Wednesday, September 9, 2015

Mee Merah Mohammad Lim

Hari ni lambat sikit breakfast... Slalunya jam 7 pagi dah duduk kat kedai kopi dgn Addin... =) Tapi pagi tadi lambat bangun, jadi tak sempat nak singgah sarapan awal...

Tiba-tiba je Addin sebut pasal kedai Mohammad Lim masa nk keluar minum jam 10 tadi... Kedai Cina Muslim yang jual Mee Cendawan berwarna merah... Ala-ala mee cina tu... Tapi yang ni version halal.. =)


Lokasi : Deretan kedai makan cina kat belakang Parkson Hotel Riverside 
Harga : RM5 (biasa)
Menu : Boleh zoom kat gambar atas tu kalau nampak... 
(Kolo Mee, Hong Kong Style, Tom Yam, Kampua Mee, dan lain-lain menu nasi)

BANYAK portion makanannya...kalau dibandingkan dengan mee kolok biasa yang selalunya saya tak kenyang makan... hihi~~~


Yang saya pesan ni saiz biasa.. ada jugak BIG, tapi tak perlu nk try sangat BIG tu sebab yang normal ni pun dah payah nak habiskan... Kedai ni tak lokek, jadi memang kenyang dah makan yg biasa ni...

Bila makan kat sini, teringat kat Arwah Bapa... Kedai ni dah wujud dari kami kecik lagi... Kalau bapa ajak keluar minum pagi, dia suka ajak kami makan kat sini... Bapa tau kami adik beradik jenis kuat makan, kalau makanan sikit nanti kami ni tak kenyang.. Jadi bapa ajak kami ke sini mungkin sebab mee dia banyak dan boleh kenyangkan kami dengan semangkuk tu je... Kalau makan kat kedai lain, minimum kami pesan adalah 2 pinggan sorang... Kami 4 adik-beradik semuanya jenis kuat makan... ^_^)v

Rasa dan isi memang tak pernah berubah walaupun dah berpuluh tahun... Mantain je rasa dia... Rindu kat bapa... Saya dah jarang datang kat sini, tapi adik-adik masih kerap... Setiap kali adik balik kuching bercuti, bapak akan bawa adik datang makan mee merah kat sini... Dari kecik, sampai besar... Ni lah tempat feveret kami dan bapa... (^_^) Nanti bolehlah ajak areej pulak lepak makan kat sini pagi-pagi... =)

Al-Fatihah untuk arwah bapa... Rindu bapa... =/


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~