugerahkan oleh Allah padanya... Tahun-tahun yang berlalu telah membentuk keperibadiannya untuk dihadiahkan kepada kami...untuk kami... Kerana fitrahnya sebagai penjaga dan pembimbing... 

Kami meraikan cintanya untuk kami dan komitmen setianya untuk menjadi pemimpin sebuah kehidupan... Kewujudan kami dan siapa kami, adalah bergantung kepada panduan asasnya pada Allah... 

Kami meraikan ciptaan Allah dan redha setiap perjalanan yang di tentukanNya untuk kami..."


NAK TIPS UNTUK BERCUTI KE KRABI BOLEH KLIK LINK NI ----> Krabi Trip <-----

kejutan untuk suami, surprise birthday husband, trip ke krabi, surprise idea for husband,


Blurrr... Mana Nak Sarapan?

Setiap Pagi... Bila dah nak sampai pejabat... Soalan yang sama akan timbul... Bertahun-tahun... MANA NAK SARAPAN?? Sampai saya sendiri dah naik stress nak jawab... Dah tak boleh nak fikir mana tempat best untuk sarapan...

Kuching...Fikirlah sendiri kat mana... Saya pun tak tau... Pusing-pusing, tempat tu jugak di pergi... Last-last duduk & minum teh peng sebab tekak dah muak nak makan benda yang sama.. TAPI...tetap nk pergi jugak, sebab suka duduk kat kedai pagi-pagi lepak... Hihihihi~~~~


Take Care People.. =)

Tuesday, August 25, 2015

Krabi Trip SUMMARY


END OF HOLIDAY!!! Hari ini flight balik ke KL jam 7.15 Pagi... Jadi siap-siap bertolak dari hotel jam 5.30 pagi. Teksi dah booking dari hari pertama sampai Krabi lagi, jadi dah tak perlui risau lagi pasal benda tu... Tepat jam 5.30 pagi, tunggu je kat lobby hotel, diorang sampai tepat pasa masanya...

Jadi... Bemula lah episod biasa dalam kehidupan seharian dan takde lagi bercuti... Get Back to WORK!!! (^_^)

SUMMARY untuk sepanjang perjalan di Krabi saya rumuskan seperti kat bawah ni... =) Seriously... Saya jenis strict pasal bajet... Kalau tu yang dah ditetapkan, itu je lah yang akan dibelanja... Duit extra??? Of course ada... Saya balik ada extra RM200 lagi selepas convert balik duit Thailand ke Malaysia... =)

Kalau nk tengok Itinerary sebelum perjalanan, boleh klik kat bawah ni... Jadual dirancang dan perjalanan sebenar ada sedikit perubahan... Kita hanya merancang, Allah yang tentukan selebihnya... Yang penting, sebelum pergi kita dah atur, jadi bila sampai, memang perjalanan teratur sangat-sangat... =) Daripada perancangan asal, ada yang terlebih dan ada terkurang... Hihi~~ =)

KLIK SINI >>>>Itinerary Sebelum Ke KRABI<<<<

 Jadual kat bawah ni terhasil selepas balik dari Krabi dan saya buat dalam 1 jadual... =)

Pertukaran matawang Ogos 2015

10Bath = RM1.125

belanjawan dan bajet
Jadual Aktiviti
Untuk detail Perjalanan sepanjang Perjalanan... Boleh klik satu persatu link kat bawah ni... =)





Jadi... Selamat Bercuti!!! Next trip... Tunggu... =)

ADD ON YANG TAK PENTING DAN SAYA TAK MASUKKAN DALAM JADUAL... PHOTOSHOOT BERSAMA PONDAN THAILAND... 500Bath... hihihi...


take care people... =)


Krabi Trip DAY 3

Hari Kedua kat Krabi... Pun kena bangun awal jugak sebab trip mula jam 8.30 pagi... Nama trip hari ni Island Safari (James Bond Island)... Ada 4 lokasi untuk dituju : Monkey Cave, Ladang Buah, Berkayak di Thaluk Island dan Makan tengah hari kat salah satu pulau di Phanga Bay

Sebelum bermula trip, seperti biasa kami keluar untuk menikmati street breakfast... =) sebab murah dan sedap.. hari berjalan kami dalam 15 minit sebab moto sewa dah dihantar balik petang semalam... Tak jauh pun 15 minit tu, kira macam kampung sebelah.. =)

Dress Code untuk Aktiviti hari ini : Pakaian santai pantai... Nak guna dress pantai pun boleh. Lagi cantik untuk bergambar  nanti.
(Jangan ikut pakaian saya, sebab saya tak bawa baju yang cukup. Jadi guna swimming suit je lebih senang dan jimat tak perlu beli baju baru) ^_^
Bekalan :  Kamera dan duit je... =)

Aktiviti hari ke tiga pun agak santai, tapi jaraknya agak jauh dari pekan Aonang... 1 Jam 40 minit dengan Van... penat dan pening sebab perjalanan jauh... Kami kena pergi jauh, sebab aktiviti hari ni kat pekan lain. Bukan di Aonang tempat kami tinggal... =)



Saya suka kat Monkey Cave sebab saya suka tengok monyet... Yela, rumah saya pun memang ada pelihara monyet, jadi bila tengok monyet berkeluarga, rasa seronok pulak. Teringat dekat monyet di rumah... =)

Komen saya untuk BUAH THAILAND... buah diorang semua SEDAPPP... Walaupun sama macam buah malaysia, tapi rasa buah sini lain... Kat sini, buah semua masak sendiri dan bukan buah diperam... Jadi rasa manis dan lembutnya semua cukup.. Tak macam buah kita kat Malaysia... Semuanya petik waktu mentah dan diperam supaya masak. Jadi rasa buah pun kadang-kadang tawar dan manis tak menepati cita rasa... Saya dan Suami makan buah sampai sakit perut sebab sedap... (^_^) Apa lagi, bila dibawa singgah ke ladang buah, memang kami beli dan makan sampai kenyang... =)

Lepas singgah ke ladang buah, barulah mula aktivi air... Menaiki bot panjang untuk ke James Bond Island dan berkayak... Kalau singgah kat James Bond Island, silalah bergambar... Saya tak ambil gambar sebab sibuk menghayati suasana... =) Pulau nya kecik je... Tapi dikelilingi bukit batu yang cantik... Silalah google kalau nak tengok... ^_^

James Bond Island
Paling saya suka... BERKAYAK... Sebenarnya kayak dikayuh oleh "paddle man"... Tapi kalau nak kayuh sendiri pun boleh... Berkayak untuk melihat keindahan bukit dan masuk ke gua batu di celah-celah bukit... Seronok sebab ni pertama kali saya berkayak... Saya tak pernah berkayak sebab takut lemas. tapi kali ni suami ada sama jadi rasa yakin sikit kalau lemas nanti ada yang tolong selamatkan... hihi...



Walaupun berkayak di tengah muara yang panas... Tapi tetap senorok sebab dapat luangkan masa bersama suami... Kalau kat rumah sibuk memanjang je dengan hal sendiri dan tak ada masa untuk bersama... Jadi masa-masa macam ni memang akan dimanfaatkan sebaik-baiknya... =)
Alhamdulillah, trip laut kali ni suami tak mabuk laut sebab kurang bergelora kalau nak dibandingkan dengan Speed Boat ke Phi-Phi Island... Rasa macam nak terbalik pun ada... =)

Selesai aktiviti berkayak, kami disinggahkan ke sebuah lagi pulau untuk makan tengah hari... Dah boleh jimat untuk makan tengah hari sebab semua termasuk dalam pakej... =)

WAJIB!!! Bila ke Thailang adalah Massage dan Spa... (^_^)


Memandangkan saya ni dah lama mengamalkan urutan Bali,... Jadi bila terkena urutan Thailand... rasa macam nak MATI!!! sakit wooo... Tak nak lagi rasa urutan Thailand... Lagi sedap Urut Bali sebab urutan lebih lembut dan selesa dan hilang semua sakit-sakit badan... Bila kena Urut Thai, bukan hilang sakit badan, tapi nak tambah sakit adalah.... Menyesal... Huhu~~
Suami suka lah, sebab dia lelaki kot, jadi tak rasa sangat... Saya ni yang tak suka... Apa pun semua bergantung dengan minat masing-masing... =)

Malam penutup Di Krabi... Kami lagi sekali melayan street food... Sebab MAKANAN RESTORAN TAK SEDAP, MAHAL dan TAK BERBALOI... Hihihihi~~~


Sedap dan PEDAS!!! Hihihi~~~ 

Belanjawan Untuk hari KeTiga Di KRABI... =)

Breakfast : 115B
Street Food & Tit Bits : 500B
Dinner : 130B
Massage & Saloon : 900B

TOTAL : 1645B = RM185.10

Last Day... Next Post~~~ (^_^)

Krabi Trip DAY 2

Hari Kedua kat Krabi... Kena bangun awal jugak sebab trip mula jam 8.30 pagi... Nama trip hari ni Aonang Safari... Ada 4 lokasi untuk dituju : Hot Stream, Emerald Pool, Monkey Cave dan Tunggang Gajah.

Sebelum bermula trip, kami keluar sarapan pagi dulu, street breakfast... =) murah dan sedap.. Kalau nak jalan kaki je pun boleh, tapi kami hari ni guna moto, sebab moto yang disewa semalam masih ada lagi, hantar balik jam 6 petang nanti...

Street Breakfast
Dress Code untuk Aktiviti hari ini : Swimming suit... pakai kat dalam dari hotel... Kenapa? Buat je, nanti dah pegi tau lah kenapa... =)
Bekalan :  Bawa baju santai extra untuk bertukar kemudian... =)

Aktiviti hari ke dua agak santai, sebab mandi sungai, melawat tokong tinggi lebih kurang macam batu caves dan menunggang gajah... Saya tak tahu dress code untuk hari ni. Jadi saya takde bawa baju untuk mandi sungai dan takde bawa baju extra. Jadi agak sedih sikit sebab tak boleh nak mandik manda macam orang lain... 

Seronok kalau dapat mandi kat sungai air panas dan emerald pool tu, rugi sangat-sangat... Apa boleh buat, info tak cukup... jadi tu la padahnya... Emerald pool tu cantik gilerrr... Air sungai biru yang terletak kat tengah-tengah hutan... pelik kan? Tapi tu lah hakikatnya, rasa mcam tengok air laut sebab biru dan jernih je... Rugi bila tak boleh nak berenang.. Niat asal nak je berenang, sebab kami dah basah bila terjun je sekali dengan baju masa singgah kat sungai air panas. Tapi lepas tu driver van bising sebab kami basahkan van dia... Hihihi~~~ Jadi, bila sampai next location, dah takut nak mandi...dan kami beli tikar gulung untuk alas tempat duduk dalam van... Sedihnya... =(

Emerald Pool... Kolam Sungai Biru tengah hutan
Sungai Air Panas Dalam Hutan
Selesai aktiviti ke sungai... kami diberi makan tengah hari... Makan tengah hari termasuk dalam pakej, jadi boleh jimat duit kat situ... =) Selepas makan barulah aktivi yang takde kaitan dengan air... Melawat Tiger Cave Temple dan Tunggang gajah... Temple tu lebih kurang macam kat Malaysia, Batu Caves... Dia ada tangga untuk naik ke puncak temple dalam 1200++ lebih anak tangga. DAN kami tak naik pun, sebab bila tengok dari bawah pun dah rasa macam semput nak naik... Hihi~~~ Stamina tak cukup, tak payah lah... =) dan banyakkkk monyet!!!

Kat ladang gajah.. Nak kata happy pun tak jugak... kebanyakkan nya hati terasa sayu.. Sebab kesian kat gajah-gajah tu... Ada yang luka dan bertampal ubat kat tubuh diorang. Tuan diorang pun kasar, diketuk-ketuk kepala gajah tu dengan besi untuk berikan arahan buat persembahan... =(
Kami tunggang salah satu anak gajah, untuk dijadikan pengalaman... Seronok tunggang gajah? memang seronok sebab tempat sendiri takde gajah... =)

Tiger Cave Temple
Tunggang anak gajah
Hari ni...Takde nak keluar shopping... Lepas habis aktiviti dalam jam 5 petang, kami balik ke bilik berehat sekejab dan keluar semula untuk jalan-jalan tengok kedai sekitar pantai dan terus makan malam... Nak jalan lebih-lebih memang tak larat sebab penat jugak dengan aktiviti hari ni dan sedia pulak untuk aktiviti esok... =)

Belanjawan Untuk hari Kedua Di KRABI... =)

Breakfast : 130B
Street Food & Tit Bits : 200B
Keperluan Tour (Tikar Gulung) : 100B
Dinner : 820B

TOTAL : 1250B = RM140.60

Day 3... Next Post~~~ (^_^)

Krabi Trip DAY 1

Hari pertama kat Krabi... Awal kami bangun sebab EXCITED sangat-sangat nak pergi ke pulau... Ye la, tengok dalam internet, pulau batu kat Krabi ni cantik, mesti lah excited... Tour Pertama kami hari ini adalah Phi-Phi Island Hoping... Melawat ke 4 jenis pulau dengan Speed Boat... =)

Drees Code untuk Aktiviti hari ini : Swimming suit... pakai siap-siap dari hotel lagi
Bekalan : Sun Glass, Topi & waterproof Camera je... Kenapa? Kalau dah pergi nanti, baru tau... Hihihihi~~~ Tapi, percaya lah, bawa ni je... dan DUIT, untuk membeli belah kat pulau waktu singgah nanti... =) DAN siap-siap pakai SUN BLOCK dan makan PIL MABUK kalau rasa mabuk laut...


Aktiviti hari ini memang seronok sebab ada snokerling... Dasar laut cantikkkkk sangat-sangat... Menyesal sebab saya tak beli sarung waterproof untuk handset sebelum pergi,. Kalau tak, memang saya dah boleh ambil gambar terumbu karang kat dasar laut tu... Cantik gilerrr dan berwarna-warni...

Sunbathing kat Pulau... =)
Snokerling
Lautan Thailand ni memang banyak dengan bukit-bukit batu... dan panorama dia memang cantik... Terpegun kejab bila lalu kat tepi-tepi batu ni dan terfikir macam mana batu macam tu boleh ada kat tengah laut... =)

Kalau tak pandai berenang, jangan risau.. Untuk snokerling tak perlu untuk pandai berenang pun. Sebab terapung sepenuhnya oleh jaket keselamatan dan for sure selamat kalau korang tak buka jaket tu... =)

Trip Phi-Phi Island ni melawat ke 4 pulau. kat pulau terakhir, En.Suami mabuk teruk dan dah boleh nak bangun... Muntah tak henti-henti sampai lemah satu badan.....dan...benda tu lah yang musnahkan perjalanan sebab terus takde mood untuk jalan-jalan kat pulau terakhir yang ada pelbagai untuk dilawati... kami sampai kat pulau terakhir tu cuma untuk tido je kat tepi pasir sebab en.suami dah tak boleh nak bangun... Huhu~~ Jadi, baik jangan cakap besar... Makanlah pil mabuk sebelum mabuk laut tu musnahkan seluruh aktiviti korang nanti... Tak best kalau dah mabuk, satu ape pun dah tak boleh nak buat...

Sampai ke darat... Kami terus balik hotel dan saya hantar En.Suami pergi SPA untuk urut dan buang angin mabuk satu badan... Alhamdulillah, lepas urutan En.Suami sihat dan boleh sambung perjalanan sampai tengah malam... =) Saya sarankan pergi ke SUKHOTHAI Spa & Masage, sebab tempat tu je yang sedap mengurut. Tempat lain, cuma sakit je lebih dan tak rasa urutannya...

Sukhothai Spa
Memandangkan En.Suami tak berapa sihat...jadi tak boleh banyak berjalan... kami sewa Scooter yang berharga 200B untuk 24 jam... Besttttt bawa scooter kat tempat orang, moto dia pun comet je.. (^_^)
Bila pakai moto, bolehlah melencong jauh sikit dan jelajah sekitar pekan Aonang... =)

Sewa Scooter 200B 24 Jam
Makan malam, pilih tempat best sikit... Sikit je...bukan street food... Tujuan cuma nak bandingkan rasa makan kedai dan tepi jalan... TAPI... Memang out!!! Sebab street food lagi sedap... WAJIB MAKAN!!! Banana Nutella Pancake & Mini Pancake, ada jual kat mana-mana tepi jalan... 50B dan 20B je... hihihi~~~

Banana Nutella Pancake & Mini Pancake

Lepas jalan-jalan...Singgah kat mana-mana untuk beli Souvenir dibawa balik nanti... =) PASAL MAKANAN HALAL KAT KRABI... SENANG NAK CARI... SEBAB KRABI MEMANG ADA ZON MUSLIM... Jadiii~~~~

Belanjawan Untuk hari Pertama Di KRABI... =)

Street Food & Tit Bits : 380B
Keperluan Tour (Selipar Jepun, Topi beach, Waterproof Cover) : 1120B
Spa & Masage : 400B
Dinner : 580B
Souvenir : 1800B
Sewa Motosikal : 200B

TOTAL : 4480B = RM504

Day 2... Next Post~~~ (^_^)

Krabi Trip 2015

Assalamualaikum... Pagi ni hari pertama turun kerja selepas bercuti 5 hari... Sembab je rasa sebab masih dalam mood holiday... Tapi gagahkan diri jugak untuk pergi kerja dan update blog ni sebab dah ramai yang tunggu... (^_^)


Trip holiday 2015 ke-2 a.k.a Honeymoon adalah ke KRABI... =) Ni first time saya dah suami ke luar negara tau... Sebelum ni dalam Malaysia je... Alhamdulillah ada rezeki lebih... =)

Bila kami pergi? Seperti dalam jadual kat bawah ni...


Kami transit sehari kat KL sebab nak drop Areej kat rumah abang, Areej stay kat KL sepanjang kami ke Krabi.. Bukan sengaja nak tinggalkan Areej, tapi ni first time kami keluar jauh, jadi tak tau macam mana keadaan dan risau jadi kelam kabut. Jadi kami pergi berdua je kali ni.. Next holiday kami akan bawa Areej dan SURE bawa sebab next tiket memang dah beli untuk Areej sekali... =)

Kami TIBA KAT KRABI bukan seperti jadual di dalam tiket, 4.40 petang. Tapi kami sampai sana dekat nak jam 6 Petang.. Penat sangat bila sampai lewat macam tu... Kenapa lambat? saya pun tak pasti..

PERKARA PERTAMA DILAKUKAN BILA SAMPAI KRABI... 

Beli kad sim Thailand... =) 180B je satu untuk pelan internet 5 hari.... Dan terus survey pakej yang ada kat sana... FOR SURE!!! Terus selesaikan bayaran semua pakej dan kenderaan pergi ke Hotel dan balik ke Airport sepanjang kat Krabi... Kalau nak senang, lebih baik selesaikan sekali gus apa yang perlu dibayar.... supaya tak perlu nak pening lagi fikir pasal nak agihkan duit untuk itu dan ini... Kalau pakej dan transport dah selesai bayar, jadi duit yang tinggal adalah untuk makan dan shopping...

Cara saya, selepas bayar semua apa yang patut, saya kira balik SEMUA baki yang masih tinggal dalam purse... Contoh, saya ada baki 10000Bath selepas selesai bayar semua pakej. Terus dibahagikan dan lipat duit berasingan untuk 4 hari di Krabi... Jadi, belanja sehari cuma dibenarkan 250B je... Tetapkan diri belanja tak lebih dari yang dah ditetapkan... DISIPLIN diri... Bila ada baki untuk hari tertentu, bolehlah "carry foward" untuk shopping lebih sikit keesokan hari... Kan senang??? Otak pun tak pening nk kira-kira lagi

Balance : 10,000Bath / 4 Days
Pocket Money = 250Bath / Day

Lepas selesai urusan bayar-bayar... Barulah check-in dan sedia untuk jalan-jalan dan makan malam... (^_^)

BAIKLAH... 
Belanjawan dan Bayaran yang diselesaikan sekali gus untuk 
HARI TIBA DI KRABI

Bas Airport-Hotel : 300B x 2  = 600B
Taxi Hotel-Airport : 600B x 2 = 1200B
Sim Kad : 180B x 2 = 360B

Pakej :
Phi-phi Island Hoping : 1400B x 2 = 2800B
Aonang Safari & Elephant : 1400B x 2 = 2800B
Island Safari & Canoe : 1400B x 2 2800B

 Deposit Hotel : 2500B (Duit dipulangkan selepas Check-out)

Makan malam (Street Food) : 150B

Total duit dalam RM... Pertukaran matawang Ogos 2015

10Bath = RM1.125
13210Bath = RM1486.10

Nexttt Day~~~ Saya update kat post baru...

Thursday, August 13, 2015

Kenapa mesti Holiday @ Honeymoon?

Assalamualaikum... Mungkin ada yang kata melancong tu untuk orang kaya je. Takde duit macam mana nak pergi melancong? OK... Tu silap sangatttt~~~~

MELANCONG bukan dilabelkan sebagai LUAR NEGARA atau pun JAUH... Untuk saya melancong tu adalah jalan-jalan di tempat yang "asing dan masa bersama"... Kalau KAYA, mungkinlah boleh pergi oversea. Tapi kalau sederhana seperti saya sendiri, tempat dekat dah memadai... Apa yang penting ada "Perubahan Minda" dan "Masa Berkuali"... Itu yang penting...


DULU...diawal perkahwinan, kewangan kami masih tak stabil... TAPI holiday tu MESTI... Saya duduk kuching, jadi Holiday bajet adalah perjalanan dengan kereta... Honeymoon bajet kami buat kat SIBU...6 Jam perjalanan... Walaupun dekat, tapi sangat seronok bila kita betul-betul menghargai masa berharga bila bersama dan berdua... (^_^)

Kenapa mesti Holiday @ Honeymoon?
"Want to be happy? Stop Buying Things and go TRAVEL!!!"

1. Mengubah Minda dan Pemikiran
Fikiran kita akan lebih terbuka bila kita berada di suatu tempat asing. Perbezaan cara hidup, adat, makanan, tempat dan lain-lain akan membuatkan kita berfikir pasal kelainan tersebut.. Kadang-kadang ada yang menarik, pelik dan jelik... Hehe... =)
 "Change Your Thought & You Change Your World"

2. Lebih Menghargai Hubungan
Bila berdua atau bersama keluarga jauh dari tempat asal dan jauh dari orang yang dikenali, hubungan akan jadi lebih erat. Masa sepenuhnya diluangkan bersama dan masing-masing mengharapkan satu sama lain.
"Bonding time!!! Sweet time with husband & Family!!!" 

3. Matlamat Hidup
Kalau hidup dalam zon biasa, biasa jugak lah matlamat kita... Tapi bila dah AIM for holiday atau suatu yang besar, matlamat tu akan jadi lebih besar. Hari-hari keep looking foward untuk hari tu... Hari-hari akan jadi lebih bersemangat sebab ada sesuatu untuk dicapai dalam hidup...
"Travel is to Live"

JADI... Tunggu apa lagi... Jum tukar target... Mula simpan wang dari sekarang, hentikan shopping perkara yang tak penting dan buat tabung untuk bercuti... =)

take care people... =)

Ketagih Melancong!!!

Oww Yesss!!! Lately saya dapat rasa aura gila melancong dalam diri... WHY??? Sebab saya bukan dilahirkan dalam keluarga kaya... Masa kecik, kalau dapat pergi KL dah happy gila sampai tak boleh tidur malam... Yeke? YESSS...Sebab kami bukan orang kaya, dan nak pergi jauh macam tu adalah mustahil sebab semuanya perlukan wang...

SEKARANG...saya dah besar, dah berkeluarga, dah berkerja.... Saya nak tebus balik segala rasa keinginan zaman kecik... HOLIDAY!!! Selagi mampu, saya dan suami akan bawa keluarga melancong sepuasnya... Selagi Allah limpahkan rezeki kat kami... InsyaAllah akan tercapai... Saya tahu pelajaran saya sekerat jalan je, kerja pun gaji kecik... JADI...Saya berkerja keras untuk capai apa yang saya nak... Saya bukan menadah tangan untuk jadi senang... Berusaha sekuatnya untuk capai apa yang diinginkan, kita akan berjaya...


Cuma satu je pesanan kat semua orang... Bila tengok orang lain senang, jangan terus nak cemburu, nak dengki, nak fitnah... Bukan senang nak jadi senang... Kalau rasa zon sederhana sekarang dah cukup selesa, kehidupan akan terus macam tu... Tapi kalau nak lebih, KELUARLAH dari zon selesa tu dan usaha lebih. Kita manusia dicipta dengan bermacam kelebihan, InsyaAllah ada jalan kalau ada 1000 keinginan... Usaha!!!

HOLIDAY 2015 belum habis lagi... Next Week Honeymoon KRABI, Thailand!!! Tapiiii...saya dah siap beli tiket untuk 2016... SABAH dan KOREA... Hihihi~~~ =P Kebetulan ada tiket murah, jari tu tak boleh nak tahan suruh beli tiket...
Takpe....Selagi kudrat saya dan suami masih mampu untuk mencari rezeki lebih, kami akan berusaha... Siapa tahu apa yang akan jadi masa depan, mungkin dah tak mampu nak melancong lagi... Sekurang-kurang nya dah cukup merasa sekarang... =)

Februari 2016

Ogos 2016

Take Care People... =)

Tuesday, August 11, 2015

Wishlist 2015... Holiday.. Checked!!! TIPS!!!

Assalamualaikum... Trip belum mula lagi, tapi preparation InsyaAllah dah complete... =)

Wishlist tahun ni dan untuk setiap tahun ialah HOLIDAY a.k.a Honeymoon... (^_^) Must List dalam hidup semua orang kalau ada rezeki... Trip Holiday tahun ni adalah KRABI, Thailand... Alhamdulillah rezeki... Jelajah dekat dulu untuk ambil experience, dah ada experience nanti barulah dapat pergi jauh dan bawa Areej... 1st trip ni saya tak bawa Areej sebab takut. Takde pengalaman travel keluar negara bersama, jadi kami takut jadi kelam kabut pulak... 

Pengalaman travel jauh, nak kata 0 experience tu bohong...sebab saya dah pergi umrah sebelum ni... Tapi pergi dengan ZERO info & ZERO preparation.... Kali ni dah tak nak macam tu... saya nak pergi dengan senang hati dan buat persediaan dan info secukupnya tentang tempat yang nak di tuju... =)

TIPS HOLIDAY ni saya belajar dari orang lain dan diorang dah pergi banyak tempat... Jadi, gunalah info diorang untuk diri sendiri... =)

PERTAMA... TIKET
Cari tiket dulu... Cari seawal yang boleh supaya dapat buat saving untuk holiday nanti... Tiket Krabi ni saya dah cari 8 bulan yang lepas, jadi kami ada 8 bulan untuk buat simpanan yang cukup... =)

KEDUA... BAJET

i. Pilihan Hotel
~ Dekat dengan pusat bandar
~ Dekat dengan kemudahan pengangkutan (LRT, Subway, Teksi, Stesen Bas)
~ Murah dan berpatutan

ii. Destinasi lawatan yang menarik dan harga pakej
Bagi yang ada pilihan untuk menyewa kenderaan, bolehlah surver harga masuk setiap lokasi. Tapi untuk yang tiada kemudahan sewa kenderaan, boleh memilih untuk lawatan pakej yang ditawarkan di hotel atau kawasan tersebut.

KETIGA... KEPERLUAN AM

i. Jenis plug tempat tersebut. 
Lain negera, lain soketnya. Jangan nanti bawa henpon, tapi tak boleh nak cas dan baru sibuk nak cari. Tengok kat google jenis soket diorang dan cari extension dan beli siap-siap kat sini supaya tak menyusahkan diri... Kat tempat orang, korang tak tau mana kedai nak beli benda alah macam tu... =)

ii. Ubat-ubatan asas
Ni perkara yang paling saya fobia.. Last trip tahun lepas rosak gara-gara saya diserang demam panas dan cirit-birit... DAN...kami tak bawa apa-apa ubat pun... Nak cari ubat pun payah sebab tak familiar dengan tempat dan masalah transport dari hotel... Huuu~~~ Betul-betul menyesal masa tu..
Ni contoh ubatan basic yang kena ada dan bawalah kalau rasa perlu... =)


iii. Keperluan sepanjang perjalanan
Kalau kita ke Paris atau London mestilah bawa baju sejuk... Tapi kalau Ke Krabi, bawalah pakaian mandi yang sesuai dan pakaian sukan... Kenapa? Google lah apa aktiviti yang ada dilokasi tersebut, barulah korang faham apa yang perlu di sediakan... =) Tak kan lah sampai sana baru sibuk nak shopping itu ini... kannn??? Tapi kalau suka sangat nk shopping tu, boleh laaa... =P

iv. Makanan segera
Pergi ke tempat orang, for sure kita tak familiar mana nak cari kedai atau mengalami masalah transport kalau tempat makan jauh dari hotel... Jadi, sediakan makanan segera yang boleh dimakan untuk mengalas perut... (e.g. Maggi, Coklat, 3in1)

KEEMPAT... TRAVEL LITERARY
Kalau dah cukup buat kajian pasal tempat tu, buatlah jadual aktiviti... Kenapa? Supaya bila sampai sana, InsyaAllah teratur sikit perjalanan... Datang tempat orang sekali sekala, sekurang-kurangnya padatkan aktiviti secukupnya. Kalau ada jadual, kita tahu perjalanan aktiviti kita dan masa pun tak terbazir duduk dalam bilik je... =)

KELIMA... BAJET
Perkara 1-4 dah ada... Dah tahu apa akan di buat dan dah boleh agak berapa perbelanjaan yang diperlukan sepanjang perjalanan. Jadi, boleh mula buat jadual bajet supaya tahu berapa simpanan yang cukup untuk trip tu nanti. Biar simpan lebih sebab kita tak pasti anggaran yang kita buat tu tepat atau tidak.. Kalau tepat atau kecik, Alhamdulillah banyak lebih duit tu nanti. TAPI kalau tak tepat, buat naya je nanti duit bekalan tak cukup, aktiviti entah kemana... =)

...JADI... Ni jadual yang saya dah siapkan untuk trip saya nanti... Bajet untuk perbelanjaan saya kecik je sebab tak nak boros. Lepas holiday nanti masih perlukan duit untuk perbelanjaan harian, JANGAN LUPA tu!!! InsyaAllah dipermudahkan... Tarikh untuk trip ni, saya tak nak dedahkan dulu demi tujuan keselamatan... =)


Harap membantu ye... Enjoy to the moon!!!
pakej krabi, trip krabi, phi phi island price, hoping island price, elephant trekking price, one day jungle tour price, krabi literary, honeymoon krabi, bajet krabi, budget krabi, 

Take Care People... =)

Monday, August 10, 2015

Menghargai Sesuatu Bila Dah TIADA

Bila bapa pergi... Barulah saya faham apa maksud menghargai... Sebelum ni, tak kisah pun sebab bapa ada kat depan mata... Sekarang, bila terbaca atau terdengar cerita tentang anak dan bapa, memang teringat dan rindu sangat-sangat kat bapa... Tanpa sedar air mata mengalir perlahan... =(


Saya dan bapa memang rapat sangat-sangat...walaupun saya bukan anak bongsu atau anak sulung... Saya cuma nombor 6 daripada 8 beradik... Tapi daripada semua adik beradik, bapa paling cepat tunaikan apa saja permintaan saya. Nak kata manja pun bukan, mungkin sebab memahami kot... Perangai saya paling lain daripada semua... Rupa je macam pendiam... TAPI pendendam, degil, pendesak, nakal dan apa saja yang buruk rasanya sayalah nombor 1... Bila dah buat masalah, saya akan pergi kat bapa untuk mintak tolong... Teruk kan? Huhu...

Ada 2 perkara yang paling saya ingat dan bila fikir balik terasa sebak. Sebab...saya betul-betul dah menyusahkan bapa masa tu... Huuu... Sedihnya bila teringat balik... Rasanya ada banyak hal yang saya buat, tapi cuma 2 kejadian ni je yang saya betul-betul ingat... =(

Masa masih belajar kat UiTM, saya ni jenis cepat stress bila study... Lebih-lebih lagi bila musim final exam. Sebab saya nak score result cantik time final...tapi bila dh keluar result, takde pun cantik mana... (CGPA 3.3) Huhu... Musim final exam tu lah biasanya saya akan buat perangai dan mintak macam-macam untuk release stress... Mangsanya??? Bapa... =( 

Teringat lagi dulu, jam 7 malam dan saya stress belajar untuk killer paper... Saya call bapak bagitau nak makan donut Big Apple sebab lapar... Teruk kan?? Saya kat Samarahan, bapa pulak di rumah, Kuching... Tapi saya kata nak makan itu ini, seolah-olah rumah dekat sebelah je nak mintak hantar... Bapak pun tak fikir panjang bila saya mintak, cuma kata tunggu je.. Masa tu Big Apple cuma ada dekat The Spring.. Walaupun tak pasti pukul berapa bapa sampai, tapi saya tunggu jugak... Dalam jam 8 malam bapak call kata dah sampai hostel.. Masa tu happy sangat-sangat sebab bapak datang hantar.. Langsung saya tak fikir macam mana perjalanan bapa dengan motosikal pergi beli donut tu... TAPI...bapak bukan datang hantar donut, tapi bapak datang untuk jemput saya pergi makan donut. Bapak nk pergi beli, tapi dia tak pandai. Jadi dia datang jemput saya dulu... Masa tu cuma rasa happy je sebab bapa datang ambik kat hostel... Lepas dapat makan donut, bapa cepat-cepat patah balik hantar saya ke hostel sebab risau pagar utama tutup, saya pulak jauh berjalan nak masuk dalam nanti... Disebabkan gembira, saya takde fikir pun penat bapa ulang alik semata-mata nak layan kerenah perut saya... Ya Allah, kejam nya saya masa tu... Serius bukan sengaja nak buat, tapi memang tak terfikir pun... Bila teringat balik, memang rasa bersalah sangat-sangat...

Lagi satu perkara... Masa saya study jugak dan kami ada rombongan Fakulti ke Kem Permai... Bila dah kat sana, duit belanja saya pulak tak cukup untuk bayar itu bayar ini... Saya call bapak lagi mintak tolong... Jam 10 malam, bapa berhujan basah kuyup bermotosikal sampai kat hotel semata-mata nak hantar duit kat saya... =/ 

Boleh fikir tak? Betapa bapa berusaha penuhi permintaan anak dia tanpa fikir diri sendiri dulu? Dulu saya tak fikir benda macam ni, cuma sekarang baru faham... Dulu saya cuma anggap saya ni anak, jadi kira normal lah bila mak bapa buat apa saja untuk gembirakan anak... Tapi bila fikir secara tersirat...tu semua adalah pengorbanan orang tua untuk kita... (T_T) 

Banyak kali bapa berkorban untuk kegembiraan anak-anak dia... Tapi, rasanya sebelum bapa pergi, belum sempat lagi saya nak berkorban apa-apa untuk kegembiraan bapa.. Walaupun umur saya dah 27 tahun, dah bekeluarga dan dah berkerja, SERIUS...saya masih belum sempat lagi dan belum cukup lagi berkorban apa-apa untuk bapa... Terasa sedikit penyesalan sebab tak menghargai masa yang saya ada sepanjang bersama bapa... Allah je faham apa rasa kat dalam hati sekarang ni...
(Menangis kat depan PC sambil menaip) .............................................................................................................................................................................

Ibu bapa...Akan berkorban apa saja untuk kegembiraan anak dia... Takde orang tua yang kejam akan membiarkan anak dia melainkan betul-betul tak berkemampuan... Yang masih ada bapa, masih ada emak...hargailah betul-betul... Mungkin mereka masih nampak muda dan sihat...tapi kita tak tahu bila Allah akan jemput mereka balik... JANGAN Menghargai Sesuatu Bila Dah TIADA... AL-FATIHAH...

Take Care People...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~